2009-05-08

Hong Kong Part 3



Turun je cable car apa-apahal ambik gamba dulu.
Tu prosedur biasa.

Pastu baru merayap kat atas.

Kat Ocean Park ni main purpose nak rasa cable car dia je. Sebab cable car dia best.
View pun cantik.
Tapi tak berapa seram nak banding ngan cable car Langkawi (adik aku la cakap, aku mana penah naik).
Elok la kalau tak berapa seram pun.
Cara-cara tak seram pun aku dah terpekik kat atas tu.

Kat sini tak banyak sangat gamba yang kitorang snap sebab semua kepenatan. Penat beratur masa nak naik cable car.
Lagipun theme park ni permainan dia ganas-ganas macam kat Genting gak.
Another reason pi sini sebab Ibal nak rasa naik roller coaster dia.
Dia ni asal ada roller coaster je memang konfem naik.

Takde de ko nak nampak aku berebut-berebut ngan orang nak naik roller coaster ni.
Dengar dorang menjerit kat atas tu pun semua bulu aku tegak.





Memula pi Aquaria dulu (apa ntah nama dia, tapi cam Aquaria jugak la).
Pun beratur bapak panjang jugak.
Tapi sebab En Wan cukup suka binatang-binatang laut so aku layankan je la.

Best jugak kat dalam ni, cuma orang ramai so nak ambik gamba pun jadik malas.
Nak masukkan kepala aku pun sikit punya menyondol macam nak habis nyawa ni kan pulak nak angkat tangan snap gamba. Tak dapekkkkk. Snap mana yang sempat je.

Tapi sangat la dalam kolam dia korek.
Segala macam binatang ada lam tu.


Gi main tikam-tikam pulak.
Tapi HAMPEH belaka.
Gaya aje lebih, mengenanya harammmm.
Tapi kira ok la at least menang gaya kan.

Masa kat tikam-tikam ni banyak gila permainan tapi sebab semua leka main, takde saper nak offer diri snap gamba.



Ibal angkat tangan tanda 'ready'.
Takde saper nak temankan dia sekali. Naik la ko sorang.
En Wan pun sorry la nak menyerahkan diri kat roller coaster. So not him benda-benda yang ada kebarangkalian nak terbunuh ni.

Tetiba teringat Final Destination 3.

Tapi ngeri la roller coaster dia.
Dah la kat lereng bukit, bertingkat-tingkat lak tu.
Loop dia ada tiga tak salah aku.



Masuk pulak kat Safari World.
Dah la kulit aku ni memang ke arah 'safari', so feeling dia lebih sket la bila masuk lam ni.
Cantik jugak dia decorate kat dalam tu, dengan bunyi-bunyi binatang semua.

Agak-agak kalau perlukan beruk tambahan, aku ada bawak sekali ni, tinggi dia enam kaki.



Masa ni aku cam tercangak bangak jugak la, masuk-masuk je nampak keliling dinding semua kaler plain green apple.

Pehal lak ni wehh??
Aku pun jalan je la kat tengah-tengah bilik tu terpusing-pusing.
Tau-tau muka aku masuk TV dah.
Sebab tu ko tengok muka sorang-sorang cam blur je.
Gamba En Wan takde la, sebab dia yang tukang snap from the TV.



Bergamba ngan maskot Ocean Park.

Redza dah dapat menatang yang kat tangan tu dah memang lupa nak bergamba.
Ni pun aku tarik dia.
Kalau aku bergamba sorang nampak nau tak tau undang-undang sebab yang beratur semua budak-budak.



Masa ni gamba aku dah takde dah.
Aku ngan mak aji dah terlepak kat bawah pokok tengok orang je.
Dah takleh nak jalan lagi.
Dah la bawak beg, bawak perut, bawak tetek.
Berat siallll.
Tumit aku ni macam nak keluar api pedihnya.

Tapi aku dapat gak tengok acrobatik ni tang jauh.
Dah sampai negara yang terer acrobatik rugi la kalau tak tengok live kan.





Kebetulan 13 April Giant Panda baru sampai HK.
Kira bertuah la gak kitorang dapat tengok.
Tapi aku tak tengok pun.
Redza ngan En Wan yang suka tengok benda-benda macam ni.

Aku tak sure how big the Giant Panda is sebab from gamba takleh nak judge sangat.
Tapi En Wan kata memang big.

Menatang shark yang Redza pegang tu nenek dia belikan.
Oh, pandai okkk anak aku ni, dia mintak kat mak bapak dia kitorang bolayan, pandai pulak mintak kat nenek.
And nenek dia memang kalah ngan cucu.
Cucu baru sorang boleh la apa nak bagi.
Cuba cucu dah tujuhblas cam mak mertua aku, baru dia terkehel nak belikan semua.
Menatang tu je RM40.

Tapi lepas tu aku yang lebih-lebih main bendalah ni.

Masa nak balik semula ke Central naik bas jugak.
Tapi kitorang terturun awal 2 station, memang menapak la jawabnya.
Terpaksa aku seret kaki aku sambil urut-urut dada tahan bengang.

Seb baik Redza tak meragam.
Yang meragamnya aku.

Series aku memang sakit kaki, bukan sakit melecet tapi lenguh gila babi.
Tak penah aku walkaton lama macam ni okkk.
Dulu kalau merentas desa pun aku tahan mana-mana moto yang melintas tumpang balik.
Balik rumah terus lak tu. Takde keje aku nak masuk skolah balik.

Tapi aku respect kat En Wan.
Memang dia jenis yang gigih, dengan map tak lekang kat tangan, pastu rajin bertanya orang.

Alhamdulillah perjalanan kitorang dipermudahkan.
Walaupun agak sesat tapi kebetulan tempat-tempat yang kitorang sesat tu is tempat yang memang kalau boleh kitorang nak singgah tapi takde dalam plan.



Contohnya camni.

Dia nak sangat bergamba ngan Bank of China Tower kan.
Sekali tetiba sesat berjalan kitorang berenti betul-betul depan tower ni.
Meloncat Ibal.
Memang macam sakai terlepas la gayanya.

Dengan bangganya nak jadikan gamba ni gamba MySpace dia.
Raja Rimba punya penangan.



And this is the longest escalator in the world.
Memang gila panjangggggggggggggggggg.
Memang bertepatan dengan situasi aku yang tengah sakit kaki.

Ko tengok la anak jantan aku tu.
Macamana aku tak asik terpekik?
Dia bukan reti dok elok-elok setempat.
Suka-suka dia je nak terlentang tertonggeng kat situ.

Masa ni we all tengah nak carik tempat makan.
Ada a few, tapi since kat sana muslim resturant bukan demand punya restaurant and orang Islam pun minoriti so diorang punya business hours pun odd sikit.
Kalau bukak sepanjang hari rugi pulak kan, berapa ramai sangat la yang nak masuk resturant halal food ni. Dah sah-sah diorang kat sana boleh bedal je apa food pun.

Waktu dia bukak is 12noon-3pm and 6pm-12midnite.
Ada 2 restaurant yang kitorang masuk tapi tutup, suruh datang balik at 6pm.
Chantek muka kau.
Takde keje aku nak tunggu ko bukak.
Baik aku balik makan maggi.



Last-last jumpa satu restoran Arab which memang ada dalam list En Wan.
Tapi sepatah haram aku tak paham apa makanan dia, so aku order kebab je.
In fact, semua orang makan kebab.
Tapi kebab dia besttttttt.
Banyak gila daging, aku boleh share ngan En Wan lagi punya banyaknya.


 

Abaikan muka aku yang buruk tengah tahan gelak.

Restoran ni walaupun halal, tetap ada air-air setan kat bar.
Standard la kan kalau bar tu, takkan nak letak botol Ribena pulak.

Kebetulan kitorang order Apple and Cranberry juice which color dia agak ke arah air setan tu jugak tapi with straw.

So Ibal kata, 'Angkat semua straw Diana, meh aku snapkan pic background wine beer ni semua. Dah la air ko kaler macam ni, konfem berebut orang nak maki ko kat blog'.
'Ok,ok, sila'.

Elok je Ibal snap, En Wan dah angkat tangan nak lead doa makan.
Cehhh. Potonggggggg.



Ni namanya drama saje.
Tak hisap betul pun.
Nak mamposss hisap bendalah ni sikit punya gedabak??
Ni sekali sedut mauu terussss ko kena radang paru-paru.




Pastu benti jamak kat Jamia Masjid.
Macam masjid tinggal okkk.
Padahal kalau dijaga memang cantik masjid ni.
Tapi nasib baik masjid ni sentiasa ada orang, cuma masa kitorang sampai dah lewat so takde orang kat situ, cuma sorang je laki pak arab tengah mengaji.

Elok la takde orang, aku dah la pakai suar half cut.

Tapi cam uzur jugak la persekitaran dia.
Tempat ambik wuduk dia pun ala kadar je.
Tandas sampai seploh, tapi takde gayung.
Aik?
Takkan ko beristinjak pun main lap-lap jugak??

Check punya check ada satu toilet tu with gayung.
Tapi bukan gayung biasa.
Tu ha, gayung siram pokok bunga tu.
Nak cebok, cantik terletak je muncung dia kat pepek aku.
Dijamin bersih dan suci.





Kesian kan masjid dia kat tengah-tengah perumahan flat.
Tepi-tepi semua bar and pub.
Aku rasa pak-pak arab ni sure duduk kat area masjid ni sebab ada perumahan setinggan kat kawasan ni.

Lepas solat, mak aji nak pi toilet, dia tanya Ibal dalam toilet tu ada gayung tak, sebab toilet laki ngan pompuan sekali.

Ibal jawab 'Entah la, tak sure'.

Bodoh gila okkkk.
Boleh pulak ko tak sure.
Nampak nau ko kencing tak basuh.