2009-04-13

Tolong sama-sama doa ye?

Takde apa sebenarnya jadi between aku and En Wan.
Takde apa yang berlaku dalam famili.
Takde apa berlaku dengan kerja.
Semua ok.

Sila bersangka baik terhadap diri ini okkk.

Cuma aku rasa sangat-sangat terkilan.
Tak pernah aku terfikir benda macam ni akan terjadi dalam keluarga aku.
I mean dalam keluarga mak aji.

Actually benda ni we all dapat tau since a month ago.
Mak Aji called aku pagi-pagi sambil nangis-nangis.
One of anak sedara dia yang kat Singapore (sepupu aku) nak convert to Kristian.
Ni bukan sedara jauh, memang rapat sangat.

Since we all tau berita tu, semua ikhtiar macam-macam.
Yang kat Singapore dah pergi jumpa MUIS, tapi MUIS couldn't help much sebab dia kata kes macam ni dah banyak sangat berlaku.

So????
Sebab tak terkena kat anak ko maka takyah buat apa-apa la?
Ke, tak kuasa nak layan?

Tapi entah la kan, maybe undang-undang yang jadikan benda macam ni susah kita nak selesaikan. Dah namanya dok dalam negara majmuk macam ni la kot.
Nak salahkan undang-undang pun tak boleh jugak.
Apsal orang lain tak murtad tapi ko pulak boleh murtad??
So aku rasa benda ni pokok pangkalnya diri sendiri.

Ingat tak aku ada buat entry pasal aku baca buku about Kristiniasasi?
Aku cari buku tu sebab kes sepupu aku ni la.
Aku nak tau apa sebab and apa approach untuk kes-kes macam ni.

Everyday mak aji and pak aji call Singapore untuk dapatkan update kes sepupu aku.
Aunty aku bagitau, actually benda ni dia rahsiakan, tapi Tuhan nak tunjuk kat kita, dia terlepas cakap.
Puncanya, diorang sefamili lepak-lepak borak-borak pasal kawen.
And one of adik dia tanya kakak dia bila nak kawen, boifren bila nak convert? (Boifren dia Chinese tapi free thinker).

Sekali dia terlepas cakap 'Wait until I convert this April'

Sial tak???

Satu famili terkujat.
Aunty aku desak dia bagitau apa maksud dia cakap macam tu, last-last baru dia bgtau dia nak convert April (bulan ni), everything dah dalam jadual.

Ko boleh bayangkan tak macamana rasa aunty aku?
Aku yang mendengar kat telipon dia nak convert pun dah bergenang airmata inikan mak yang mengandungkan dia.

Sejak dia tau satu famili dah tau, and aunty and uncle aku semua dah asik tanya dia macam-macam, dia dah asingkan diri dari keluarga, tapi still dok dalam rumah tu, cuma taknak jumpa orang, taknak bercakap.

Bapak dia dah memang lost hope, balik-balik sebut 'My daughter cheated me!'.
Uncle aku ni Chinese tapi dah Islam since sebelum kawen dengan aunty aku.
Aku faham betapa frustnya uncle aku, dia yang Cina boleh percaya kat Islam, anak dia yang dilahirkan Islam boleh nak keluar masuk agama lain.

Bila desak sepupu aku since when dia terjebak dengan benda-benda ni, baru la famili tau yang dia dah kuar masuk gereja since secondary school lagi, bukan sebab boifren dia.

Alasan paling bodoh bangang aku dengar dari dia.

'I don't understand a single word when I read Quran'

Kalau aku ada depan dia memang aku perkataan bodoh sampai kat muka dia.

Apa bezanya kalau ko tak faham apa ko baca dalam Quran dengan perkataan yang ko tak faham dalam buku?

Kalau ko tak faham satu-satu word tu boleh pulak ko bukak dictionary carik makna?
Sama la konsepnya kalau baca Quran.
Kalau ko tak faham, ko tanya.
Tak jumpa orang yang tau, ko beli tafsir.

Aku pun tak paham jugak apa yang aku baca dalam Quran, tapi tu bukan alasan kenapa ko mesti nak kaji agama lainkalau basic agama sendiri pun ko lemah.

Dari dulu lagi mak aji dah sound adik dia 'Anak ko ni takde kawan Melayu ke?'

Aunty aku cakap, kat Singapore ni tak ramai melayu.

Ye keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee?????

Bukan nak salahkan berkawan.
Tak salah ko nak berkawan dengan saper pun be it Cina, India, Omputih, or Jakun.
Aku pun dulu kat ofis sorang je Melayu.
Kalau ko tercampak kat US pun, majoriti dok sana bukan Melayu pun. Omputih keliling.
Tapi kita yang kena pandai-pandai jaga diri.

Another aunty aku sound dia 'You tau tak kalau you convert secara tak lansung you heret makbapak you and sedara-mara semua ke neraka?'

Dia reply 'So unfair la Islam like that, huh?'

Boleh tak aku tampar muka dia ngan kaki?

Kesian aku tengok mak dia, asal solat je menangis.
Solat je menangis.

Dah macam-macam ikhtiar we all buat.
Dah jumpa Ustaz Farhan (bekas paderi now Ustaz), jumpa anak murid Dato' Harun Din mintak nasihat, mintak bantuan.
Ustaz tu ajar satu ayat hanya mak saja yang boleh baca ayat tu untuk seru anak dia. Masa baca tu kena bayangkan anak tu ada dalam rahim.
Sedihnya aku dengar Ustaz tu ajar.
Betul kata orang, kalau kita dah ada anak baru kita faham perasaan ibu yang hadapi situasi macam ni.

Tapi, nampaknya tak berhasil.
Mungkin kitorang yang tak nampak lagi apa hikmah di sebalik semua ni.

Pak Aji mintak buatkan air Yassin, air ayat Kursi and sembur kat baju-baju dia, letak dalam nasik, and segala lauk-lauk even air nak minum kat rumah pun letakkan, tak kisahla semua orang boleh minum, sebab nak matikan Holy water yang dia dah minum tu.

Ohhh, pandai okkkkk.
Balik rumah taknak makan, taknak minum.
Beli air dari luar.
Ni mesti diorang dah nasihat dia jangan minum air kat rumah.
Of course la diorang tau kekuatan kita kat mana kan.

Makan ko taknak, minum taknak, tapi tumpang tido ko nak pulak???

Aku dah hasut mak dia halau je anak dia dari rumah.
Tapi Pak Aji kata tak baik, kalau kita marah-marah nanti dia lari dari rumah lagi susah kita nak tarik dia balik ke Islam.

Betul tu.
Tapi sumtimes, ada orang yang tak paham bahasa.
Bila kita redha je apa dia buat, dia ingat kita suka sangatla tebiat dia tu.
Kita approve la apa yang dia buat.

Aku tanya balik, ok lah sekarang ni takpe lagi.
Esok kalau dah convert, nak tinggal sebumbung lagi?
Bawak masuk rantai salib dalam rumah?
Ko kiblat lain, dia kiblat lain?

Lagi sekali Tuhan nak bagi pertunjuk kat aunty aku, entah macamana aunty aku terjumpa kertas schedule dia nak dikristiankan.
Kat situ ada tulis, program starts at 5pm, memula pakai robe, pastu beratur nak kena jirus dengan air apa benda ntah. Kebetulan mak aji pun ada kat Singapore last week, so dia pun baca sekali.
Sepupu aku tak tau yang kita semua dah tau bila tarikh dia nak convert.

11 April baru-baru ni (Sabtu), aku balik Bangi, berkumpul kat sana.
Dari pagi sampai malam, we all sekeluarga habiskan masa dengan buat solat hajat, baca Yassin, tasbih, etc.

Every hour mak aji akan call Singapore tanya perkembangan sebab Sabtu lepas pukul 5pm waktu dia dikristiankan.
Walupun hati aku dah tak yakin dia akan kembali ke Islam, Pak Aji suruh aku yakinkan diri.
Sampai aku berdoa, supaya terjadik la apa-apa pada diri dia hari tu asalkan dia masih Islam.

Sebak bila another aunty aku bagitau, mak dia tulis surat for anak dia on how kecewanya keluarga bila dia pilih jalan macam tu.
Surat tu mak dia letakkan dalam beg dia sekali dengan jadual Kristian dia.

Aku tau dia baca, tapi mungkin kita yang dah terlambat.

Memang Sabtu lepas aku banyak sangat menangis lebih-lebih lagi masa solat.
Rasa buruknya salasilah hidup aku ada ahli keluarga yang murtad.
Rasa macam amalan aku payah Tuhan nak terima.
Rasa sia-sia je aku solat sedangkan sepupu aku ada yang dah keluar dari agama.

Kadang-kadang aku terfikir, mungkin ke semua ni terjadi bukan sebab dia, tapi sebab we all ahli keluarga ada buat salah?
Aku yang ada buat salah?
Perlu ke satu ahli hilang untuk yang lainnya sedar?

Yang aku terkilan sampai sekarang takde sorang pun nak bagitau nenek pasal ni.
Alasan, takut nenek terperanjat.

Arwah atuk cukup yakin cucu-cucu dia semua jadi manusia sebenar-benar manusia.
Dia la yang paling happy bila tau cucu-cucu dia khatam Quran.
Dia la yang akan muncul dulu kalau ada majlis-majlis keraian utk cucu dia.

Mujurlah arwah atuk dah takde untuk tengok semua benda ni.





Atuk, Sarah dah Kristian, tuk.