2010-08-06

Checklist

So today pagi-pagi lagi Mak Aji and Pak Aji dah balik Bangi sebab hari ni omak den dah masuk booth tunggu bunga-bunga konvo dia sampai. Pak Aji telah kuarahkan untuk masuk ofis jap and tolong ambikkan surat-surat penting. Dan aku tersadai kat rumah sorang-sorang.

Adekah aku sunyi?
Ye, terasa sunyi sikit sebab macam hilang je suara-suara yang selalu sound aku pagi-pagi macam ni.

Adekah aku duduk diam macam selalu?
HELL NO!!!!!!!

The moment Mak Aji keluar je, benda pertama yang aku carik adelah vacuum. Tapi tak jumpa pulak. Mana aje orang tua ni sumbatkan vacuum. Sengaja taknak bagi aku jumpa. Tapi takpe, aku nampak penyapu. Zassssssss!! Penyapuan bilik tido bermula (Kemas bilik sendiri aje sebab tempat lain dah dikemaskan). Pastu mengemop pulak. Habis la kerusi aku panjat sebab nak lap cermin lemari yang tinggi ni.

Tiba-tiba terasa sakit pulak bawah perut. Check, takde bleeding. Ok, sambung mengelap balik. Kali ni yang bawah-bawah aje. The moment aku menaip sambil baring atas katil ni, aku terpandangkan kipas. Seb baik aku tak larat nak usung tangga naik atas, kalau tak, dengan kipas-kipas ni sekali aku langsaikan.

Ok now, dah settle major chores, now kita duduk dendiam dan buat checklist sempena En Wan nak balik esok :


1. Kemas bilik - DONE.

2. Tukar cadar - esok pagi lah. Biar fresh and tegang-tegang cadar untuk esok.

3. Gosok semua baju En Wan - DONE.

4. Basuh bilik air - DONE.

5. Basuh, lipat dan susun kembali spender-spender dia yang aku pakai sepeninggalan dia. Baikkkk punya susun, macam tak terusik lansung - DONE.

5. Simpan balik semua DVD blue yang aku punggah ke tempat asal. Susunan pun jangan berubah. Ini penting bagi mengekalkan imej isteri yang solehah - DONE.
(Ada satu lagi DVD hilang, tinggal sarung je. Mana pulak aku letak. Kang tetiba termasuk dalam sarung DVD spongebob Redza, jawabnya mampos!!)

6. Beli aromateraphy candle perisa 'arousing and steamy' - DONE.

7. Mengetest kembali nighty kot la boleh muat lagi. Takkan nak pakai kaftan kotttt. First nite nih!! - TAK MUAT!!!

Masih memikirkan apekah baju yang sesuai. Susah-susah kalu...BOGEL!

8. Potong kuku - DONE.
(Ini penting supaya cakaran manja dapat diprektikkan dengan baik. Kalau tak, ilangkan kau nak bercakar manja, sekali tergores kulit dia, terus kau dapat pelempang)

9. Cukur bulu - DONE.
Walaupun aku tak nampak sebab perut dah besar, aku tenyeh je. Agak-agak rasa licin dan memuaskan, kira halal lah.

Ok.
Segalanya sudah dicheck.
Macam dah takde apa yang tinggal.

Oh ya! Ada lagi satu...


10. Beli ubat tido untuk Redza yang mampu memengsankannya lebih kurang patblas jam???

Cukup tak agak-agak?

Walaubagaimanapun, checklist tak mendatangkan makna sekiranya hanya sebelah pihak saje beria-ia.

Apa yang penting 'kerjasama'!

Sekian.



Sent from my BlackBerry® smartphone