2010-08-10

Ok, the cerita..



Baru lah hari ni dapat mengupdate secara senonoh sket.
Sejak En Wan balik hari Sabtu lepas, aku macam pegang tak pegang je laptop. Tu yang kejap-kejap update blog and FB dari BB je.

Sabtu malam lepas fetch dia terus balik rumah sebab Pak Aji nak balik Bangi malam tu jugak sebab nak temankan Mak Aji kat booth. Lepas lepak-lepak, kuar makan. Pastu balik rumah, masing-masing bantai membuta. Takde masa la nak layan gentel-menggentel ni. Aku sendiri penat mengemas rumah siang tu, mana nak bawak perut lagi, nak main galah panjang ngan Redza dalam bilik air lagi. En Wan lagi la, dah tentu-tentu la penat kan. Penat tido dalam flight. Pastuuuuuuuuuuuuuuu, dia dah nampak anak dia, aku ni memang konfem la tak laku. Nak pulak dalam waktu sekarang ni, aku hanyalah manusia lemah yang tak berupaya melakukan apa-apa semenjak uri kat bawah ni, lagiiiiiiiiiiiiiiiiilah dia pandang tak pandang je diri ini. Tapi, ada aku kesah?????


Redza with kepala transformer yang aku pun tak tau apa nama dia. Kepala ni best jugak, dia macam helmet. Dia leh transform suara ko jadik suara robot.

Jadi, bila kau bercakap, suara ko jadi cenggini....



Aku risau je bendalah ni bertahan sejam. Tapi alhamdulillah, setakat hari ni masih bernyawa lagi. Dah jadik satu hal pulak mana pegi nak kena bawak kepala ni sama. Dalam kereta pun pakai, main basikal pun pakai, hari tu time sembayang pun nak pakai jugak. Hangin je aku.

Skang ni asal aku panggil je, dah takde suara lain dah keluar. Memang suara robot ni je la. Sama naik ngan bapak dia pun memakai kepala ni. Aku rasa En Wan beli menatang ni sebagai men-cover line. Sebenarnya dia yang nak pakai kot.




Ok, yang ni adinda punya.
Before aku bukak kotak Coach ni lagi aku dah bajet, mesti dia akan beli kaler pink.
Dan apabila dibuka......konfem seploh markah untuk aku!

Tapi frankly, Bonia aku lagi cantik kan?
Hahahahaha.

Sampai skang aku tak pakai-pakai lagi beg ni. Ada je dalam kotak lam lemari.
Inilah dia kalau belikan barang untuk orang jakun. Konfem takkan pakai punya.
Yang aku pakai hanyalah perfume Beautiful tu.
Ni la perfume yang paling banyak aku beli.
Takde la banyak mana pun, masuk ni baru 5 botol. Tapi kira ok la, bertahan aku guna bau yang sama. Yang lain-lain tu habis sebotol, memang aku tak ulang beli dah. Tapi Beautiful, memang aku ulang guna.

Those yang men-follow novel Lagenda Budak Setan mesti tau perfume ni kan? *wink*



Kalau dah anak mak tu kannnn, memang la akan carik mak dia malam-malam tu jugak.
Siap dah plan dah ni nak balik Tganu this week. Sila la balik sorang, adinda tak boleh lama-lama lam kereta, dokter tak kasik gegar-gegar, kang uri dengan pundi kencing aku sekali terkeluar.