2010-12-16

Orang tu dah masuk Islam pun korang nak pertikaikan lagi.



Issue : Perkahwinan SM Nasarudin & Marion Counter


Kenapa asal ada kelibat pompuan cantik dan seksi dapat laki kaya je mesti orang pertikaikan keikhlasan pompuan tu?

Just like issue Fasha Sandha ngan Jejai. Jejai muka pecah rumah la, apa la.
Fasha Sandha suka Jejai sebab duit la konon.
Mana kau tau dia suka Jejai sebab duit?
Dia cakap kat kau?
Mana kau tau dia yang menyebabkan Jejai ngan Nora bercerai?

Asal mana-mana couple bercerai je, salah orang ketiga.
Ntah-ntah dorang memang dah lama tak serasi mana kita nak tau kan?
Kebetulan pulak "orang ketiga" tu cun gila, lagi la jadik bahan.
Cuba kalau orang ketiga tu muka macam aku? Ada orang nak create "I hate Diana Ishak pisau cukur kaki kebas laki Nora Danish" kat FB?
Takde deeeeeeeeeeeee.

Macam kes Marion ni, mujur laki tu hensem. (boleh lah tahan)
Cuba kalau dapat laki muka tak siap?
Lagiiiii la orang jaja cerita sampai tujuh keturunan.

Dan akan kedengaranlah suara-suara pendengki berkata :

1. "Nampak sangat spesis pompuan pisau cukur. Nak duit je tu"

Dey!
Takde pompuan yang nak kat laki sengkek.
Jangan cakap la kau tak mata duitan. Zaman skarang semua perlukan duit.
Cuba aku sua duit kat kau, kau nak tolak ke?

Same goes to lelaki.
Ada ke lelaki yang tolak pompuan cantik and seksi?
Bak kata Asyraf "Alangkan kain yang diangkat sikit pun boleh menaikkan syahwat" inikan pulak kecantikkan yang sengaja didedahkan.

So, kalau ko rasa ko pun nak laki kaya or pompuan cantik/seksi, pandai-pandailah ok? Pandai-pandai yang aku maksudkan ni bukannya ko pun kena tayang lurah buah dada or pakai kain singkat nampak alor bontot. Melainkan kalau ko memang nak tayang la.

Pandai-pandai yang aku maksudkan adelah pandai lah jaga penampilan, pandailah carik kawan yang ada akses to orang2 kaya (kalau dah kemaruk sangatlah nak laki kaya) or susah-susah sangat, pandai-pandailah mandrem.

Cuma, jangan disebabkan kau tak dapat, maka macam-macam fatwa ko keluarkan.
Cuba kalau kau yang dapat???
Takpekan?
Sebab kau dapat.


2. "Tengoklah bertahan lama mana dorang ni"

Elok sangatlah tu mengharapkan yang tak elok jadi kat marriage orang lain.
Kalau rumahtangga dorang runtuh sekalipun, the suami/isteri tu dapat kat ko pulak ke?
Tak kan?
So, apesal bersusah-payah nak hitung lama mana dorang bertahan?
Baik ko jaga laki kau sudah.
Kang aku rampas laki ko kangggggg.


3. "Entah boleh ke tak suami dia bimbing isteri dia ke jalan yang betul. Ntah-ntah makin seksi lepas kawin"

Eh, kau pulak yang susah hati laki dia tak boleh membimbing.
Kalau laki dia tak mampu nak bimbing, kau nak bagi laki kau tolong bimbingkan ke?

Pompuan tu pakai seksi sebab dia rasa ada benda yang dia boleh ditunjuk. Kalau kau rasa ko ada benda yang nak ditunjuk silakan. Aku tak suruh, kalau nak buat sila-sila...Tapi perlu diingat, Marion tu dulu bukan Islam. So kalau dia menyeksi bagai nak rak sampai juling mata SM Nasa tu tengok pun bukan salah si Marion ni.

Lepas kawen, itu cerita rumahtangga dorang. Korang-korang yang kat luar ni toksah nak pertikaikan laki dia boleh bimbing ke tak. Nasihat boleh, tapi takyah berlebih-lebihan la. Tau la kaki dia nak jaga bini dia. Ko jaga bini/laki ko sudah.

Tapi kalau diperhatikan balik kata-kata di atas, ko rasa itu gaya bagi nasihat ke?

Aku ni nasib baik la perut lagi kedepan dari tetek.
Kalau takkkk, ngan aku aku sekali menyeksi agaknya.
Tima kasih kepada perutku. Buncitlah lagi!


4. "Nama Islam pun macam tak Islam"

Islam terletak pada nama ke?
Ok, nama aku Diana.
Tak Islam kot aku eh?


Lagi kesiyal bila pertikaikan keikhlasan si suami tu memperisterikan pompuan seksi ni.

"Dia sendiri pun tunggang-langgang agamanya, ada hati nak bimbing saudara baru. Ke laut la jawabnya".

Hoih!
Kau sape nak persoalkan keimanan orang lain? Cukup menyampah betul aku orang menilai orang lain berdasarkan luarannya. Mungkin ada sesetengah kata persepsi pertama tu penting, rupa luaran mencerminkan sifat dalaman. Betul, tapi tak semestinya tepat.

Korang sangka ke peguam yang mastermind kes bunuh Dato Sosi tu boleh tergamak bertindak kejam macam tu? Kalau nak dilihat gaya luaran, memang sumpah orang tak percaya. Tapi??

Begitu jugak dengan perogol bersiri. Ko rasa-rasa perogol bersiri tu gaya dia ada macam perogol ke? Kalau ada, konfem takde sape nak tergoda dengan dia walau dia tayang telo dia sekalipun.

Sebab tu ada istilah 'Kenal dulu hati budi. Tak kenal maka tak cinta'.

Errr...ada sesape yang nak berkenalan aku dengan lebih rapat? *mode gatal sudah tiba*


Paling tak boleh blah bila dah takde benda lain nak mengutuk, sampaikan kad undangan kawen orang tu pun ko nak kondem. Macam si Marion ni, kad kawen dia mintak guest pakai pakaian western formal.

Punnnnnnnnnnnnnnn orang kutuk.
"Apehal nak pakai western? Pakailah baju kurung. Pakailah baju batik"

Aku nak tanya sikit.
Kalau ko pegi jemputan kawen ko pakai baju kurung kan?
Laki ko pakai baju melayu bersampin ke pegi attend wedding orang?
Tak kan?
So, apa masalah?

Sukati dia lah nak suruh tetamu pakai konsep apa pun.
Itu baru pakaian tetamu orang dah persoalkan.
Belum lagi sok orang nampak apa si pengantin ni pakai pulak.
Kau tunggu je la.
Konfem ada bahan nak mengkondem pastu.
Tetamu punya baju pun ko nak komplen. Lanshiau!


Conclusion : sebab Marion Counter and SM Nasa tu tak dapat kat kau. Sebab tu kau dengkiiiiiiiiii.