2010-03-16

Keranamu Apeng - Finale


Lepas settle kat surau, berangkut pulak balik umah Ina untuk majlis sarung cincin. Kat surau just serahkan mas kawen je. Entah mana hilangnya pengapit laki, aku jugak yang kena apit dua-dua pengantin sebab payung pun satu je. Fuh, terasa macam orang penting sungguh.




Apeng aka Ina.



The pengantin - Kamal and Azlina.





Ni la dia kalau para kameraman sibuk nak ambik gamba pengapit-pengapit berbanding pengantin. Sampai tak tau nak tengok kamera mana satu. Wakakaka.

Dapatla aku merasa duduk atas pelamin lagi. Pelamin aku dulu tak macam ni okkkk. Tumpang pelamin orang jadik laaa.
Tapi semua dah kembang-kembang.
Seb baik duduk, kalau ambik gamba dari sisi, konfem nampak spare-spare tyre sorang-sorang.

Lambat jugak la abis majlis.
Sebenarnya majlis kalau nak ikutkan memang sejak keluar dari surau dah habis, tapi biasa la kan, kalau dah jumpa member-member ni memang payah la nak balik awal. Nak pulak semua jenis yang lupa masing-masing dah ada laki. Selagi laki tak sound, selagi tu dok bersembang habis cerita seploh tahun lepas pun boleh bukak balik.
Antaranya adelah cerita aku kena belasah ngan tungau. Ini memang topik yang tak pernah boring dibentangkan pada setiap mesyuarat. Fuh, nasib baik Ina tak jemput orang tua tu datang. Kalau takkkkkk, aku terbalikkan pelamin si Ina ni.

Time kitorang nak balik, kakak si Ina ni hidang mi goreng.
Terpaksa la sambung mengumpat depan mi goreng pulak.
Seb baik dia tak bagi plastik sekali, kalau tak memang aku bawak balik barkat ke hotel.

Disebabkan aku duduk Teluk Nipah, maka perut aku la yang paling bahagia berbanding dorang yang duduk kat Pan Pacific Teluk Dalam. Saje je aku api-apikan pasal makan ikan bakar.

Sedap okkkkkkkkkk. Boleh je aku nak upload gamba ikan bakar kat sini, tapi sebab kesiankan mak buyung sorang tu, aku kensel la.






Ni masa aku duduk kat Pan Pacific Teluk Dalam time Redza umur 2 tahun. Kiut pulak aku tengok budak itam ni. Dah la ketot, tembam pulak tu.

Eh, masa ni apesal aku kurus sikit?

Bab makan kat Teluk Dalam ni memang hazab. Takde pilihan lain, ko terpaksa jugak makan dalam hotel tu melainkan ko willing nak menapak. Teringat lagi camana aku menelan air liur bila bibik aku point kat menu - SIRLOIN STEAK.

Hambikkkkkk.

Aku baru nak order nasik goreng dengan harapan dia pun order nasik jugak.
Sekali member order steak.
Ohh tak boleh jadik nih. Aku pun terus order steak jugak.
Keji gila dengki kat bibik sendiri.






Disebabkan semorang penat macam nak mati lepas majlis nikah, malam tu semua tido awal. So esok paginya kul 6am masing-masing dah terjaga. Lepas breakfast terus pi beach. Kasik can budak-budak nak berendam dalam laut pulak.

Series penat gila.
Padahal bukan buat apa pun, but maybe agenda aku bermula dari hari Jumaat, dari pagi berjalan, so kat Pangkor aku dah lembik semacam tapi keranamu Apeng, tak kisahlah.

Orang yang menikah tak apa-apa, aku ngan En Wan pulak yang siap berjanji-janji nak beromen kat bilik malam nanti. Tapi janji tinggal janji sebab masing-masing kepenatan. Cuma cukupkan syarat raba-raba ajelah apa yang sempat. Wakakaka.







Ni je la gamba Anjungan Resort yang aku sempat snap.
Tetiba aku jadik blank je pagi tu, macamkan aku pulak yang nak bersanding.
Maklumlah, orang nak naik pelamin after 9 years katakan.
Walaupun berdiri tepi pelamin je tetap atas pelamin okkkkk.
Jangan la laki aku buat hal nak duduk atas pelamin jugak satu hari nanti.
Mengapit takpe bangg, kalau ko yang duduk atas kerusi pelamin tu siappp.
Tetiba je ko nampak aku buat silat pengantin kat depan kau. Pastu dengan kau-kau sekali aku lipat.

Ingat tu bangggg. Ini last warning yang pertama!



Wah wah wahhh.
Anak saper ni pandainya posinggg.
Mesti mak dia model baju mandi.



Inilah pengantin sembilan tahun lalu.
Walaupun muka pengantin lelaki tak berapa nak redho dalam gamba, hakikatnya mereka sangat bahagia.
(nilah gamba paling 'ceria' yang aku pilih berbanding empat gamba yang lain. Aku pun tak tau apa masalah laki aku ni dengan kamera)




Sampai rumah Ina dalam kul 12tghri.
Pengantin sedang disolek oleh Pak Andam yang sangat gorjes dengan baby T-nya.

Biasala time kawen-kawen ni, masa ni la ramai benar yang duduk bersila tepi-tepi pengantin nak tengok pengantin kena solek. Yang aku heran tu, boleh tahan dorang ni berpeluh-peluh kat situ berhimpit-himpit semata-mata nak tengok pengantin. Aku yang berdiri betul-betul depan kipas pun rasa berlendir satu badan.




Dah nak siap, tinggal belum pasang lipstik je lagi.


Masa ni aku tengah busy me-mekap-kan flower girl.
Pak Andam tu punya eyeshadow punya la banyak, ada la dalam 30 kaler kot, apa lagi aku tenyeh la mata budak-budak ni. Sorang-sorang jadik guinea pig kejap.
Tapi takpe, semua aku mekap cun-cun punya. Konfem abang-abang TLDM tu sanggup membujang lagi 20 tahun semata-mata nak tungu korang membesar.


Aku iring Ina sampai kat pintu gerbang.
Sebab tunggu abang perwira datang jemput. Gila panas okkk. Dah la abang perwira lambat sangat bersiap, masa tu la sibuk nak luruskan barisan la, nak asah pedang la. Aku ni panas tau tak.

Well, actually I have been waiting for this moment for so long since hari aku kawen lagi aku dah janji, kalau Ina kawen, busy macamana sekalipun aku akan datang Pangkor.
Memang aku dah plan nak jadik pengapit dia, tapi aku tak penah bagitau.
Until dia call aku cakap dia nak kawen, aku terus tanya siapa pengapit?
Bila dia kata tak tau lagi, terus aku book 'Ok, aku jadi pengapit'.

Masa aku bertunang dengan En Wan, aku still blaja lagi.
But Ina willing keluarkan duit untuk bayar duit tiket dari Kuching ke KL semata-mata nak jadi pengapit masa aku bertunang.

Masa aku kawen, sekali lagi dia jadi pengapit. Siap tido rumah aku 2 hari awal sebab nak temankan aku buat spa segala. Dia jugaklah yang inaikan jari aku. Sama naik dia aku berspa, dia pun berspa.


 Ni Ina and aku tengah gotong royong buat bunga manggar time kawen aku.
This was the best moment ever di saat-saat nak mengakhirkan zaman single. Aku bantai berborak ngan Ina sampai kena sergah ngan makcik-makcik suruh tido sebab suara kitorang gelak mungkin telah mengganggu pakcik-pakcik yang sedang buat semayang tahajud. Mesti pakcik-pakcik tu tak khusuk dengar suara mengilai tengah-tengah malam. Padahal esok nak kawen ni. Sikit aku tak terfikir esok ada eyebag ke apa ke.



9 years ago...



2010, I am here to return a favor..:)



Ada sesape teringin nak kawen bawah pedang?
Rajin-rajinlah lalu-lalang kat Lumut. Hehe.




Ina punya pasal, menggagau aku carik baju putih.
Habis semua kedai kat Kompleks Shah Alam aku masuk nak carik baju kurung putih punya pasal.
Lepas majlis, En Wan cakap 'Tahun ni takde baju raya dah tau'.




Sangat segak lagi kacak abang-abang perwira ni aku tengok bila dah pakai baju seragam.
Masa dorang tabik hormat ni tetiba telinga aku macam terngiang-ngiang lagu Darah Satria.



Yesss. Inilah masa yang aku tunggu-tunggu.

Biasala kan pengantin mana makan banyak. Nak pulak si Ina.
Dia ni tak jadik pengantin pun memang dasar makan lembab, ikut sunah nabi okkkk, kunyah 44 kali.
Bila jadik pengantin makin slow pulak pompuan ni mengunyah. Aku dah la nak terkencing ni.
Tapi lauk memang kaw la. Orang dok pulau katakan, so ikan memang bapak fresh dan sangat lazat. Aku memang tak pedulik la kamera kat depan, yang penting aku makan dulu. Ko nak ambik gambar ko ambik lah.

Ko tak nampak betapa gorjesnya ayam golek atas meja tu?
Tapi aku tak berani nak ambik, kang ada yang bergolek ayam tu atas tanah aku kejekan.
So aku ambikkan Ina ikan, sayur and udang je.
Tu pun laki dia yang kupaskan kulit, laki dia yang potongkan ikan tu kecik-kecik. Semua laki dia buat. Tengah baru-baru la katakan. Kita kasik can la.

Ehhh, akak pun macam tu jugak la romantisnya dulu. Dah sembilan tahun sok ko tengoklah. Dia suruh ko telan je udang ngan kulit-kulit tu sekali. Tapi tu kira bagus la kan dari En Wan asal nampak nasik goreng aku ada udang je 'Tak makan udang kan?'. Time dia tanya tu udang tu ada dalam sudu dia dah.
Memang redho je la aku dapat orang tua ni.






Yang aku muskil, macamana gamba mak-mak orang ni boleh ada dalam kamera aku?
Apekah kaitannya dorang ni dengan En Wan maka En Wan dengan rela hatinya snap gamba dorang?
Baik kau cakappppppppp!!

Tapi apesal la korang tak tunggu aku sekali bergamba.
Boleh aku posing mengiring kat tengah-tengah.




Muka-muka yang selalu buat kecoh kat Unimas.


Nampak tak air atas meja tu kaler purple and putih?
Memang betul-betul ikut tema.
Tema wedding Ina purple and white, so ngan air-air sekali kaler yang sama.
Tapi aku tak minum, sebab itu air keledek.

Ye, aku tau itu air keladi.
Tapi Ijad cabar aku tulis kat blog air KELEDEK sebab aku tersilap sebut hari tu.
Bila Rozie tanya 'Cantiknya air kau, air apa?'

Aku sebut 'Air keledek'.

Kemain sedap lagi dorang gelakkan aku.
Tapi aku pun sebenarnya gelak sama sebab aku rasa apesal la dah tua pun bangang lagi tak tau beza keladi ngan keledek.

Around 2.30pm aku bertolak dari jeti Pangkor.
Rasa puas dapat attend wedding Ina.
Yang paling penting, aku dapat jadi pengapit dia. *wink*