2010-10-25

Keje sambilan

Pagi ni lagi sekali aku buat khidmat masayarakat.

Katil sebelah aku ni baru masuk petang semalam, tapi baru bukak 1cm je. Ok je sembang ngan aku petang semalam. Tak tau la dia ok ke tak kena melayan aku kan. Tapi aku belasah je borak.

Tengah-tengah malam semalam nurse masukkan pil nak induce.

Aku ni kalau dah tido memang mintak mahap la nak terjaga kalau setakat bunyi ngok ngek ngok ngek. Anak aku jatuh katil pun kadang-kadang aku tak sedar. Tapi pagi tadi kul 5.30am, aku leh terjaga sebab terdengar orang sebelah ni tekan bell nak panggil nurse tu. Padahal bell tu tak function tau. Dari awal masuk lagi katil sebelah ngan katil aku punya bell tak function. Dah report pun tak betul-betulkan jugak. Gamaknya dia tau suara aku lagi kuat dari bell kot.

Siap termimpi lagi tu orang sebelah tekan bell, rupanya memang betul dia tengah tekan macam nak terbenam button bell tu, tapi takde bunyik. Menggelupur aku bangun sampai nak tersungkur takut member sebelah ni terberanak atas katil. Selak-selak langsir tengok dia dah sweating. Aku tanya dah sakit sangat ke? Terus aku berlari panggil nurse. Berlari okkkkkk, tak ingat tengah bawak perut, sibuk nak feeling-feeling citer ER.

Bila nurse datang check budak ni, aku boleh tak sedar yang aku sekali ada tepi budak tu sama naik tolong angkatkan katil segala. Tetiba aku tersedar, eh?? Apehal aku kepoh sangat ni? Terus masuk shower, mandi.

Rupanya budak ni dah minum air selusuh siap-siap malam tadi (padahal aku tak tau pun apa fungsi air selusuh). Budak ni dah siap mengangkang nak ready push, rupanya dah bukak sampai 5cm. Bertempiaran nurse bawak stretcher masuk. Aku sampai niat Subuh 5-6 kali la tak masuk-masuk sebab telinga sibuk nak dengar apa yang nurse ni kecoh-kecoh.

Soklan : Air selusuh tu apekah fungsinya?

**aku tak tau kenapa, everytime orang sebut air selusuh, aku membayangkan air tu kaler pink macam air bandung**

So now, budak ni ada dah sebelah katil, dah bersalin dah pun. And guess what...aku lah nurse sampingan kan. Angkatkan anak letak sebelah mak sebab mak dia penat meneran dah, nak angkat anak tak larat. Seb baik la laki dia cepat sampai, kalau tak mau uri dia sekali aku tolong basuhkan. Eh best rupanya jadik nurse okkk. Cuma aku taknak la pakai all white kalau jadik nurse kat wad bersalin. Biarlah nampak ceria sikit, orang happy-happy tengok baby kan, kau nak pakai all white macam berkabung pulak. Pakai la pink kaler pastu topi tu pink polkadot white ke...

Perihal aku....don't worry (saper yang worry kan kau nih?????) Insyallah, aku sihat. Dokter yang kata aku tak sihat. Apa-apa je la dokter. Janji anak aku selamat.

Petang ni aku jamin katil sebelah and depan aku ni seua check out, dan kita nantikan orang baru masuk. Entah apa pulak job aku pasni.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone