walk on wings, tread in air: Travel lagi <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/\46vt\75-754337643106987092', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Travel lagi
November 16, 2009

Baru sampai from KB malam tadi.
Kalau tak, pagi ni aku dah merayap jumpa customer kat mana-mana ntah.
Tapi sebab semalam sampai lewat sebab KL hujan. Pelik gila. Kat berita yo yo an je Kelantan nak hujan siap bajir segala, aku ni punya la pecut sebab takut kat Kuala Krai naik air. Sekali rilekkkk je panas terik. Sampai migrain aku tahan panas. Elok je cecah Gombak, hujan selebat-lebat ada, siap jam bagai. Ni cara-cara Ahad pun dah sesak, kalau weekdays mau aku stuck kat jam sampai pagi ni.

Seb baik En Wan agree nak ikut sama ke KB, kalau tak konfem aku benti tujuhblas kali tanya orang mana jalan nak pi KB walaupun dah terang-terang ada signboard.

Aku adelah jenis manusia yang 'konfem sesat' tak kisah la berapa kali orang drive aku ke tempat yang sama, or baca map, or tanya orang. Kalau dah nama aku yang drive, benda yang wajib adelah sesat. Kalau tak sesat tak sah. Dia macam saje nak suruh aku mencarut-carut jugak sepanjang jalan gitu.

Hari tu gi Melaka yang dah selalu sampai tu pun berbuih-berbuih mulut aku memaki all the cilaka bodoh kat tengah jalan yang macam bagus sangat bawak keta cam sial. Dah tau bawak 60km/h tapi nak duk kat lane kanan. Dah la lembab, buta lak tu. Aku bagi high beam suruh ke tepi tak paham-paham. Kang aku honk kuat-kuat kang terbabas ko langgar divider mampos kat situ, satu hal lak aku nak pi buat report. Bila aku overtake ikut kiri tetiba hangin nak bakar-bakar aku ajak race. Ekzos macam nak tumbang ada hati nak ajak aku race. Pegi bikin dulu la.

Balik dari Melaka, aku singgah ofis sebab nak settlekan paper nak bawak ke KB.
Sampai kat traffic lite, merah. So aku benti. Mamat bangsat belakang aku ni dok honk honk suruh aku jalan. Aku turunkan tingkap tunjuk kat t lite.

Merah. Paham tak??

Dia turunkan tingkap jerit kat aku 'Sini U-Turn la'.

Tengkorak kau U-Turn. Mana ada sign U-Turn kat sini.

'Mana boleh U-Turn? Sini pergi straight aje la'

'Selalu sini orang buat U-Turn la'.

'Ye????? (dengan sarkastiknya) Tapi saya tak selalu U-Turn sini. Saya selalu U-Turn depan'. And aku terus naikkan tingkap.

Mamat tu berbulu je dengan aku.
Bila hijau, takde pulak dia U-Turn. Dia ikut bontot keta aku.

Bodoh.
Ni namanya bodoh terlajak.
Dah la bodoh yang pertama buat U-Turn kat traffic lite yang tak allow kau untuk buat U-Turn. Pastu bodoh yang kedua, aku dah jalan tu, ko buat la U-Turn. Tadi sibuk sangat nak U-Turn, ni takkk, pi ikut lak bontot aku konon nak takut-takutkan la. Apa ko ingat aku takut ngan kau? Aku rasa aku lagi takut enjin keta kau yang macam motobot tu tercicir tengah jalan.

Meluat!!!

Kan dah terpesong jauh jalan cerita aku ni. Ok, sambung.

Actually aku gi KB sebab ada keje kat sana, so memandangkan keje tu hari Ahad, aku angkutla sekali En Wan ngan Redza. Check-check kat internet, eh KB ada Marriott??? Kelas gilaaaaaaaa.

Terus book.


'Next time kalau pegi Marriott mana-mana, cik boleh collect point'


Ye sangatttt. Berapa banyak Marriott aku nak rasa lam Malaysia ni? Kalau pi oversea pun nak suruh masuk Marriott jawabnya siang malam aku anak beranak kunyah sabun mandi Marriott tu. 






Lepas check-in, En Wan ajak kuar ronda-ronda town.
22 tahun aku tak jejak KB okkk.
Kalau ikut hati memang malas sebab badan series penat.
Penat travel ke Penang hari tu pun tak hilang lagi.
Tapi laki aku ni memanggggg. Apa ko ingat aku pegi bercuti ke ni? Aku ni nak siapkan keje okkkk. Tapi takpela, kesian member. Dah dia jadik tukang drive takkan aku nak ngadap laptop aku ni 24/7 kot. So, layan je la.

Memula kitorang redah Pantai Cahaya Bulan.




Gila kauuuu.
Lain gila pantai ni banding ngan last aku jejak masa darjah 4 dulu, year 1987.
Disebabkan Pantai Cinta Berahi ni la aku bersumpah tak nak masuk laut dah.
Sebab kat pantai ni aku kena gigit ngan obor-obor. Gila sakitttttttt. Tiga orang cuba tarik obor-obor tu dari betis aku. Bila obor-obor tu tertanggal, aku tengok kulit kaki aku menggerutu! Memang binatang betul bendalah ni. Banyak-banyak benda kaki aku jugak yang ko nak mentekedarah.



Keriangan terpancar di muka makanan dah sampai.



Kepok lekor tetap di hati.
22 tahun dulu aku datang sini pun aku makan kepok lekor ngan seafood goreng-goreng ni. Sos dia sedap gila. Sampai menjejeh-jejeh kat baju. Gelojoh.



Erectile dysfunction? Kini tidak lagi. Cubalah sup tulang keluaran tempatan. Pemangkin nafsu anda. Rasalah!
Katakan TIDAK kepada Viagra.


 
Boleh meningkatkan kadar kemasukkan pelancong asing tak kalau aku rentangkan iklan ni kat jalan masuk PCB?

Lepas makan and jalan-jalan kat tepi pantai tengah-tengah hari buta men-sunbathing-kan kulit aku yang dah sedia gelap ni, En Wan ajak masuk Muzium Negeri.

Huh??

Aku masuk muzium?

Lama dah tak buat keje masuk muzium ni.
Dulu masa kecik, asal Pak Aji kata 'Jom, siap. Gi KL.'

Cam hebat sangat bunyiknya masuk KL kan?
Padahalllll. Kalau tak Muzium, konfem Tugu Negara.
Tempat lain takde.
Jangan harap.
Makan mesti singgah kat warung Campbell tu.
Mimpi aku nak masuk KFC. Kalau depan KFC tu ada parking space pun Pak Aji takkan park kat situ.
Sanggup ni parking kat ulu banat mana ntah pastu menapak anak beranak gi warung punya la taknak anak-anak dia ajak masuk KFC.

Kesian bapak aku kan.
Takde duit dulu.

Takpe Pa.
Kita jangan masuk KFC.
Kita masuk The Ship skarang.
Eh berlagaknya.
Pangggg sedas.
Insaf.


Aku ye ye je posing puteri raja termenung sayu memandang tempat beradu sebab kena kawen paksa. Sekali tengok gamba....Laksamana Ketot kat tepi. Ntah bila masa la dia ada kat sebelah aku.



Nak kawen ngan anak raja tu memang takde harapan. Dapat bertenggek depan pelamin di-raja jadik lah. Tapi mana tau kot-kot Tengku Muhammad Fakhry baca blog aku terus dia realisasikan impian aku. Eh.



Memang macam pelancong luar negara la gayanya, gi KB pun nak beli-beli magnet KELANTAN bawak balik.


Tapi takpela. Sebab aku pun jarang masuk Kelantan. Kalau aku kata 'Bang, jom beli magnet TRENGGANU?'.
Aku yakin dia pakukan terus magnet tu kat dahi aku.



Muka orang yang beria-ia makan sup tulang tadi.
Makin layu ada la aku tengok.
Kesian En Wan, penat drive.
Tapi sibuk nak mandi jugak. 



Terlebih mnakan sup tulang. Buah dada membesar secara tiba-tiba. Haruslah ditutup.



Series macam pergi holiday gayanya. Padahal keje kau tak siap lagi ni okkkk.





Tak tau la siapa sebenarnya yang excited mandi kolam. Mandi kat kolam budak-budak lak tu.



En Wan main sorok-sorok ngan Redza. Dua tiga kali anak aku terpusing-pusing carik bapak dia. Melampau tau orang tua ni.



Tak puas, dia gi tarik Redza masuk lam pool besar pastu saje rendam-remdam dia lam air. Satu pool dengar suara anak aku terpekik.


Malam tu dua-dua tumbang dengan awalnya, maka saya dengan jayanya dapat tengok cerekerama dengan sangat tenteram tanpa gangguan dari anak mahupun gangguan seksual dari suami.

Saper tengok Cerekerama Sabtu lepas yang Norman Hakim tu?

Aku nangis sampai bengkak mata.
Padahal cerita dia takde la sedih mana pun tapi aku macam rasa sedih gila ok.
Sebab yang mati tu lelaki yang hensem di mata aku. So sedih dia berganda.
Cuba kalau yang jadik laki tu Roslan Shah.



Sunday morning. Before gi keje.
Banyak kan aku makan? Ni baru 1st round okkk.
Hahah..pegi la mampos. Aku pedulik apa.    
posted by green apple @ 1:40 PM  
Newer›  ‹Older

MY FACEBOOK
INSTAGRAM : MY LABEL
Instagram
ADS
LET'S READ
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
MY PREVIOUS POST
Archives
MY TRAVEL DIARIES
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER