2010-11-15

MLM



Issue ni memang dah lama cuma kali ni menatang haram jadah ni betul-betul dah tekan red button aku.

Kalau nak ikutkan, banyak dah pengalaman aku dengan sedara-mara and bekas sahabat-handai yang terjebak dengan MLM ni. Memula tu bila aku tau dorang join MLM, aku tak kisah sangat. Sukati ko la nak berbisnes kot mana pun, usaha kau, duit kau. Bab hukum-hakam MLM ni aku tak tau sangat, so aku taknak bincangkan kat sini.

Tapi lama-kelamaan, aku naik menyampah dengan dorang yang join MLM ni.
Aku rasa slowly, MLM ni membuatkan dorang jadi hilang common sense.

Contohnya, sedara aku yang datang ke rumah konon nak melawat aku bersalin.
Aku ni tak tau cerita yang dia join MLM. Kalau aku tau tujuan sebenar dia nak berbisnes, memang siang-siang aku mangga gate dengan rantai kapal.

Datang bertanya khabar aku cuma 3-4 minit, tapi bagi lecture pasal produk sampai 3-4 jam. Makin naik blood pressure aku hadap dorang laki bini. Sama naik laki bini mempromote barang. Dan-dan semua barang yang dia jual tu sesuai untuk wanita lepas bersalin, boleh ubat penyakit darah tinggi la apa la, makan jamu tak baik untuk jangka masa panjang la...musibat.

Selagi kitorang tak beli at least sebotol, selagi tu macam ada gam kat pantat sorang-sorang, taknak balik-balik! Aku rasa dorang yang join MLM ni memang dalam kepala ada tagline 'JANGAN BALIK SELAGI TAK JUAL'.

Tolong ada common sense boleh tak?
Kau datang rumah orang yang baru 10 hari berpantang, kau takde otak ke nak pikir pompuan ni nak berehat ke apa ke, anak dia ni ada kat spital kot aku nak keluar jumpa anak aku ke. Ni tak. Selagi aku tak beli selagi tu dia dok hulur-tarik-hulur-tarik botol produk dia. Kang kalau aku bengang aku jotos botol tu kat anak tekak kau kang!

Orang kalau berbisnes, bukan saje kena pandai cakap okkk.
Kena pandai guna otak jugak.
Patutnya kau boleh bajet sesuai ke tak nak promote barang dalam keadaan aku tengah berpantang baru 10 hari (padahal aku dah berjalan sampai IOI Mall dah). Kalau dah sampai 3-4 jam ko berbuih mulut bercakap tapi aku nampak macam takde gaya berminat ngan produk kau tu, blah je la. Takyah la nak paksa-paksa. Sukati aku la nak makan jamu ke, nak makan eskrim ke, kau pedulik apa?

Ada jugak sedara aku yang tak kira tempat nak menjual.
Time beraya pun dia usung katalog, time kenduri arwah pun bawah sample produk, sampaikan aku buat open house pun dia standby bawak flyers, boleh?

Eh tolong ada common sense boleh takkkkkkkkkkk???
Kot ye pun nak hit monthly target, boleh tak jangan kacau majlis aku sampai tetamu yang datang pun takut nak stay lama-lama sebab nak larikan diri dari kau?

Macam En Wan kan, sampai skang dia takut nak ajak some of kawan-kawan dia datang rumah sebab dah banyak kali terkena dengan member-member yang takde otak, datang rumah orang atas alasan 'lepak-lepak' padahal nak ber-MLM. Dah menjual tu menjual je la, ni tak. Siap paksa-paksa beli lagi. Like wadehel?
Kau nak datang lepak kan? So sila lepak.
Habis lepak sila brambos.

Lagi satu, kebanyakkan (yang rasa-rasa dia bukan tergolong dalam "kebanyakkan" ni takyah la nak sentap ngan aku ye?) yang ber-MLM ni cakap macam pundek.
Ada member aku dulu dia jual air yang boleh tentukan samada kita ada penyakit dalaman ke tak. Kalau kau minum air tu rasa payau, maknanya badan kau sihat, takde apa-apa penyakit selain dari masalah haid tak teratur. Kalau kau rasa pahit (contoh) ko ada masalah jantung. Something like that la.

Tapi kan, before dia bagi ko minum air tu dia dah tanya ko macam-macam if ko ada penyakit ke tak. So this kawan aku try minum. Kawan aku ni memang ada history penyakit jantung and this musibat tau kawan aku pernah operate jantung.
Mati-mati dia kata "Konfem kau akan rasa air ni pahit!".
Bila kawan aku kata dia tak rasa apa-apa, dia leh kata kawan aku munafik sebab tak bercakap benar.
What the fakkkkkkkkkk!

Sebab tu aku cakap SOME of them yang join MLM ni lama-kelamaan dorang macam dah tak boleh guna otak dengan betul. Dah tak boleh nak pikir if tindakan dorang tu sesuai dengan masa dan keadaan ke tak, janji JUAL!

Aku tau la itu periuk nasi kau.
Siapa usaha lebih, dapat lebih.
Tapi kalau cara kau berusaha tu menyakitkan hati orang, jadi bahan umpatan and ketidakpuasan hati orang sampai tujuhblas tahun, ko rasa ko boleh pergi jauh ke?