2010-03-30

Ini last lepas tu aku takkan layan dah, sebab aku rasa sesetengah orang sangat lembab menerima fakta.



Azia has left a new comment on your post "Tolong lah bagi pendapat":

Salam,

Sebelum tu nk minta maaf sbb apa akak nk ckp nie mungkin menyakitkan hati. Sebenarnya akak nk komen tentang kamu posted pasai kecik2 tk nk mampus dan apa pendapat korang. Well ini pengalaman akak nk cerita sbb akak menyara anak tidak berdosa. Kamu tk tau kenapa berlaku pembuangan anak berlaku di Malaysia. Nak taye la kamu, kamu tau tk keturunan apa mangsa bayi tidak berdosa? Mesti kamu tak tahu kan sbb kamu bukan forensik. Kamu hanya tahu dr surat khabar bayi digongong oleh anjing shj tanpa mengetahui punca serta siapa ibubapa mereka. Mesti kamu tak tahu orang asing terutama orang Indonesia byk melakukan dlm hal ini. Akak ckp nie sbb suami akak merupakan peguam syariah. Akak nk cerita kenapa terjadi hal ini.

Bila berlaku begini, biasanya lelaki asing cuba mohon berkahwin dgn perempuan Malaysia. Akan tetapi, org majlis agama permain-mainkan niat mereka. Suruh menyediakan dokumen sepeti surat dr duta. Lepas itu, lelaki itu akan diminta mcm-mcm sperti rekod jenayah,kesihatan dan lain-lain dari negara asal mereka. Utk pengetahuan kamu yg tk tau apa nie, proses yg dikehendaki oleh Jabatan Agama mengambil masa. Apa pun,pernahkah rakan-rakan kamu berkahwin dgn org asing teruatamanya dr Indonesia? Kalau ada cuba kamu tanye, bagaimana prosidurnya. Harapkan seagama sahaja tetapi berfikiran amat sempit. Padahal dalam Islam, rukun pernikahan amat ringkas. Kamu tahu kan apa syarat wajibnya. Disebabkan penuh cerewet, lelaki berkenaan tawar hati utk bertanggungjwb. Maka jalan penyelesaian mereka ambil jln singkat, bunuh/buang shj. Lebih malang lg, keluarga manga perempuan sendiri pun tk nk terima mereka. Siap tk mengaku darah daging sendiri.

Akak sedih bila mereka buat begini dan org tk tahu apa-apa, sesuka hati mengutuk serta menghina tanpa menyelidik. Kamu serta orang yg komen ini tk mengalami bersenang lenang menghina orang tanpa mengetahui punca. Akak tahu apa yg dipostkan oleh anymous itu tiada niat nk memyokong pembuangan bayi. Sebelum owner post komennya, ada tak tanya siapa dia sebenar? Mungkin dia adalah mangsa keadaan atau orang yg membimbing wanita teraniaya. Hal ini tkkan terjadi kalau kita menjadi masyarakat penyayang. Kita patut bantu kepada mereka seperti merujuk kpd polis,JKM atau pihak hospital bila berlaku di sekeliling kita.

Kita hidup bermasyrakat kena tolong antara satu sama lain bukan mencaci dan menghina. Lgpun dosa ini akan dipikul sama-sama disebabkan kejian dibuat dan tiada insiatif utk tolong mereka. Sanggupkah kamu semua mendengar kes bunuh ini tanpa menolong? Utk kamu semua, hal ini tidak akan berakhir sekiranya masyarakat kita kata anak tidak berdosa adalah anak haram atau memandang serong pada ibu mereka. Tunjukkan bukti kpd sesiapa mengatakan anak dilahirkan luar nikah adalah anak haram. Dosa kita dgn Allah diampunkan krn Dia Maha Pengampun lg Maha Penyayang. Bagaimana dosa org yg hina sesama sendiri, tidak akan diampunkan? Selagi kita tidak diampunkan, selagi itu Allah takkan terima kita sebagai hambanya. Fikir-fikirlah sebelum berkata-kata.

Publish this comment.

Reject this comment.

Moderate comments for this blog.

Posted by Azia to walk on wings, tread in air at 1:58 PM



(a) Nak taye la kamu, kamu tau tk keturunan apa mangsa bayi tidak berdosa? Mesti kamu tak tahu kan sbb kamu bukan forensik.
Adekah sebab baby tu anak Indon maka kita boleh buang sebab bapak dia takkan tinggal kat negara ni lama? Akai ada ka nak buang-buang anak disebabkan keturunan?

(b) Mesti kamu tak tahu orang asing terutama orang Indonesia byk melakukan dlm hal ini. Akak ckp nie sbb suami akak merupakan peguam syariah.
Cuba akak tanya suami akak yang peguam syariah tu, apa hukumnya buang anak? Aku nak buang coli aku pun pikir 5-6 kali, nak buang ke nak tanam, nak buang ke nak tanam. Inikan pulak budak yang ko usung 9 bulan.

(c) Akan tetapi, org majlis agama permain-mainkan niat mereka. Suruh menyediakan dokumen sepeti surat dr duta. Lepas itu, lelaki itu akan diminta mcm-mcm sperti rekod jenayah,kesihatan dan lain-lain dari negara asal mereka.
Dey macha, alangkan kita nak kawen pun kena lalui mcm2 proses, ambik HIV test, buat blood test kot ada talasemia ke apa ke, inikan pulak orang luar. Standard la tu. Apa suami akak yang peguam tu tak tau prosedur undang2 negara ke?

(d) proses yg dikehendaki oleh Jabatan Agama mengambil masa
Silakan orang Jabatan Agama jawab. Sila..sila..anyone?

(e) Harapkan seagama sahaja tetapi berfikiran amat sempit. Padahal dalam Islam, rukun pernikahan amat ringkas. Kamu tahu kan apa syarat wajibnya.
Ye, saya memang berfikiran sempit. Tak selonggar fikiran kamu yang masih beranggapan buang bayi tu tak salah sebab ibu tu teraniaya. Teraniya macamana sekalipun, takkan sampai nak buang anak sendiri? Aku nak spray semut pun berkira-kira. By the way, kalau betul rukun nikah ringkas bagai dikata, apesal tak kawen je dulu before beromen? Ringkas apaaaaaaa.

(f) Maka jalan penyelesaian mereka ambil jln singkat, bunuh/buang shj. Lebih malang lg, keluarga manga perempuan sendiri pun tk nk terima mereka. Siap tk mengaku darah daging sendiri.
Ini adelah subjektif. Ada orang boleh terima, ada orang takleh terima. Nak pulak kalau benda ni jadi kat anak sendiri, of course mak bapak payah nak terima, kalau terima pun mengambil masa. Alangkan kalau laki kau yang peguam syariah tu kawen secara sah dengan pompuan lain pun aku belum tentu kau boleh terima dengan sekelip mata inikan pulak makbapak yang membela kau dari kecik alih-alih kau bawak balik anak tak berbapak. Of course la orang tua tu sentap. Mesti la ambik masa jugak.

(g) Sebelum owner post komennya, ada tak tanya siapa dia sebenar?
Kalau dia ikhlas nak tunjukkan diri dia sebenar, dia tak pakai anonymous, paling tak pun, dia akan tinggalkan email utk aku kontek balik. Macam kau la kan, ada blogger ID tapi takde profile. Pirahhhh.

(h) Kita patut bantu kepada mereka seperti merujuk kpd polis, JKM atau pihak hospital bila berlaku di sekeliling kita.
Ye laaa..polis tengah bantu la ni, bantu mencarik ibu-ibu yang 'teraniya'. Untung-untung sok mahkamah bantu dorang dengan menyediakan tempat tinggal and makan percuma selama 10 tahun. Itu kira ok la dari mahkamah bantu hantar dia ke alam barzakh.

(i) Sanggupkah kamu semua mendengar kes bunuh ini tanpa menolong?
Nak tolong aper sebenarnya ni kalau dah masuk kes bunuh? Kalau dah membunuh tu aku cuma boleh tolong tengok je. Selebihnya kau tanya mahkamah.
Cakap macam takde otak.

(j) Utk kamu semua, hal ini tidak akan berakhir sekiranya masyarakat kita kata anak tidak berdosa adalah anak haram atau memandang serong pada ibu mereka.
Asatagaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tak paham bahasa dia ni. Aku cakap, aku mengutuk ibu yang buang anak. Bukan ibu yang ada anak luar nikah. Aku ada a few kenalan yang ada anak secara accident tapi aku still berkawan dengan dia, ambik tau perkembangan dia. Yang aku kutuk is ibubapa yang buang baby. Kalau kau bengang dengan makbapak kau taknak terima kau, kawan2 kau pulaukan kau, itu kau punya pasal. Takde kena-mengena dengan aku so kau tak payah nak lepaskan kemarahan kau terhadap dorang kat blog aku.

(k) Tunjukkan bukti kpd sesiapa mengatakan anak dilahirkan luar nikah adalah anak haram.
Ok, series. Aku dah penat nak explain. Dia ni memang bangsa tak paham bahasa melayu.

(l) Selagi kita tidak diampunkan, selagi itu Allah takkan terima kita sebagai hambanya. Fikir-fikirlah sebelum berkata-kata.
Yes betul. Dan kau adelah antara orang yang perlu mintak maaf kat aku sebab siang-siang kau cakap aku bodoh. Cepat mintak maaf. Aku tak ampunkan kanggggggggg.


Aku konfem orang ni yang konon nama AZIA adelah the same anonymous yang komen semalam. Ayat pun sepesen. Ok, tak kisah lah kalau ko nak beranonymous tapi cubalah pahamkan teks aku. Aku tak kisah pun kalau kau ada anak luar nikah, so jangan nak emo. Yang aku kisah is orang yang buang baby.

Kalau tak paham-paham jugak, esok aku start blogging ngan bahasa Sanskrit.