2009-11-19

Ada benda yang korang perlu tau tentang aku sebelum korang add aku kat FB



1. Tak boleh meneran.

Aku tak reti nak meneran. Sumpah tak reti. Mengemut aku tau. Wakakaka.
Sumpah! Apekah itu meneran? Bagaimana hendak meneran?
Jangan tanya macamana aku berak. Aku tak macam korang okk, nak berak pun kena minum nescafe dulu, lepak baca sokabar atas jamban pastu teran-teran sikit. Lambatttttttttt.
Kalau takde rasa nak berak, jangan dipaksa-paksa. Selagi takde rasa nak berak tu, aku akan continue buat keje macam biasa. Agak-agak taik tu dah kat hujung-hujung bontot baru aku carik toilet. Bukak seluar, duduk, selesaiiiii.
Sebab tu aku heran apesal orang panggil jamban = bilik termenung?
Aku ni toksah kata nak termenung lam toilet, nak bukak spender pun kadang-kadang tak sempat.


2. Dah boleh sendawa

Dulu aku ada masalah tak boleh sendawa. Jangankan nak kuarkan bunyik 'bedeghakkkkkkk’, nak kuarkan bunyi 'ergh’ sejemput pun setahun 3 kali. Tapi sejak 3-4 bulan lepas, aku dah boleh sendawa. Sehari ada la lam 50 kali. Maybe badan aku berangin kot skang. Tapi takde la bunyi cam badak nak beranak, dia bunyik-bunyik manja gitu. Setakat ah uhh ahh uhh oh yeahhhh come on. Eh.


3. Dah tak kentut malam.

Sejak aku boleh sendawa ni, aku dah tak kentut masa tido. Dulu, kejap-kejap aku kentut. Tapi yang pelik tu, aku kentut time nak tido je. Tu yang aku muskil tu. Apesal siang tak kentut, tapi malam macam perang nuclear. Sampai aku penah terfikir ada orang jeles ke aku kawen ngan En Wan (macam la laki ko tu gojes sangat orang nark jeles) so dia hantar pelesit kentut. Asal nak tido malam je mesti kentut. Tido siang takde pulak. Cipet betul. Ni mesti modus operandi si penjeles tu, dia taknak kasik aku beromen ngan En Wan, biar En Wan hilang selera ngan aku. Tapi silap la kau kan. En Wan adelah lelaki yang menerima aku seadanya. Apelah sangat kentut seorang isteri yang solehah. Bukan masalah besar baginya. Apetah lagi kalau aku dah kangkang.


4. Pakai shaver lelaki

Aku tak suka pakai shaver perempuan. Macam keayuan yang tak berbelah bagi rasanya kalau aku guna bendalah tu. So, aku bedal En Wan punya. Rasa gagah perkosa je bila shave ketiak guna shaver lelaki. Tetiba rasa nak angkat dumbell pastu.


5. So you think you can dance?

Hanya di bilik air saje. Aku memang suka menari tapi tak reti. Nark suruh aku masuk dancing class, mati hidup balik aku tak pergi. Tapi sebenarnya aku suka sangat menari. Asal mandi kat rumah, mesti lama. Sebab aku menari sekali lam bilik air. Dance Fame? Hip hop? Zapin? Siap dok bersimpuh atas lantai shower. Skang tengah blaja buat moon walk. Efek buih sabun adelah membantu. Buat moon walk sambil pakai shower cap and gardening glove.

Kalau MJ nampak, dia boleh meninggal 4 kali.


6. Fuck dalam kereta.

Kalau nak dengar aku sebut FUCK lain tempat takde. Memang dalam keta aje. Rasa cam gila ganas hip hop y’allll bila sebut fuck fuck tengah driving.

Situasi :

Kereta belakang honk honk aku tak tentu pasal = what the fuckkk???
Kereta bodoh yang overtake sikit lagi nak langgar keta aku = fuck youuuu!!

Keta yang bakar-bakar aku ajak race = what is your fucking problem???? (sambil tunjuk middle finger side mirror, tak sedar tengah pakai baju kurung)

Kena tahan ngan abang polis = I’m fucked!!
Nampak bangla hensem melintas jalan = Fuck me baby. Oh yes!

Adehh. Sori la kepala aku weng sket hari ni.

Jika rasa aku layak menjadi kawan anda, maka boleh meneruskan aktiviti menge-add aku dalam FB list. Sekian.