2009-06-09

Ok, DONE!!!!

Tag dari Sumie.
Aku taknak buat kat Facebook beb sebab kat FB ada ramai budak skolah aku.
Mengucap panjang diorang baca ni kang.


1. Bekas kekasih saya adalah :
..lelaki yang suka jual kotenya secara pukal.

Jual kote di sini bukan bermaksud menadahkan kotenya ke mana-mana perempuan ye tuan-tuan. Jangan salah sangka...(walaupun aku memang suka bagi korang salah sangka).
Itu hanya kiasan saje.
Jual kote di sini adelah bermaksud bercouple ngan aku (katanya laaaa) tapi at the same time tackle pompuan sana, tackle pompuan sini. Kalau dah berhajat nak pasang 3-4 orang dalam satu masa tu, secara indirectly nak bagi semua rasa kote dia jugak la kan?

Eh tolong la okkkkkk.
Mental!


2. Saya sedang mendengar :
..perut saya berkriut-kriut petanda kejap lagi saya akan ke jamban untuk kesekian kalinya bagi memberi laluan untuk prittt prettt prettttt.

Series aku sakit perut lepas makan KFC Fiery Crunch. Dari petang tadi perut dah memulas. Tapi aku ingatkan nak period. Tengah-tengah drive dia buat hal. Kalau Schumacher nampak aku drive kat LDP tadi, memang sujud dia okkkk. 140 wa pecut sambil baca ayat Qursi bagi memudahkan perjalanan, jangan la ada road block petang-petang ni. Tak pasal je terkencet lam keta. Harus keta aku kena overhaul esok.


3. Mungkin saya patut:
..berenti mengupdate blog dan sign off YM sekarang kerana proposal nak bentang esok kat *** lom siap lagi.

Tapi memandangkan otak sudah jammed sebab penyahtinjaan berlaku secara berterusan sehingga menyebabkan aku duduk menyenget je ni (series pedih bontot aku okkk, macam kena liwat je rasanya), maka aku harus beristirehat, melegakan ketegangan dengan mengupdate blog dan facebooking kejap.

Tak jam pulak kepala aku kalau blogging, eh?


4. Saya suka :
..jika ada orang tolong buatkan teh tarik untuk saya sekarang sebab saya haus tapi saya takut nak turun bawah kerana ada budak bodoh yang sengaja ingatkan saya cerita hantu kom kom yang pakai purdah bawak batu nisan cari baby dia yang hilang.

Buto!!!!


5.Sahabat-sahabat baik saya :
..maybe sedang tido skang sebab dah pukul 12.41am.

Ataupun mereka sedang berchatting tapi sengaja invi kat aku macam aku tak tau laaaaaaaaa.

Tapi, aku ada sahabat baik ke?


6.Saya tak paham :
..kenapa sakit perut saya masih tak hilang walaupun dah minum teh pekat 2 uncang.

Bukan ke kalau seuncang pun ko ada potensi nak dapat sembelit tapi apesal perut aku tak benti-benti carik pasal skang ni? Apekah kerana dosa aku mengumpat KFC secara melampau siang tadi?

Tapi series wehhh, KFC Fiery tu lansunggggg tak pedas. Aku leh selamba dek makan ngan cili sos. Ni cara-cara aku yang tak tahan pedas pun leh cakap ayam tu tak pedas. Alangkan pulak korang yang jenis makan sambal berlaukkan nasi ni.

Betul kata Idham Siraj, dia tak pedas di mulut, tapi pedas di bontot.


7.Saya kehilangan :
..berat badan sejak akhir-akhir ni akibat makan sekali sehari.

Dan saya rasa malam ini saya telah menjadi semakin slim (ayat mintak kena maki) akibat penciritan berganda yang saya tidak pasti di mana penghujungnya.

Errr...ke ni 'anugerah' Tuhan sebab aku asik la mintak nak kurus????
Ko nak sangat kan...ha ni hambikkkkkkkk!!


8.Ada yang berkata :
..saya perlu mencerahkan kulit.

Mungkin orang ini sakit hati kerana walaupun saya hitam tapi saya tetap gorjes.

Hitam pun bukan dapat kat ko so ape ko kesah???
Cara-cara aku hitam pun ada gak laki yang nak kat aku. Hensem pulak tu .. huahuahuah.

Jadi, jangan lah kisahkan kulit aku yang hitam ni.
Kisahkan lah diri kau yang walaupun putih dari aku tapi tetap tak kawen-kawen lagi, what a loser. Toksahkan kata nak dapat yang putih, yang kelabu pun belum tentu.


9.Makna nama saya :
..hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis. Ewahhh.

Kalau dah hitam tu hitam je la. Suka-suka je nak cipta pantun manis masam segala.
Ni mesti pencipta pantun ni takleh terima hakikat kulit dia hitam.
Still nak up-kan diri sendiri.


10.Cinta itu adalah :
Cinta itu.....boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan. Walau pedas hingga mengalir air mata masih mau dimakan jua.....(cilok dari filem apa ntah...lupa)

Bagi aku, cinta itu adelah something yang tidak datang dengan mudah dan tidak hilang dengan sekelip mata. Bila aku kata 'I love you' bermakna aku benar-benar cinta...ku benar-benar sayangggg...tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang. Eh, terbabas.

Frankly aku senang minat kat orang tapi takat minat je la.
Tapi aku tak mudah cinta kat orang.
Once aku cakap aku cinta (geli pepek aku menulis ni), maknanya aku bagi seluruh hati aku pada dia. And disebabkan aku sangat-sangat cinta, aku takde masalah nak lepaskan orang yang aku sayang tu pada orang lain kalau itu membahagiakan dia. Sebab aku tau, kalau aku halang dia sekalipun, macam la sayang dia to the 3rd person tu akan hilang kan? Takkan hilang punya. Sudahnya dia akan hidup berpura-pura dengan aku. Dari aku sakit hati...silakan lah kau pergi.

Itu kalau benda dah jadik.
Kalau belum terjadik, kita berdoa la supaya cinta dia kekal pada kita sorang je..:)

Weh...amin kan oi..Amin.


11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
..tido dengan nyenyaknya sampai comforter tu dia punyakan sorang.

En Wan ni kalau tido mesti nak kena bungkus satu badan ngan selimut walaupun panas. Dia kata cam tak sedap tido takde benda cover. So selalunya comforter tu lekat kat aku 1-2 jam je. Tengah-tengah malam kang tetiba aku rasa sejuk je badan, pusing kiri tengok cantik je dia berbungkus. Aku ni macam nak mati tahan sejuk.

Kalau aku sound 'Banggg, sejuk laaa', bukannya dia selimutkan aku, dia tetappp selamatkan diri dia ngan berbungkus, tapi dia letak je tangan dia atas dada aku konon kasik pengaliran haba la. Menyirap je.

Tapi penyirapan itu hanya bersifat sementara.
Apabila tangannya sudah dipark ke atas dadaku, ia tak ubah seperti sudah dapat tangan suami bertuah, coli tidak berguna lagi.


12.Saya akan cuba :
..untuk menyiapkan proposal saya selepas menghapdet blog ini.


13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Check la kamus dewan...apa ke bangang nya ko nih.


14.Telefon bimbit saya :
..mengeluarkan truetone Cinta Ini Membunuhku untuk sudah hampir 4 bulan lamanya.

Lagu ni sangat-sangat best, tiap-tiap kali masuk kereta aku bukak mp3 lagu ni dulu.
Setakat ni belum boring lagi.
Tapi aku belum penah tengok siapa penyanyi dia.
Harap-harap dia hensem so aku leh feeling-feeling lebih masa nyanyi lagu ni.

Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
tak sadarkah kau telah menyakiti ku.
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

Layannnnnn.


15.Bila saya terjaga dari tidur :
..saya akan pegi bilik air dulu untuk kencing. Kalau tak rasa nak kencing saya paksa dia kencing jugak.

Lepas tu saya tengok jam kat HP sambil berdoa jangan laaaaa kul 6am.
Sebab bapak saya ajar kalau dah pukul 6am tu toksah la tido lagi. Get ready ambik air semayang.

Alaaaaa.....kul 6.45am boleh??

Bila jam menunjukkan baru kol 3am, saya akan gatal bukak laptop sambung buat keje.
Cuba kalau jam tu kul 6.30am, dan-dan mata tu takleh bukak macam nak disiat-siat.
Kalau awal lagi, mula la gatal nak siapkan keje la, nak baca notes la.

Memang setan.



16.Saya paling tak suka apabila :
..lagi kita nak cepat, lagi macam-macam hal jadik.

Cam pagi tadi aku nak cepat gi pejabat pos ambik parcel, time tu la fuel warning.
Kena stop jap kat Shell.
Masa ni la sales mana ntah sibuk nak buat promosi kad kredit.
Nak kata 'No, thank you' nampak nau kereknya, at least dengar la dulu apa dia nak cakap kan. Kot-kot buat satu kad dapat free tiket pi umrah ke.
Sampai kat tol, Smart Tag tertinggal kat keta En Wan pulak.
Terpaksa beratur belakang lori.

Benda-benda macam ni la yang buat aku maki berbakul-bakul.


17.Pesta/Parti adalah :
..something yang stressful untuk aku yang tak pernah berparti melainkan birthday parti and jadik tukang distribute tupperware kat parti tupperware Mak Aji masa aku umur 9 tahun dulu.

Aku tak paham setakat nak jual tupperware pun nak buat parti siap goreng mihum segala. Belinya tak. Ada satu maciknya tu jenis jam kepoh-kepoh, orang buat parti tupperware dia dulu sampai. Tapi tak beli pun. Makan mi nya sampai 2 pinggan siap tapau kat tupperware mak aku jual tu. Pastu basuh-basuh pulangkan balik.

Parti memang membuatkan aku stress sebab aku pening dengan keadaan orang yang ramai pulak tu kalau ada muzik yang memekakkan telinga aku.

Tapi tu la, dah namanya parti kan, haruslah ada orang ramai-ramai, menari-menari, makan-makan, bunyi-bunyian. Boleh jugak kalau ko nak jemput ramai orang, ada makan-makan tapi senyap sunyi takde dancing-dancing karaoke-karaoke. Tu bukan parti namanya. Tu namanya tahlil orang meninggal empat ploh hari.


18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Saya bukan pencinta haiwan.
Saya cuma cintakan haiwan yang ada pada suami saya.

Tu teka-teki tu.
Sila jawab kalau anda bijak laksana.


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
..sekarang.

Kerana saya boleh memegang duit sendiri walaupun tak banyak.
At least banyak la dari zaman skolah dulu dari darjah 5 sampai tingkatan 5 balik-balik seringgit je aku dapat.
Ko bagi la alasan ko ada tuition ke, ko ada latihan sukan ke (which aku tak penah attend), tetappp seringgit dia bagi.

Tu pun esok aku mintak duit belanja mak aji leh sound aku 'Ko ni semalam bagi duit, hari ni nak bagi duit. Apa ko makan kat skolah hari-hari seringgit habis?'

Pastu pak aji sambung 'Cuba la blaja menabung sikit, Diana. Papa dulu cukup suka simpan duit, kalau atuk bagi duit papa terus simpan.'

Ha'ah iye lahhhh.
Tau tak nasik lemak kantin yang sejuk lauk ikan bilis ngan timun layu tu pun dah 80 sen sepinggan. Abis, aku toksah minum air? Biar tercekik kejung kat situ?
Takkan la dah vogue-vogue pakai blazer pengawas nak menonggeng tepi longkang togok air paip kotttttttt.
Tak sesuai...tak sesuai.


20.Hari ini :
..ari Rabu.
Esok hari Khamis.


21.Malam ini saya akan :
..malam sudah berlalu.

Sekarang sudah pagi. Jam menunjukkan pukul 1.57am.
Apesal tag ni panjang sangat, menyusahkan hidup aku nak mengahabiskan.


22.Esok pula saya akan :
..merayap mencari rezeki sambil berdoa supaya segala-galanya berjalan baik buat saya.


23.Saya betul-betul inginkan :
..teh tarik di saat ini.


24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
..hati saya terdetik, mengapakah hidung saya tak mancung macam suami saya?

Mengapa kulit saya tak putih?
Mengapa mata terjojol?
Mengapa dagu saya senget?
Mengapa bibir saya nipis?
Mengapa tulang pipi saya tak tinggi?
Mengapa dengan demikian lelaki-lelaki tetap mendambakan cinta saya?

Huahauahauahuahauaha.

Ok, abaikan.
Aku dah mengantuk sebenarnya ni.


25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Of course la pusat membeli-belah.

Kerana di sana ada banyak benda untuk dibeli.
Walaupun selalunya ia berkesudahan dengan melopong yang berpanjangan sebab duit saya dan juga kad kredit di kawal rapi oleh lelaki yang kejam itu.

Tiba-tiba saya mendapat satu akal.

Apa kata saya curik duit dia kejap lagi?
Dia ada menyimpan beberapa keping note lima ringgit belen duit raya tahun lepas di dalam laci spendernya. Duit itu adelah duit raya tahun lepas yang tak habis bagi kat anak orang sebab kitorang dah pesan kat mak bapak kalau datang beraya kat rumah kitorang jangan bawak anak.

Wakakaka.



26.Makanan Barat atau Jepun :
Apa-apa pun boleh.
Jangan aku terberak-berak lepas tu sudahhhh.


27.Bilik yang terang atau gelap :
Bilik yang gelap dengan udara yang sangat sejuk dan persekitaran yang senyap sunyi tanpa ada bunyik anjing menyalak or alarm keta orang yang tiba-tiba bunyik time-time aku nak tido jap lagi.


28.Makanan segera adalah :
..makanan yang kita order dari ofis dengan menggunakan telifon 'Bik, nanti kuarkan ayam, digoreng. Sayur masak lemak. Sotong masak sambal. Lagi setengah jap akak balik'.


29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Ayat yang mungkin aku akan katakan jika itu adelah ayat yang terakhir dari aku untuk dia adelah :

Kalau nak tido 'Abang, good nite'
Kalau nak berangkat ke tempat jauh 'Doakan Di selamat ok?'
Kalau nak sign off dari YM 'Ok, bye'
Kalau ada jinjang bukit overtake keta aku dengan gaya lahanat 'Oi bodoh. Mampos la kau!'

Gedeganggggggggg.

Terus eksiden.


30.Siapa yang anda nak Tag?
Buat la sesaper nak buat pun.