2009-07-22

Senaman tangga



Memula sekali thank you to Nomee sebab bagi award "amazing blog".
Amazed sungguh camne aku leh dapat award ni.
Thanks, eh?

Pastu nak say sorry tu Yuzz sebab aku buat-buat lupa ajak **** jumpa ko semalam.
Hahahahaha.
Tapi aku dah bagitau dia sepatutnya kitorang jumpa ko semalam.
Series sorry ah beb, **** balik hari je.
Next time la, ok?

Oh ye, sesaper yang ada anak-anak nak ambik PMR ngan SPM this year, kalau nak dapatkan teknik score A for English subject sila pi ke blog **** and tanya apa-apa tips. Sebab semalam aku macam tercengang dengar dia bagitau tips-tips nak score English macamkan aku yang nak ambik peksa hujung tahun.
Sumpah, patutla English aku bodoh, ye ye je aku tulis essay sampai 3 helai.
Rupanya teknik nak score tu lies kat certain-certain keywords je.

Pastu siapa eh hari tu Geeryder kot bagi aku tag tapi aku lom siapkan lagi sebab aku tengah busy nak siapkan bendalah nak training next week.

Semalam buat kesekian kalinya aku makan Nachos, this time kat Chilis.
Pehhhhhhhhh..sesal okkkkk, sesalllllll!!!!
Walaupun skang aku lapar, tapi aku dah niat nak berpose sampai ke malam walaupun sebenarnya cipet berdarah sebab aku nak biar lemak-lemak Nachos semalam dikikis habis-habisan.
Biasa la kan, time makan tak ingat lemak selulit segala.
Dah sendawa empat kali baru nak tobat nasuha.
Standard la.

Hari ni aku semangat satu macam. Bukan bersemangat ye. Tapi semangat.
Sebab aku rasa badan aku macam bloated gila.
So tadi aku berlari setempat kat ofis dan juga naik tangga turun tangga kat depan ni.
Tangga depan ni bukan ofis aku sorang je guna, but laluan untuk orang lain naik ke tingkat atas jugak.

So tengah-tengah aku push up, dengan keadaan badan aku condong sebab kaki kat step no 4 and tangan kat step ke 8, so masa tengah elok menonggeng tu kepala aku tunduk ke bawah sket nak tengok tetek aku terkeluar ke tak sebab aku pakai low cut neck lantassssssss aku ternampak brader IT tingkat atas ni ngan 2 orang lagi kawan dia ada kat depan tangga bawah tengah jemaah pandang aku buat aksi lucah.

Aku tak tau berapa lama dia bersenang diri kat bawah tu sambil hadap aku tengah work out (or mungkin dia kata aku tebiat nak mampos).

Yang pastinya, aku sangattttttttt kejung dan sangat terasa nak minum Ajax Fabuloso biar pengsan so that ada orang usung aku keluar dari opis ni tanpa aku sedar sebab aku taknak terserempak ngan mamat 3 ekor tu bila aku kuar dari opis ni petang kang.

Tolongggggggggg!!!!