2010-11-18

Sepatutnya minggu ni aku bersalin

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung



Bukak laptop tadi terpandangkan desktop calendar - tarikh sepatutnya bersalin, 20/11/2010.

Macam-macam tarikh aku dapat.

Memula dulu 1/1/11.
Pastu bila GP aku cakap aku kena operate, tukar ke 24/12/10.
Pastu bila aku kena warded on 10/10/10, diorang predict in 48 hours aku kena sembelih. Tapi tak jugakkk, tersadai gak 28 hari kat spital.
Last-last 3/11/2010.
By the way, Redza lahir 3/9/2004.
Rupanya adik nak share tarikh ngan abang :)
Yang paling best kan, sepanjang 28 hari aku dok spital tu, katil aku adelah bernombor 3.



Dari kat spital lagi aku dah bajet, tahun ni catat sejarah aku merasa beraya bersama dokter and nurse dalam ward. Tapi Tuhan punya perancangan lagi hebat kan? Dia kasik jugak aku beraya kat rumah. Ko nak sangat beraya kan, ha ambikkk. Kau je la yang keluar spital tapiiiiiiiiiii anak kau duk dalam ward lagi.

Sedih okkkkkkkk.

Sedih sampai lupa nak salam raya ngan En Wan.
Alah takpelah...dosa aku ngan dia tak berapa banyak sangat.
Wakakaka.

Pagi raya kat rumah sendiri je, mak mertua aku masak nasik minyak. Adik-beradik En Wan datang kumpul pastu aku pun keluar la jumpa Rayyan.
Paling best, aku dah boleh sarung baju kurung raya 2 tahun lepas!!
Tetiba rasa riak.
Padahal baju kurung je, sah-sah la muat kan.
Cuba kebaya tengokkkkkkkk????

Gamba dispoilkan oleh Redza kerana member bengang apesal balik-balik nak kena datang hospital???
Dia still tak paham lagi yang dia dah ada adik. Maklom le, dia belum dapat tengok adik dia lagi. Puas aku tunjuk gamba Rayyan pun dia tak paham-paham jugak.

Redza : Kenapa asik nak kena pegi hospital?

Aku : Mama nak tengok adik. Adik nak susu.

Redza : Semua asik nak tengok adik aje. Redza tak suka adik!! Redza taknak jadi abang!

Aku : Kau dah jadik dah punnnnnn.

Malas aku nak layan.





Rayyan dah bukak mata sebesar-besarnya.

Masa aku sampai tu, dia terkebil-kebil sorang-sorang dalam inkubator.
Sedihnya aku tengok.
Walaupun dia tak tau semalam hari raya, tapi sepatutnya waktu-waktu macam ni dia ada kat rumah dengan famili dia. Ini tak. Sorang-sorang kat hospital. Mak bapak sedap-sedap mentekedarah rendang.

Menangis aku tengok dia.
Bukan menangis sebab dia sakit ke apa ke.
Cuma aku rasa sedih tengok dia dah terjaga, tapi takde orang nak agah-agah and main dengan dia. Cuba kalau aku tak datang semalam?? Mesti dia terkebil-kebil sampai tertido balik. Sumpah aku tak sabar nak tunggu hospital call suruh aku start jaga Rayyan.

Cepatlah 1.6kg Rayyan, mama tak sabar nak tido hospital dengan Rayyan :(.




Sape kata berpantang takleh makan juadah raya???
Kau nampak ini?????????

Ini makanan kat rumah Mak Aji.
Aku belasah rendang paru, ayam goreng berempah, lontong, lodeh, agar-agar santan gula melaka siap pakej ngan nasik minyak lagi.
Nak sangat susu aku pekat kan? Meh sini aku belasah semua.

Pastu nak balik rumah, singgah McD beli vanilla shake ngan fries pulak.
Kalau tak pekat-pekat gak susu aku tak tau la nak kata apa.


Malam semalam kuar carik burger. Tapi mana la ada orang nak jual. Lupa lak semalam hari raya. Round punya round, nampak stall Mat Salai.

First time try ni.



Ini contoh burger Mat Salai yang normal. En Wan punya. Sumpah aku tak reti makan burger berlendir macam ni.

Roti dia macam roti lembut gitu, aku pun lupa nak tanya apa tajuk roti ni.
Tapi daging dia best gak, dia marinate dalam kuah black pepper.



Ini contoh burger Mat Salai yang terencat.
Aku kalau makan benda iras-iras burger memang pantang letak mayonese, sos or ketchup.
Biar kering.
Aku tak suka benda basah ber-contact dengan roti, nanti roti tu jadik lembab-lembab. Eiii geli!!
Hahahaha.