2010-04-30

Senang keje aku



Kena tag oleh NuiSS.



1. Siapakah kau di rumah?

Di rumah, aku adelah seorang Tarzan dan juga naga jadian kerana aku boleh mengeluarkan api apabila melihat rumah macam nak terbalik dengan sokabar bersepah dan pensil kaler berkeliaran di atas lantai.

Selain dari menjadi naga, aku juga multitasking. Boleh juga menjadik pengutip baju kotor sebab kat rumah ini ada seorang lelaki tua yang suka meninggalkan spendernya merata-rata di atas lantai. Aku pun tak paham kenapa dia suka tinggalkan spender dia merata-rata. Kau ingat seksi ke bila aku masuk bilik nampak spender bergulung atas lantai???? Tolong la okkkk. Mati nafsu aku.

Aku juga adelah tukang urut yang menawarkan khidmat seks secara percuma kepada orang tua yang tak suka pakai spender tu.

Tu kat rumah aku...

Kalau kat rumah Mak Aji, aku akan jadik poenglipur-lara sebab aku macam ada banyakkkkk cerita nak gossip dengan Mak Aji. Mak Aji ni sangat mudah okkk. Kau tak payah tolong dia masak pun takpe, janji kau teman dia kat dapur and layan dia berborak. Sangat sesuai benarlah job specification sebegini untuk orang yang pemalas macam aku. Dah siap masak, nanti dia panggil kau makan. Hanya bermodalkan air liur saje. Mudah bukan?

Kalau kat rumah mak mertua pulak aku masih mengekalkan kerjaya sebagai penglipur lara. Nak lagi dapat mak mertua yang semua benda dia nak buatkan, ohhhhh sesuai benarlah jadi mak mertua aku okkk. Aku nak tolong masak dia tak kasik. Aku nak basuh pinggan makan akusendiri pun dia tak kasik, siap boleh rampas pinggan tu dari tangan aku. Aku nak tolong sapu rumah pun dia simpan penyapu. Alangkan aku nak senduk nasik untuk pinggan sendiri pun dia tak bagi, dia sendukkan. Siap lepas makan tanya aku 'Diana nak teh susu?'.

Mak mertua aku gila baik okkk. Kalau aku kata nak balik Tganu je, toksah kata tukarkan cadar katil, siap ngan langsir dia tukar sekali. Sejadah ngan towel siap berlipat atas katil dia dah readykan. Sabun mandi serta-merta tukarkan yang baru. Siap malam-malam dia naik bilik kitorang dulu spraykan nyamuk, tutupkan tingkap, letak plain water kot-kot la haus lepas beromen kang. Baik kan mak aku? Ada sesaper berminat nak jadikan dia mak mertua? Tunggu aku mati dulu ok?

Kalau Mak Aji jangan harapppp.
'Kau nak tido eh? Bentang cadar sendiri, selimut ambik dalam lemari, spray nyamuk ambik kat dapur, nak bantal extra ambik kat bilik Ibal. Ok, mama nak tido. Gud nite'.

Sebab tu la aku balik Bangi taknak tolong dia masak. Padan muka. Hahahaha.



2. Siapakah kau di samping rakan?

Ini kena tanya kawan-kawan aku la.
Tapi aku yakin ramai yang kata aku pompuan gila.

Maybe sebab aku selamba, betulkan bra depan orang takde hal. Tapi bukan lah depan orang yang tak dikenali, depan member-member jugak cuma sometimes depan member lelaki pun aku selamba betulkan tali bra aku siap seluk-seluk tangan dalam baju. Mula-mula dulu terkebil-kebil gak la mata dorang. Apa ingat aku seluk tangan dalam baju nak tarik keluar tetek tunjuk kat korang? Belum gila lagi okkk. By now dorang pun dah paham sangat, kalau aku tarik-tarik tali bra tu dorang dah tak rasa apa dah, kira dah jadik macam trademark aku.

Aku boleh sembang apa pun cerita as long as orang yang aku bersembang tu adelah orang yang aku kenal baik or at least aku comfortable dengan dia. Takde la sebarang orang aku boleh layan. Kalau perangai agak-gak macam Mat Arib tu kem salam la aku nak dok semeja. Aku angkat meja tu hempok atas dia lagi ada.


3. 5 benda yg kau idamkan tp masih belum tercapai :

a. menjadi putih bak Snow White.
Jangan banyak-banyak gelak okkk. Sekali esok pagi aku betul-betul jadi putih baru cirit-cirit sorang-sorang tengok. Well, siapa yang taknak putih kan. Nak lagi kalau kau dilahirkan berkulit senandung lembayung senja macam aku ni, jangan tipula kau tak penah berangan nak jadik putih. Nak pulak bila membayangkan brader-brader musibat time skolah dulu yang men-cop aku sebagai MILO, semangat nak menjadi putih berkobar-kobar. Habislah segala krim pemutih dalam Malaysia ni aku sapu, punnnnnnn muka aku berkerak jugak sampai skarang. Aku rasa bontot aku pulak yang lagi putih dari muka.

Apakata kita tayang bontot je dari tayang muka? Eh.


b. menjadi salah seorang pelakon Baywatch.
Walaupun pun kriteria tu takde, tapi manalah tau kot-kot Baywatch nak bukak versi Malaysia kan. Tetap tajuk dia Baywatch jugak. Cuma mungkin kau tak pakai bikini, tapi berkemban ngan kain batik. Dan shooting pun bukan kat pantai tapi kat sungai-sungai air terjun di mana pelakon-pelakon Baywatchnya sedang bermandi-manda di sungai sambil menggosokkan badan satu sama lain dan membasuh baju di atas batu. Demmmm.


c. memiliki payudara bersaiz cup D.
Aku dapat bayangkan betapa En Wan bakal terkapai-kapai kelemasan tersepit di tengah-tengah. Yes!!!


d. topless di tepi pantai.
Ini cuma angan-angan. Aku belum gila lagi nak buat. Lagipun nak bogel buat kat mana? Kat Pantai Batu Buruk sambil makan kepok lekor???
Kalau nak buat kat Miami Beach boleh jugak. Cuma tunggu la aku dapat Cup D dulu. Takat Cup 34B ni buat muntah je mat saleh tengok. Apa barang Cup B kan. Lagipun orang berbogelan di tepi pantai ni nak sunbathing. Aku nak sunbathing apakejadahnya kalau dah memang lebam sejak azali.


e. menunaikan haji
Dah siap cerita nak topless segala tetiba ada plan nak pegi haji. Aku tampa kang.


4. Siapakah nama pasangan anda?
Wang Mohd Ridzuang.


5. Ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda.

a. Ganas di ranjang
b. Ganas di ranjang
c. Ganas di ranjang
d. Agak hensem
d. Memang hensem


6. Bila tarikh anda couple.

23 Disember 1998, di bulan Ramadhan yang mulia.
Orang lain duduk rumah berpuasa, aku bertenet kat The Mines.
Elokkk.
Memang setan.


7. Apakah kenangan pahit kau bersama pasangan kau?

Kedaraanku telah diragut oleh pasangan.




Tapi saya suka.
Haha.

Oh, baru aku teringat malam ni malam Jumaat.






Nak ambik wuduk jap, baca Yassin.