2010-10-07

Nak buat apa tu?



Caller : Helo, ni Diana ke?

Aku : Ye, saya. Siapa ni?

Caller : Nizam.

Aku : Nizam mana ye?

Caller : Nizam UPM.

Aku : Err...UPM? Faculty apa ye?

Caller : ********* (rahsia)

Aku : Aaaaa...(sebab faculty ni takde kena-mengena dengan bisnes aku so aku pelik apesal dia ni call, tapi aku layan jugak). Okkkkk....saya tak boleh recall apa-apa setakat ni. Boleh saya bantu apa-apa?

Caller : Amboi...formalnya cakap.

Aku : Sorry la kalau formal sangat sebab saya tengah dok mengingat ni Nizam yang mana satu.

Caller : Yang kita cakap tu hari jadik tak? Sebab saya nak book bilik ni.

Aku : (Oh! Shit!! Ni yang aku bengang kalau dok rumah lama-lama. Aku jadi bengap sampai takleh ingat appointment aku dengan customer). Ya Allah! Sorry. Saya betul-betul tak ingat ni. Projek apa ye ni? Booth utk BioMalaysia ke?

Caller : Ha?? BioMalaysia apa pulak niiiii. Awak ada dengan siapa ni??? Cakap pun takut-takut!

Aku : Huh?? Actually saya kat rumah ni. Laptop saya pulak takleh guna buat masa sekarang so semua app saya save dalam tu.

Caller : Berapa banyak appointment awak ada ni sampai benda yang kita bincang kelmarin pun awak tak boleh ingat?

Aku : Sorry sangat-sangat. Boleh tak saya tau pasal apa sebenarnya ni?

Caller : Kan kita dah set esok nak pergi. Saya nak book bilik. Hari tu dia yang beria-ia kata ok. Hari ni lupa. Ni mesti ada sesaper kat sana. Apesal ada kat rumah pulak hari ni? Takde class?


Ok, masa ni aku dah boleh rasa dia salah nombor.
Tapi nama sama?? Mustahil!


Aku : Ok, kejap-kejap. Boleh tak saya tau awak nak cakap dengan siapa sebenarnya ni? Saya rasa macam salah nombor je ni.

Caller : Tut..tut..tut...tut...(terus letak)


Lepas tu kan dah tak masuk-masuk dah nombor dia.
Nombor ada lagi aku pegang ni. Kangggg..kangggg...wakakakaka.

Aku rasa maybe aku yang silap dengar kot, sebab aku memang ada penyakit pekak.

Maybe dia nak cakap dengan Liyana? Ziana? Yana?

Ada sesape di UPM dengan nama seperti di atas?
Apa ko nak buat esok ngan Nizam ni haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

Wakakakkaka.

Opss...bersangka lah baik.