2010-10-14

Udah-udah la tu bang oiiii..



Macam gengster je anak aku kan? Padahal makan lolipop je, gaya macam hisap gudang garam okkkk. Ni gamba masa gi Penang Jumaat lepas, pekena seafood kat Teluk Tempoyak. Oh, yes. Thanks pada yang suggestkan tempat ni. Sangattttt la mudah nak mencari, sikitttttt lagi aku nak kena maki ngan En Wan. Member dah lapar, aku lak satu hal..dah orang bagi direction jalan terus, aku tetap jugak nak masuk kanan. Alih-alih jalan gelap je. Gila babi punya gelap, kalau kau letak En Wan tengah-tengah jalan pun konfem tak nampak, apetah lagi kalau aku yang berdiri tengah jalan tu. Series takut lalu jalan tu like awat gelap semacam???? Tapi aku yakin, walaupun gelap yang tahap ngeri pasti ada orang beromen kat situ. Sebab tempat sangatlah gelap, sunyi and konfem tak banyak orang lalu.
Tapi ditakdirkan malam tu maybe choices of ikan pun tak banyak, so hanya berpuas hati dengan ikan siakap masak 3 rasa, udang goreng tepung, kerang rebus, kailan goreng ikan masin and tomyam seafood. Sotong takde, soft shell crab pun takde. Eh, tapi aku ada makan satu lagi lauk la, lupa apa tajuk.

Dalam pada aku demam-demam tu, aku jugak yang habiskan semua makanan. Aku ni memang camni la, makin sakit, makin kuat makan. So kalau ko tengok aku makin gemuk tu maknanya baru lepas sakit la tu (ayat mukadimah pemberitahuan bahawasanya aku sedang mengalami kegemukan).
Kat spital ni, camana darah aku tak naik??? Nasik memang datang dengan macam-macam lauk. Tapi kaler je yang ada, rasa takde. Mujurlah Mak Aji tu memang HPT punya orang, so dari awal dia dah biasakan kitorang makan kurang garam. Tapiiiiiii yang aku punya ni, garam pun takde okkkkk. Pastu ko boleh tanya pulak 'Apesal akak time tido pun boleh naik bacaan eh?'.

Aku pun reply la dengan penuh santun 'Entah la dik, akak mimpi bukan-bukan ko jap tadi'. Kang kalau aku jawab 'Mana tak stress, makan dah la tak sedap, jamban takde sabun, duduk mengadap orang sakit hari-hari, pulak tu akak dah seminggu tak berjimak ni!. Haaaa, kang aku cakap macam tu kang, kau pulak yang darah tinggi.

Tapi aku rasa makin dok spital makin naik darah aku. Baik la ko hantar aku balik, at least aku leh kangkang-kangkang tengok tv, kangkang-kangkang dengan anak dan suami, bukankah itu aktiviti-aktiviti penghilang stress?

Don't worry guys, aku ni kalau tengok muka memang macam orang sakit, tapi aku macam ni jugak. Alhamdulillah, aku still rasa sihat, sampai kena sound la dengan nurse apesal aku asik berjalan sana sini. Eh, abis nak aku bertenggek atas katil cam topekong siam??
Mungkin selama ni aku busy sangat bekerja, sekali dia bagi sakit, hambik kau. Duduk terus dalam wad. Alhamdulillah, at least aku dapat berehat. Berehat dari makan yang merepek-repek seperti lasagna dan macaroni bakar MakAji (oh!! Rendhonyaaaaa), berehat dari mengadap laptop (tapi aku dah TER-INSTALL data-data keje aku lam BB, so still buat quotation hari-hari), at least aku dapat habiskan buku-buku dakwah yang aku beli dari abang-abang yang mintak derma dulu and baca Quran lebih sikit (whattttt???? Diana baca Quran??????).

Thanks again to all, aku percaya berkat doa semua anak aku bergerak balik macam biasa. Mak dia je yang macam apa dah ni aku pun tak tau nak cakap macamana sebab dokter pun pening apesal result menunjukkan aku tak sihat tapi fizikal aku macam sihat. Ala, apa-apa je la, janji anak aku ok sudeyyyy.

Tadi aku dapat baca blog yang diupdate oleh En Wan. Alahaiiii, bersantunnya laki aku mereply komen anonymous tu. Kalau aku la, aku baca pastu aku tak publish dan continue hidup macam biasa. Apa ade hallll dengan orang lain nak cakap apa. Tak matinya kena keji. Takat dua tiga orang mengeji (eh, bukan mengeji lah. MENASIHATI!), itu tandanya ada orang perihatin dengan kita sampai gigih follow hidup kita sejak bertahun lalu sampai sekarang demi memastikan kita semulia dia. Kalau kita rasa perihatin dengan dia, kita ikut NASIHAT dia. Tapi kalau rasa malas nak perihatin, delete je komen tu. Settle. Aku tetap teruskan aktiviti aku macam biasa. Kalau ko rasa-rasa nak teruskan aktiviti berdakwah silakan. Bukankah berdakwah itu memang akan melalui pelbagai ujian?

Dah ye, cukup-cukup komen kat entry En Wan tu.
Ok, aku nak tido.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone