2010-09-16

Mental sungguh manusia zaman sekarang



Apesal raya tahun ni, TV banyak kuarkan citer hantu? Be it hantu kelakar or hantu seram, still cerita hantu.

Motif??

Adekah sempena meraikan pembebasan syaiton-syaiton dan hantu-hantu lepas sebulan kena kurung???




Malam ni aku kena tinggal lagi.

Buat kali keduanya dalam masa 2 minggu En Wan kena tido ofis sebab ada production trial run. Dulu, at least Mak Aji ngan Pak Aji ada sekali temankan aku. Tonite betul-betul aku ngan Redza je. Series aku tak pernah rasa takut macam malam ni.

Sejak cerita-cerita bunuh oleh pembunuh mental menjadi-jadi, aku jadi takut duduk dalam rumah sendiri. Rasa tak safe lansung.

Dulu, asal kena tinggal je, En Wan akan kata 'Takpe, jiran sebelah-menyebelah ada'.
Lepas apa yang jadik kat Ustazah ngan anak laki dia yang mati kena bunuh dek jiran sendiri, aku rasa sekarang jiran pun takleh harap sangat la. Aku dah jadik paranoid la pulak.

Malam ni lampu porch aku bukak, lampu kat gate, lampu belakang, lampu hall, lampu dining, lampu living hall semua aku bukak. Tapi tetap takut. Dulu, asal masuk Syawal je aku dah terbayang setan-setan dan hantu berkeliaran sebab qada' sebulan kena kurung, so mesti bulan-bulan raya ni dorang agresif sikit menonjolkan diri. But now, aku tak terpikir hantu dah. Manusia lagi mengerikan zaman skang ni.

Bila pikir-pikir balik, betapa aku dulu sangatttttttttttt berani.
Keje yang aku buat skang ni memaksa aku meet new people almost everyday, kuar jumpa customer pun selamba. Pantang customer ajak discuss over lunch je aku belasah oraitttt. Kadang-kadang customer tu aku tak kenal pun, first time jumpa dia ajak lunch sama naik keta dia pun aku selamba masuk. Ya Allah, ngerinya bila dipikir-pikirkan balik. Kalauuuuuuuulah benda tak elok nak jadik kat aku dulu, entah customer ni bawak aku pergi masuk estate ulu banat mana ntah, pastu aku kena bunuh. Tak keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Shit!!!

Datuk Sosilawati tu orang yang dikenali, so kes dia memang orang ambik perhatian lebih sikit. Dan disebabkan kes dia jugaklah, banyak kes-kes hilang yang disebabkan oleh peguam mental tu dapat dibongkar. Cuba kalau aku yang hilang????

Kes Datuk ni betul-betul buatkan aku sedar yang aku tak boleh berani sangat. Nak kata aku berani pun bukan sebenarnya. Tapi kepala aku memang tak pernah terfikir la ada spesis-spesis macam ni yang tergamak nak aniaya orang to that extend siap bakar segala. Aku nak bakar sampah pun takut kena tangkap polis, kau boleh selamba bakar orang?? Pastu kena tangkap buat muka tak bersalah. Eh, pundek okk, pundek!

Dulu aku penah selamba tapir keluar gi dinner with one of my blog reader masa aku outstation. Memang la secara mayanya, aku kenal dia. Tapiiiiiiiiiii kenal setakat kat FB. Jumpa tak penah, gamba pun tak penah tengok, tapi rajin chatting. Bila kebetulan aku datang keje kat area dia, dia ajak dinner dan aku pun selamba kuar dinner balik kul 10.30mlm okkkkkkkkk. Naik keta dia lak tu. Seb baik dia tak mental.

Now, sorry la aku nak kuar dengan stranger. Biar la orang kata aku menyombong tak kena tempat. Better safe than sorry.

Lagi satu kan, aku ni senang sangat nak kasik orang masuk rumah. I mean bukan sebarang-sebarang orang la. Cuma yang ada kena-mengena dengan rumah aku like Indon yang kena plasterkan balik ceiling, cina yang betulkan heater bilik air, and last week satu India datang nak betulkan microwave aku. Kalau dulu orang-orang camni datang aku main silakan masuk pastu aku lepak lam bilik. Dah settlekan pangil aku sign DO ye?

Sekarang niiiii, toksah kata nak bagi orang-orang ni masuk, orang datang beraya pun kalau boleh aku nak perambat suruh balik. Sekarang ni aku tak sure if aku boleh percaya orang ke tak. Memang lancau la pembunuh-pembunuh mental ni semua. Buatkan aku jadi penakut pulak.

Pegi matilah koranggggggggggggg!!!