2010-07-01

Torture



Hari ini telah dimulakan seawal jam 3.30am.

Gila tak boleh tido. Kepala adelah berserabut dengan agenda yang bakal berlaku esok hari.
Tapi golek-golek atas katil sampai kul 5.30am baru bangun.
Siap mandi bagai.
Bukak-bukak panties, aduhaiii ada darah lagi. Padahal aku sah-sah tido kan, tapi still bleeding lagi. Kau nak aku buat macamana lagi ni kasik darah stop???? Nak suruh aku tido kepala ke bawah, kaki kat atas kah??

Lepas mandi semua, aku turun bawah buat nasi goreng. Tengah menggoreng rasa macam nak pitam. Aku dah bajet ni mesti aku berdarah lagi ni sebab kali ni dah makin teruk sebab aku boleh terasa darah keluar. Tapi seriesly, aku memang takde choice. Bukan nak tunjuk strong ok.

Hari pertama untuk Redza lepas bibik balik ni, aku kena lekakan dia sikit. So, aku kena suapkan dia (selalunya bibik suapkan, aku buatkan breakfast je), layan dia tengok katun before pi skolah (masa ni selalunya aku tengah mandi), pastu layan dia round-round dengan basikal kat laman rumah (selalunya masa ni aku tengah panaskan enjijn kereta), bla bla bla. Nasib baik dia memang leka sebab aku masih kekalkan rutin dia yang sama cuma this time aku yang ambik alih tugas bibik tu. Tapi pastu aku yang rasa macam nak pengsan.

En Wan ambik half day morning sebab nak sama-sama tolong jagakan Redza. Lagipun ada banyak benda nak kena settle seblom dia pergi.

Kalau dulu aku tukar pantyliner everytime nak mandi je. 3-4 kali la lebih kurang.
This time makin teruk, every 2 hours tukar pantyliner. Dah rasa macam nak pakai pad la pulak. Dokter dah bising suruh aku dok wad je sebab dia kata aku tak reti nak rest. Aku cakap, my husband is leaving, my maid went back yesterday, I have a very dependant child yang baru je umur 6 tahun, and aku sorang je yang ada lam rumah tu. So skang kau nak aku duduk wad, anak aku kau nak jaga?

Memang la apa yang dokter tu cakap betul dari segi perubatan.
Dia suruh aku bedrest (baring terlentang tanpa berbuat apa-apa) for at least 2 weeks.

Nak mampossssssssssssssssss??

Dia kata, sementara baby masih small, kalau aku bed rest macam dia suggest, ada potensi uri tu boleh naik ke atas balik. Once baby dah besar, dia jadi berat, lagi susah nak naik atas and aku akan bleeding sampai bersalin, tu pun kalau selamat. Gila scary okkk cara dia bagi nasihat. Tapi aku ni scary-scary sampai takat tu je la, balik rumah aku carik laptop dulu.

So tadi, Mak Aji ngn Pak Aji telah menyerbu ke rumah dengan bawak ayam masak merah siap ngan telur rebus (macam la rumah aku takde telur). Dia tak kasik aku buat apa-apa melainkan terkangkang kat hall. Punyalah nak pastikan aku memang rest, dia sanggup hadap muka aku terlentang kat hall tu. Siap suruh En Wan keluarkan tilam bilik bibik and bentangkan kat tengh-tengah dunia. Aku beralih bantal pun dia sound 'Ha! Kau nak gi mana tu?'. Aku cakap kau, pakkal dia tak jadi nurse. Kalau tak, konfem takde orang nak duduk spital. Elok-elok orang tu nak sihat, terus mati.

Ni pun dia dah plan, mulai Isnin depan sampai la aku sihat, dia akan duduk dengan aku. Pak Aji tinggal Bangi. Siap bagi idea 'Mama rasa, malam mama tido dengan kau je lah'.

Ye lah, Ma. Kita mandi sekalilah nanti.

Tapi yang bestnya ada Mak Aji ni, aku ada teman nak gossip. Jadi, takde la aku rindu En Wan sangat kan?

Tolong doakan aku sihat ye.
Aku tengah berusaha nak limitkan pergerakan ni. (ye sangatttttt lah!)