2010-03-29

Tolong lah bagi pendapat



Anonymous has left a new comment on your post "Kecik-kecik takmo mampos":

skrg saya sudah tau anda bukan org prihatin.hanya tau menghina org tidak bersalah tanpa mengetahui punca sebenar.

sudahkah anda membc mingguan Malaysia hari ini.jgn hina wanita mengandung anak luar nikah.Allah murka kita menghina antara satu sama lain.lgpun mereka telah dianiaya.doa org teraniaya makbul tau.kita bukan sempurna malah kita tk pernah buat silap.begitu juga dgn anda.

fikirlah sekiranya suatu hari anak anda buat begitu.adakah anda sanggup terimanya sebagai anak lelaki berperangai keji sedangkan dia tk bertanggungjawab apa dia buat?atau anak perempuan anda menjadi mangsa keadaan org lelaki yg zalim?usahlah berkata-kata hista kpd ibu yg aniaya.

kalau anda seorg yg berhati mulia dan ibu prihatin,fahamilah perasaan mereka.kehidupan anda bahagia,kiranya anda patut bersyukur.sekiranya anda menghina mereka,bila anda mau mohon kemaafan krn tk mengetahui punca pembuangan bayi yg tidak berdosa.

Publish this comment.

Reject this comment.

Moderate comments for this blog.

Posted by Anonymous to walk on wings, tread in air at 11:31 PM




Thank you being so perihatin kuar masuk blog ni semata-mata nak check adelah saya mempublish komen anda yang terdahulu. Jawapannya sangatlah tidak.

Sebab saya rasa komen anda sangat lah cetek untuk dipublishkan di sini.

Cuba baca balik entry saya, di mana saya menghina anak luar nikah atau ibu yang mengandung anak luar nikah? Ada?

Saya mengutuk ibu luar nikah yang dah tau buat anak luar nikah, tapi tak tau nak membela anak tu malah mencampakkan untuk jadik makanan anjing.

So, perlu ke kita kesiankan ibu yang anda gelarkan 'teraniaya' ini?

Lain kali pemahanaman bahasa melayu kasik polish.

Tapi takpela, saya publishkan komen anda yan terdahulu kat entry ni. Khas buat anda :


Anonymous has left a new comment on your post "Kecik-kecik takmo mampos":

kasihan bayi yg tidak berdosa itu. mmg buang anak mmg zalim. akan tetapi bukan slh ibu bayi sebenarnya.

puncanya bapa bayi yg keji itu patut kena dipersalahkan krn tidak mahu bertanggungjawab apa dibuat serta urusan perkahwinan di Jabatan Agama Malaysia mmg menyulitkan. ia terlalu byk prosedur. padahal hukum akad nikah dlm islam amat ringkas.

apa pun kita hanya tahu menunding jari kpd mangsa keadaan tp pernahkah anda terfikir, kenapa masyarakat di Malaysia dan keluarga mangsa terutama ibubapanya memandang hina kpd anak perempuan dianiaya dan bayi tidak berdosa. sepatutnya kita yg prihatin patut menolong supaya ibu dianiaya tidak membunuh anak selepas bersalin.

apa perasan anda sekiranya anda berada situasi perempuan itu bersama bayi tidak terima keluarga sendiri dan dikeji oleh masyarakat. adakah anda akan bertindak mcm org bodoh seperti anda cakap di entry itu?

Publish this comment.

Reject this comment.

Moderate comments for this blog.

Posted by Anonymous to walk on wings, tread in air at 9:05 PM



Saya tak faham dengan kenyataan anda :

(i) "akan tetapi bukan salah ibu bayi sebenarnya".
So bolehkah saya mengandung anak luar nikah dan kemudian bagitau semorang 'Bukan salah akuuuuu' (ala-ala lagu Sembilu Ella). Mana anda tau bukan ibu bayi yang bersalah? Andakah ibu itu?

(ii) "puncanya bapa bayi yg keji itu patut kena dipersalahkan krn tidak mahu bertanggungjawab".
Ohh, sedap sama-sama, tapi salah nak lelaki tanggung sorang? Sama-sama tanggung salah la wehh. Kalau laki tu taknak bertanggungjawab ko carik la laki tu, yang ko pi bunuh budak tu apekejadah?

(iii) urusan perkahwinan di Jabatan Agama Malaysia mmg menyulitkan. ia terlalu byk prosedur.
Anyone nak jawab? Aku bukan dari Pejabat Agama.

(iv)kenapa masyarakat di Malaysia dan keluarga mangsa terutama ibubapanya memandang hina kpd anak perempuan dianiaya dan bayi tidak berdosa.
Dey macha, takde saper pun hinakan pompuan yang mengandung anak luar nikah selagi dia menjaga anak tu dengan baik, Malaysia ada sediakan Pusat Pemulihan Akhlak untuk kes-kes macam ni. Malaysia sangat perihatin sampai sediakan pusat khas.

Ibu yang mengandung anak luar nikah tapi membela anak tersebut, tu adelah ibu yang baik. Cuma dia pernah melakukan kesilapan tapi dia sedar kesilapan dia. Yang ibu aku cakap ni pulak jenis yang dah la buat salah, pastu nak cover kesalahan sendiri semata-mata nak bajet baik depan orang maka bunuh anak sendiri, itu perlu ke kita kesiankan?

(v) sepatutnya kita yg prihatin patut menolong supaya ibu dianiaya tidak membunuh anak selepas bersalin.
Masalahnyaaaaa, aku tak sempat nak prihatin dia dah bunuh budak tu siap-siap.

Perihatin tu adelah apabila kita dapat trace dia mengandung anak luar nikah then kita bawak dia ke pusat pemulihan akhlak, kita tolong dia bersalinkan anak dia and kita nasihatkan dia jaga anak tu, itu baru perihatin. Kalau dia sendiri yang berusaha sorokkan perut dari nampak dek orang, pastu senyap-senyap pergi bersalin tepi longkang, saper yang tau? Tang bila nak perihatinnya kalau dia sendiri yang berselindung?

Contohnya macam kau la, ada masalah tak paham bahasa melayu kan. Kalau kau tak hantar komen bangang ni kat aku, aku pun tak tau ko ada masalah pemahaman teks. So now aku dah tau apa masalah kau, maka di sini aku nak menunjukkan keperihatinan aku supaya kau pegi POPULAR Book Store and carik buku 'Bahasa Malaysia for Dummies'. Ok?

(vi) apa perasan anda sekiranya anda berada situasi perempuan itu bersama bayi tidak terima keluarga sendiri dan dikeji oleh masyarakat
Kalau nak dikeji masyarakat, tak payah nak ada anak luar nikah. Kau berkhalwat pun dah ada orang keji. Aku buat entry pasal bunuh bayi luar nikah ni pun kau keji aku kan? Tu belum kalau aku ada anak luar nikah. Kau dulu yang berlumba-lumba mengutuk aku.

So, benda ni adelah lumrah hidup bermasyarakat. Ada yang mengeji, ada yang memberi semangat. Ikut lojik la, kalau orang tu buat salah (berzina) tapi bertaubat dengan niat nak membela bayi tu, takde saper pun nak keji. Tapiiii kalau kau dah berzina pastu pegi buang pulak budak tu kat tempat yang tak sepatutnya macamkan budak tu lagi jijik dari babi, kau nak bagi nasihat lagi ke? Itu jatuh hukum membunuh dengan niat okkk. Membunuh dengan niat apa hukumnya, anyone?


Apa-apa pun, aku rasa ko memang tak paham entry aku.
Ataupun kau sememangnya carik bahan nak bantai aku tu pasal apa yang ko komen tak make sense lansung.

By the way, kalau rasa komen kau benar, tak payahlah pakai anonymous.
Berani kerana benar weyyy.