<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/\46vt\75-754337643106987092', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

MY ONLINE BIZ

CLICK HERE

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS
2312
December 25, 2008



Ni la boyfriend melayu aku yang pertama, Baggio, vocalist Damasutra. Aku minat dia since form 3, tapi sampai Form 5 je kot. Sebab lepas tu aku rasa nama dia pun dah hanyut ke mana.

Masa ni takde duit nak beli URTV, kalau aku beli pun konfem majalah tu terburai dikoyakkan oleh mak aji tercinta. Memang pantang anak-anak dia beli majalah hiburan ni. Kalau hari Ahad tu paper yang aku rembat siang-siang haruslah Pancaindera. Tak kosser de aku nak baca news lain, semuanya cerita menyakitkan jantung aku je. Baik gosip-gosipan. So, kawan-kawan aku yang tau aku gatal pantek ngan Baggio ni sedekah poster la, paper cuttings kat aku. Aku ada buku scrap pasal Baggio lagi. Mana buku tu ntah wallahualam.

Point-point nya :

1. Hensem (kalau tanya soklan chenta kat pompuan gedik memang ni la dulu pointnya)
Masa aku sekolah menengah, penglihatanku lebih tertumpu kepada muka melayu tulen. Kulit haruslah gelap-gelap sikit sebab kalau dia putih, macam tak sesuai je jalan beriringan. Sudah pasti aku nampak lebih hodoh dari dia. Lagipun, kalau dia putih, aku hitam, bakal menjadi bahan kutukan ipar duai dan sedara-mara bila balik raya nanti. Oh, memang aku kecoh okkk kecik-kecik dah plan nak kawen ngan artis.

Dulu Baggio ni aku rasa sangattttt la lelaki Melayu paling hensem. Takde lelaki melayu lain dah yang sehensem dia. Memang cinta habis la. Sampai signature aku dulu pun ada huruf B kat hujung. Buku-buku teks aku semua ada signature Diana + Baggio = forever.

Gatal takkkk???

2. Suara power
Tak dengar tu suara sikit punya power ke.
Masa ni aku terpekik-pekik tengok TV kat rumah konon bagi sokongan padu.
Tapi time skolah ni jangan harapla aku nak simpan kaset (dulu kaset okk) kat rumah, let alone kaset kumpulan rock. So, aku layan radio, Pilihan Bersama yang start kol 9-12 malam tu. Konfem hari-hari ada orang pilih lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi ni. Masa ni radio pun radio bodoh jenis yang pusing-pusing kat tepi nak cari station. Rumah mak aji pulak bawah lereng bukit sikit, so radio selalu tak clear. Dah satu hal pulak aku kena usung radio tu kejap lari bilik Ima, kejap lari bawah kat dapur, jap kang park bawah tangga. Tapi time tu usung-usung radio ni tak pelik di mata masyarakat, memang tengah trend gi mana-mana usung radio. Kan dulu teenagers jalan kat shoppng kompleks usung radio atas bahu sambil pakai spek hitam and handkerchief lilit kat tengkuk, pakai jeans ketat senteng..gila buruk.

3. Dia anak yatim piatu
Aku pun tak tau apa kaitan ntah anak yatim piatu ngan aku minat dia.
Mungkin jugak aku ni penuh dengan sifat kasih-mengasihani, so aku rasa kesian dia takde makbapak, tak cukup kasih sayang, biar lah aku bagi kasih sayang kat dia.

Ye, sila muntah.

4. Aku pernah telifon dia.
Encik Baggio kalau baca blog ni, sila lah mengimbas kembali kenangan di tahun 1991 apabila ada seorang budak perempuan menelifon anda di waktu pagi (time rehat) di rumah kakak anda di Kajang. Kawan aku managed to dapatkan nombor telifon Baggio sebab dia terserempak ngan Baggio kat Kedai BATA, Kajang. Penyanyi dulu beli kat BATA je dowhhh.

Dulu peminat tak berapa fanatik cam skang, so dia main bagi je nombor telifon, cuba skang tengok ko berani nak bagi ke tak. Itu pun kalau ko glemer la.

Yang angkat call tu akak dia, aku leh selamba kelentong cakap ni production house call. Bergeliga jugak otak aku. Sekali dapattttttttttt. Kakak dia panggil, ohhh dap dap duppp berdetuppp rasanya mau pecahhhhh (lagu dangdut siapa ni sape ingbat, aku main belasah je). Bila dia kata 'Hello' je, aku cuma sempat tanya 'Ni Baggio ke?'.

Dia kata 'Ye', je aku pun letak.
Pastu terkinja-kinja lompat pegang gagang public phone nangis-nangis. Konon terharu gila dapat cakap ngan fav idol. Seriesly, aku tak pernah rasa angau macam tu lepas tu. Dan-dan aku jadi pecinta yang setia, siap pasang ikrar kalau ada lelaki mintak biodata aku sok, aku takkan layan!!!

Memang sampai ke sudah takde laki mintak biodata ko pun. Takde saper gila nak kenal ko lah.


5. Aku dambakan cinta lelaki.
Dalam banyak-banyak point kat atas tu, aku rasa ni lah point yang sebenar-benarnya kenapa aku chenta dak Baggio ni.

Abis tu, kawan aku semua ada boyfren, aku je takde.
Sekali ada, ambik kauuuu artis siallll.

Tapi tu dulu la kan.
Zaman bijik baru nak membesar.

Skang ni ahli musikkkk?????

Memang panthangggggggg datuk nenek aku kawen ahli musik.


Actually aku baru lepas balik berdating dengan En Wan.
Sempena our 10th anniversarry bercouple. Tapi lambat 2 hari, sebab on the 23rd tu kan aku jatuh terkangkang.

Ye, ye.
Tarikh bercouple pun nak celebrate. Memang ngengada sikit orang tua kalau nak expresskan kasih sayang, lelebih. Semua hari dia nak sambut.

And that explains apekah maksud tajuk entry saya hari ini.

Memang selain birthday and wedding anniversary, every 23 Disember aku ngan En Wan akan celebrate. In fact, kitorang celebrate this date lebih dari date-date yang lain tu. Kalau tak celebrate yang lain tu aku rasa tak ralat sangat kot.

23 Disember 1998 was our first met after 9 bulan berchenta kat chatroom. Jumpa dan terus declare, tak ke gelojoh tu. Takde apa yang specialnya tarikh ni, but yang buatkan aku ingat tarikh ni sampai bila-bila sebab on this date En Wan tanya 'Boleh tunggu Wan tak? Wan ada lagi 2 tahun kat Jepun'

And I promised 'Di tunggu'.

posted by green apple @ 10:22 PM  
Newer›  ‹Older
Backache
December 23, 2008
Sepatutnya pagi ni aku full the whole day and maybe nite...ehek ehek ehek.

Tapi pagi-pagi lagi aku dah baikkkk punya jatuh terlentang lalu terkangkang kat depan jamban. Memang betul-betul aku mengangkang depan jamban di mana lokasi kaki jamban itu adelah di antara dua belah kaki aku.

Buruk okkk dugong jatuh terlentang.

And sekarang kepala aku tak boleh toleh belah kiri, kanan ok. Depan ok.

So macamana nak solat kalau tak leh toleh kiri??
Hehe...(Alasan kalau dah memang setan).
Padahal takde kaitan pun.

Sms En Wan jap tadi bagitau aku sakit belakang. Kepala tak boleh pusing, tak boleh tunduk, jalan tegakkkk je.
Biasa la, kena la exxagerate sket.

Sangat ringkas dia membalas 'Takpe, malam kang kita doggie'.

Ape kena ngan dia ni ha??
posted by green apple @ 10:26 AM  
Newer›  ‹Older
Demam, bukan chikungunya Jane..
December 21, 2008
Still demam lagi.
Kali ni memang sah aku sorang je yang demam, kalau tak En Wan la yang nextnya.
Tapi aku dah warning dia jangan gatal tengah-tengah malam bangun nak gentel-gentel aku, aku terajang kang. Esok ko yang demam aku jugakkkk yang nak membelanya.
Please okkk. Tepi sikit.

Di ketika ini aku masih dengan hidung yang merembes-rembes ngan air hidung, dah 3/4 kotak tisu BabyWipes Redza aku habiskan. Sejuk sket hidung aku pakai tisu bontot baby. Kepala aku ada macam bungik ngongggggggggg sepanjang hari, kepala sudah berat maka update takleh panjang-panjang.

Hati aku sebenarnya tengah tak senang duduk ni, jiran cina sebelah rumah aku ni ada kes ngan Ah Long kot. Semalam, tengah melepak ngan En Wan lepas lunch, dengar suara laki cina menjerit-jerit depan gate dia. Aku seperti biasa wat dek dulu sebab dah biasa sangat dengar suara orang sebelah ni terjerit main ngan cucu dia. Sekali aku dengar 'Hey! ^*%%&%$^*(^%& cho lei!!!!'.
Saper kata sia-sia ngadap cerita Cina kol 6 petang tetiap hari??? Dengan word cho lei tu je aku dah boleh bajet ada benda tak kena.

Sekali nampak ada 2 mamat tengah hongga (nenek aku punya bahasa, kalau ada yang tak paham, nasib la. Kamus Dewan memang takde nya) gate rumah sebelah siap pekik-pekik suruh jiran aku keluar, pakkal siang je. Kalau malam, aku konfem dia dah panjat gate tu pecah pintu rumah pastu terjadilah scene tumbuk-tumbuk dan baling badan atas meja, lalu meja berkecai tapi jiranku gagah membangunkan diri dan mengambil batang besi paip yang tetiba je boleh ada kat tepi beliau lalu melibas-libas ke arah Ah Long. Dan Ah Long pun mengelak libasan tersebut dengan bersenggayut pada alang pintu lalu menendang perut beliau dan lagi sekali beliau tercampak ke dinding lalu tersembam ke lantai dan darah pun bersembur keluar dari mulut dah hidungnya. Tapi beliau masih kuat dan bangun lagi kali ini dengan perasaan sangat marah sambil matanya kemerah-merahan lalu beliau pun mensilang-silangkan selendang di bahunya yang tadi takde tetiba boleh ada pulak lalu melompat tercampak tinggi berpusing-pusing dengan dasyatnya seperti sommersault berputar lalu menjadi Moero Attack.

Aku baru je lepas tengok cerita ni tadi, ntah sape sape rajin nau donlowd kat YouTube. Gila legend cerita Jepun ni siall. Aku sanggup ponteng tusyen sebab citer ni la. Tapi sebagai balasannya kena sesah cukup-cukup ngan Mak Aji la. Memang takde semangat kesukanan betul orang tua ni.

Time tu dan-dan budak-budak ni semua beli bola tampar. Sikit-sikit bola tampar, asal PJ bila cikgu kata buat aktiviti bebas aje, 'main bola tampar jom, eh bola tampar la'.
Aku tampa sorang-sorang kang.

Eh, terbabas pulak.

En Wan tak kasik aku tengok adegan-adegan pergaduhan secara live telecast ni, dan-dan tu dia tarik aku tak kasik tengok. Dia tau aku mesti troma kalau tengok orang gaduh depan mata. Memang la takut tapi agak best jugak jadik kepoci.

Pastu kejap tadi ada polis datang. Ni polis yang bukan pakai moto punya okkk. Datang ngan keta siap bawak gun lagi. Patut la aku tengok keta orang sebelah ni takde kat rumah, rupanya selama ni dia dok parking kat area kejiranan yang lain. Takut agaknya keta kena simbah ngan cat merah tulis 'KILL KILL KILL DIE DIE DIE!!'.

Tak tau la apa nasib orang sebelah ni.
Bibik aku kata hari tu ada lori datang angkut pasu-pasu bunga dia semua.
Nak angkut kereta tak jumpa agaknya, meh la kita angkut apa yang ada dulu.
Angkut la anjing rumah sebelah tu sekali, tak nak pulak ko angkut.
Memekak okkkkk, pantang ada orang melintas semua dia sergah. Ntah mana punya mazhab anjing dia beli ntah. Barua betul.

Aku pulak yang cuak nak tinggalkan anak aku lam rumah ni.
Mana la nak tau kan, kot ada scene tembak-tembak nanti, tertembak rumah aku kang.

Ok, En Wan dah panggil.
Masa untuk tido berjemaah.

Hidung pun dah tersumbat sebelah ni.
posted by green apple @ 10:41 PM  
Newer›  ‹Older
DONE
December 18, 2008
Tuan tuan dan puan puan,

Sila baca previous entry saya betul-betul ye.

Saya mahu berehat dari memblogging di sini.
(aku tak kata pun nak STOP. Mungkin aku akan blogging kat tempat lain kan? mungkin..)

Tak pasti samada akan memblogging lagi atau tidak.
(read the word TAK PASTI....)

Atau saya hanya akan mengecoh di chatbox korang semua.
(ATAU...)

Atau saya akan memblogging di tempat lain.
(ATAU...)

Atau saya akan buat entry sendiri kat komen box korang.
(ATAU lagi....mangsa pertama adelah Chics setakat ni)

Atau saya dah malasssssss. Sebab saya dah tua.
(MALAS tu memang ada sikit. TUA memang dah pasti. Tapi sebenarnya lebih kepada MALAS **taknak ngaku tua lagi tu** PANGGG sekali)

Terima kasih kerana sudi membaca, memberi komen dan bergelak, bersedih dengan saya.

I laf you all!!



Aku ada benda nak kelebet jap kat blog aku ni, lepas ni aku unhide archives aku sikit-sikit.
For the time being, aku letak notes je kot kat Facebook.
Jangan la speku banyak-banyak, kalau nak tau apa-apa len kali YM aku terus okeh?

***************************************************************

Ok, semua archive dah unhide.
Hajat di hati tu nak tukar ke wordpress and nak oter-oter layout tu yg stop blogging jap tapi aku sememangnya bangang IT so rasanya aku kena tunggu orang tolong buatkan kot.

Today takde update...seb ab akak demam.
Facebooking boleh...hehe.
posted by green apple @ 4:21 PM  
Newer›  ‹Older
Pzzzpppp...
December 15, 2008
Saya mahu berehat dari memblogging di sini.
Tak pasti samada akan memblogging lagi atau tidak.

Atau saya hanya akan mengecoh di chatbox korang semua.
Atau saya akan memblogging di tempat lain.
Atau saya akan buat entry sendiri kat komen box korang.
Atau saya dah malasssssss. Sebab saya dah tua.

Terima kasih kerana sudi membaca, memberi komen dan bergelak, bersedih dengan saya.

I laf you all!!


-green apple-


posted by green apple @ 10:56 PM  
Newer›  ‹Older
Abang and Intan
December 11, 2008
Masih lagi bercuti, tapi now kat Bangi.
Semalam gerak balik from Tganu at 2pm, sampai Gombak 6.40pm. Memang kejung aku dalam keta, macam nak terbang okkk kalau orang tua ni bawak. And seperti biasa, kejap-kejap aku bergaduh ngan dia sebab dia bawak macam pelesit. Tapi takleh lama-lama merajuk, dia sangat terere pujuk aku skang. Bila dia tengok aku tetiba senyap, kang kejap-kejap dia picit tangan aku, jap kang ramas tetek aku pulak, konon aku ni mudah sangat la nak menyerah kalah kalau diraba-raba. Dia bukan kira bibik aku ada kat blakang ni, dia rasa nark picit tetek aku dia picit je. Kang horny lak bibik aku tengok.

Dah la dari kul 2pm aku dalam keta, kematu bontot segala, sampai rumah, mandi-mandi, kemas sikit-sikit, then straight to HUKM. Bukan melawat orang sakit, tapi kerja!!!!

Taikkkkkk.

Appointment ko. 9.30pm sampai 11.30pm.

Kerja gila okkkkk.
Memang gila!!

Memang aku bengang gila ngan surgeon ni. Aku dah kata Jumaat ni memang aku ada kat HUKM, dia kata tak sempat, nak jumpa hari ni gak.

‘Nevermind Diana, I’ll wait. I’ll be here the whole nite’.

Ko dah tentu-tentu la kena keje, aku ni tak keje. Cuti tau tak?
Khamis pun aku cuti, Jumaat tak leh tunggu???

Nak jumpa aku sangat. Aku dah bajet, kalau dia jumpa aku malam-malam takat nak suruh aku explain benda yang simple-simple 10-20 minit, aku hempuk ko ngan mesin lab tu.

Sekali hensemmmmmmmmmmmmmmmmmm.
Wah, dan-dan aku jadi cam takpela, ni bisnes sendiri, kena usaha lebih keje siang malam.

Seriously beliau sangatla hensem, dengan tinggi 6 kaki, sangat presentable, dari Egypt, English gila best takde la macam sesetengah yang come from Egypt ngan accent tak boleh blah, kejap-kejap aku HUH?? COME AGAIN? HUH? , tak dapat Dr Muz dapat Dr ni pun jadikla. Tetiba je aku gatal bijik.

Rupanya surgeon ni kena buat masters, related dengan molecular. Mana la mamat ni tau. Kalau jahit kulit orang tu dia pakar la. So, aku la terpilih (wahhh) untuk mengajar dia.

Memula memang cuak sialll.
Apa taknya, dah la dia kata nak meet kat cafe je.
Pehal okk ko nak bawak aku pi cafe, aku ni dah la penat. Kang kalau dah lepak kat cafe, ada yang habis kol 3 pagi pulak.
Aku cakap aku takleh lama sebab aku on the way to Bangi and aku bawak laki aku sekali. Aku cakap aku nak bawak laki aku naik but takde la masuk lab sekali, En Wan tunggu kat waiting area je. Walaupun memula aku cam rtasa so unprofessional of me gi keje bawak laki, but heyyy, ini malam buta okkk, aku ada hak nak bawak laki aku sekali.

Dia replied ‘I don’t think they’ll allow you to bring your hubby in, it’s better for him to wait for you in the car’.

Ko tak cuakkkk????

Apehal lak aku leh masuk, laki aku tak boleh?

Takde de.
Aku heret En Wan ngan Redza sekali naik.
Masuk lab tengok semua lab berkunci, bertutup. Ah, sudah.
Aku gabra dah. Orang gila mana la call aku ni.
Takpe, aku mesej dia.
Tup tup dia masuk, dengan gentle nye, ‘Is this Diana?’

Tetiba je aku tak ngantuk dan sangat bersemangat nak jumpa customer.
Hehe.

Sian En Wan, tunggu aku 2 jam kat luar.
Sangat baik hati kan?
Dia sangat sayang kat aku kan?
I laf u very strongggg..:)

Ok dah, dah.
Cukup setakat itu sesi mempromote suami sendiri.

Siapa hari tu yang nak sangat tau cerita lanjutan pasal kes Abang ngan Intan?
Meh sini ada story baru.

Selasa malam, adik-beradik En Wan buat meeting pasal kes Abang ngan Intan.
Sebab Abang bagitau mak dia (kak long En Wan), dia nak serahkan surat untuk Intan datang mahkamah, nak ceraikan Intan.

So laki aku cakap ni kena panggil sorang-sorang. Takleh panggil dua-dua sekali. Kang ada yang mati kena bunuh.

Memula panggil Abang.
Aku dan-dan tu kuar dari group, gi lepak hall.
Sorry la, kalau dah masuk part Abang ni takde de aku nak dengar.
Sebab bagi aku, kalau orang tu jenis kote dah gatal, ko cakap apa pun tak lut.
And aku pun tak kuasa nak bertegang urat ngan orang bodoh. Buat sakit anak tekak ko je menjerit. Kalau orang tu bodoh degil, ko ingat kalau ko belawan cakap ngan dia ko leh menang? Takde de.

So aku biarkan diorang anak-beranak berperang kat dapur.
Elok la tu, meeting kat dapur.
Kalau ada yang tetiba naik sawan babi, pisau gunting pun banyak.
Rodok je sesaper.

Memula aku dengar (nak dengar jugak tu), biasa-biasa je. Sekali dengar suara En Wan bertempik sambil hentak meja. Ha, dah start la tu. Memang dah start, jap lagi dapat la aku dengar apa bijik butir dorang cakap sebab masing-maisng cakap menjerit-jerit.

Si Abang ni leh tanya apesal semorang takleh terima Ina? (pompuan sundal tu la).

Amboiiiiiiiiii, pandai paksa orang terima Ina, yang ko tu apesal takleh terima Intan tak nak pulak jawab. Kan aku dah kata, jantan ni bodoh. Orang kalau jenis bodoh dia memang takde alasan nak bagi kalau kita soal, balik-balik dia yang soal kita pulak. Nak menang je.

Yang aku heran tu, selama ko kawen ngan Intan dah setahun lebih ni, takde pulak ko nak cerai-berai segala. Sekarang pulak ko nak cerai. Pulak tu, dah sah-sah sejak ko kawen ko tak bagi nafkah zahir batin, toksah kata nak bagi singgit, 50 sen pun ko mintak Intan, ada hati nak kawen lain. Dah memang selama ni ko ngan Intan pun dok jauh, ko halau dia dari rumah, dah memang dok asing-asing, apa ada hal pun kalau ko nak kawen lagi satu? Dah memang Intan tu ko tak ambik kisah dari dulu pun? Lagipun Intan dah kata, kalau nak kawen, kawen je la.

Ni bukan apa, ni si Ina tu la yang cucuk. Ehhh, apa kelas jadik bini nombor 2 kan, harusla jadik first wife. Kalau jadik nombor 2 kang, takde hak nak dok lam banglo ni, susah pulak ko nak cucuk segala ipar duai pulak.

Yang aku heran, mak bapak dia jenis takde otak ke??
Padahal kitorang dah jumpa bapak dia bagitau anak pompuan dia dok menggatal kat laki orang. Tak kisah la kalau ko nak kat Abang tu, Abang pun memang suka kat kau. Tapi boleh tak ko buat cara baik??? Come on la babi, ko nak ambik laki orang kan, ambik je la. Takyah la sampai ko hasut dia ceraikan bini dia pulak. Padahal sah-sah bini dia tak duduk sekali, apa ko kisah pun kalau ko kawen ngan dia? Memang sah kote tu ko sorang je dapat.

Kak Long aku bagitau (mak Abang), Ina ni punya jahat, wahhh, nak ambik hati ni, kemain lagi hari-hari dok mesej Kak Long tanya khabar la, apa la, ucapan selamat hari raya bagai, pastu bila Kak Long reply mesej dia, dia leh forward mesej tu kat Intan konon cam tengokkk, mak metua ko pun restu aku ngan Abang okkkk.

Pukimak babi!

Abang ni kata Intan ni memahamiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Rajin tanya dah makan ke, dah minum ke, sihat ke, apa segala.
Memang la dia memahami, belum dapat kat kau.
Sok kalau dah dapat tengok dia nak ambik tau makan pakai ko ke tak?
Silap-silap spender si Ina ni pun ko yang kena basuh.
Entah-entah dia dah bagi Abang ni minum air spender kangkang.
Tu yang bongok semacam.
Sorry ye, ngan Ina ni aku takde de nak bersangka baik.
Sebab aku dah pernah jumpa pukimak haram jadah ni and dia sangat cilaka.
Patut la ko miskin daif, sebab kalau ko kaya, lagi ko tak nampak bumi.
Cara-cara miskin macam ni pun dah berlagak.

Mak dia pun satu (dah main mak bapak la pulak aku ni) asal anak hantar duit kat kampung je la, terus tak kisah apa anak nak buat, janji anak aku bagi duit belanja. Bayangkan keje seven eleven gaji RM600, tapi boleh hantar kat kampung RM200, boleh sewa rumah, tak masak okkk, hari-hari makan luar. Ko cakap sket kat aku, bleh hidup ke sebulan ngan duit RM400, ngan sewa rumah (ohh, dia bukan sewa bilik okkk, senang nak beromen ngan Abang), api air nak kena bayar, henfon, makan luar hari-hari.

Mak metua aku cakap apa tak boleh nya, duit gaji Abang semua dia pegang.
Bodoh kan Abang ni?

Ehhh, sayang okkkkkkkkkkkkk.
Memahami lagiiiii.

Asal kan orang tu kejap-kejap Abe, Abe ni, Abe tu..dah kira memahami.
Konon manja la panggil gitu.
Aku lempang dua-dua kang.

Next, panggil Intan pulak.
Masa ni adik-beradik En Wan panggil aku join sekali.
Intan memang dah takde rupa orang, memang macam nak gila pun ada gak aku tengok.
Ye la, dah la sejak kawen dia telan je apa Abang ngan Intan buat depan mata. Depan mata okkkkk.
Abang halau dia, dia cari keje kat Puchong, sewa rumah, gi keje turun naik bas, keje sampai malam buat OT sebab nak bagi duit kat laki. Laki mengangkang je kat rumah main kote. Meh sini tunjuk sket kote ko biar aku pijak.

Bayangkan, Abang mintak duit kat Intan nak beli prepaid sebab nak call Ina, punnnn dia belikan. Abang nak rokok pun dia belikan. Apa jenis laki macam ni weh?? Kalau rokok pun mintak duit bini, baik ko gantung diri je la. Hidup pun just untuk beromen buat apa.

Memang susah gak kitorang nak tenangkan hati Intan.
Dia ni memang datang dari keluarga huru-hara, so bila dapat keluarga metua yang baik, dia sanggup telan apa Abang buat kat dia sebab dia sayangkan family baru ni. Cuma perangai dia memang macam budak-budak sikit la, maunya tak, kawen umur 20 tahun. Mak tak pernah ajar buat segala kerje rumah, masak, let alone nak jaga laki. Elok je kawen, lom seminggu pun Abang ni dah beromen ngan Ina. Ina ni of cos la ‘memahami’, dia dah penah berkawen, ada anak, dah bercerai sah pun. So dia tau la camana nak mainkan peranan, tackle hati laki. Laki orang pandai la ko tackle, tapi ko bercerai jugak. Takde pandai jaga laki sendiri pun. Tapi aku tak rasa dia bercerai, but diceraikan. Tengok perangai cam sundal kelas kasta paria pun aku tau apesal laki dia ceraikan dia. Alasan laki ceraikan sebab dia dapat tau sebenarnya dia bini nombor dua. So???? Yang skang ko gatal kelentit tu bukan dengan laki orang??

Ohh, pandai.
Nak laki orang tapi taknak jadi bini nombor dua.
Nark jadi bini nombor satu.
En Wan sound direct depan-depan kakak-kakak dia, kalau Abang kawen dengan Ina, silakan, Tapi ko jangan bawak Ina masuk rumah ni.

Mak metua aku pun sound rumah ni rumah pusaka. Bukan jatuh kat kak long, so kalau tak jatuh kak long, pi bagitau Ina, memang takde harapan nak jatuh pulak kat Abang sok. Toksah berangan rumah ni sok dapat kat ko.

Bukan la nak riak dengan apa yang ada.
Sikit pun tak. Selama ni keluarga En Wan tak pernah persoal siapa pun yang nak jadik ahli keluarga ni.
Tapi kalau spesis pompuan macam ni, bagitau aku ada ke sesiapa yang boleh terima?

Aku cakap kat Intan, takyah la nak rebut kalau setakat laki loser macam ni. Please la, bagi kat aku free pun aku tak pandang. Buat apa berlaki kalau laki macam setan?
Sekarang ni Intan tak nampak laki lain, hidup dia memang kat kampong, kenal-kenal Abang terus kawen. So dia takde exposure. Bukan nak suruh dia menggatal dengan orang lain, kita pun tau skang ni dia masih bini orang. But please la, bagi la peluang kat diri sendiri. Sayang diri sendiri dulu. Dah Abang nak sangat bercerai kan, ha, ko bagi je, hambik.

Aku harap Intan tak buat benda-benda bodoh. Aku paham sangat dengan orang macam ni. Jenis yang family huru-hara, laki pun babi, so she got nuthing to lose kalau dia nak nekad buat apa-apa benda yang bodoh pun. Kitorang pujuk dia stay keje kat Puchong, at least bila jauh dari Abang and Ina (aku panggil dia babi boleh tak?) takde la hidup dia tertekan sangat, slowly insyallah dia boleh lupa.

Dia nak cerai kan? Bolehhhhhhhhhhhhh.
Tapi aku nak ajar Intan tuntut segala yang boleh dituntut biar ni Abang muflis.
Jahat kan aku?
Memang aku jahat, hahah.
Ada aku kisah?

Anyone boleh tolong bagi tunjuk ajar, apa yang boleh Intan ni tuntut from Abang?
Bukan nak tengok darah daging sendiri susah, tapi aku nark tengok Ina ni boleh tak jaga Abang kalau dia susah sok.

Which I don’t think so.
posted by green apple @ 12:57 PM  
Newer›  ‹Older
Selamat Hari Raya Haji, seblom balik tu buat ni dulu.
December 04, 2008
Cakkkk!!

Aku ada lagi ni, belum balik kampung lagi.

Saper kata aku letak dadah kat blog ni?
Sumpah aku tak letak.
Aku kangkang je.

Guys, thanks for the wishes.
Selamat Hari Raya Haji to all of you.
Doakan aku selamat pegi and balik.

Aku tinggalkan korang dengan test ni, apa ko ingat baca buku je ada test? baca blog aku pun ada okkkk?

UJIAN AKHIR TAHUN
posted by green apple @ 10:57 PM  
Newer›  ‹Older
Update yang sangat malas
1. Ye, tu semua muka aku. Motif meletakkan gamba tersebut adelah supaya semorang insaf dengan kejadian masing-masing. (apa kaitan ntah)

2. Tetiba aku terbayang kalau ada makcik-makcik tengah mengandung berselisih ngan aku dulu, konfem dorang 'Nauzubillah...jangan la muka anak aku camni. Nauzubillah...'

3. Bukan tak sikat rambut, tapi rambut aku terlampau wavy, gondrong je atas (aku tak tau apa tu gondrong, tapi cam rasa sesuai dengan ayat ni). Rambut aku ni jenis yang bukan guna jari pun boleh. Jari ko konfem tersangkut celah-celah rambut akak. Sebab tu akak rebonding.

4. Bagus jugak muka aku dulu cenggini. Takde masalah akhlak masa skolah. Kalau aku pun sama naik kena berdiri kat depan masa assembly sebab bertenet di kawasan skolah, konfem orang bajet pakwe tu dah pekena nasi kangkang aku.

5. Adekah sekarang ada masalah akhlak??? TETTTTTTTTTTTTTTT!!!!! Nextttt...

6. Sah aku dah gemuk. Hari-hari timbang pun 45kg. Sangat merasa gembira dengan perubahan diri. Tetapi semalam aku ngan Redza sama-sama n aik penimbang tu serentak punnnnnnnnnnnnn 45kg jugak. Apesal penimbang ni semua babi?

5. esok aku balik Tganu so ni update yang last. Lepas raya kang aku update balik. Mana la nak dapat wifi connection kat Tganu, pepaham je la.
posted by green apple @ 7:13 AM  
Newer›  ‹Older
Yang ko pegi canang kat kawan-kawan ko pasal blog aku ni kenapa la pompuan?
December 02, 2008
Ohhhh, sangat riang dan girang korang menggelakkan muka aku ye.
Tapi takpe, sebab aku pun gelak gak masa tengok balik gamba-gamba ni semua.

Kira mak bapak aku golongan yang tabah jugak la sebab tahan mengadap muka aku hari-hari dari kecik sampai besar. Haha.

Laki aku tengok gamba aku kan dia cakap 'Iskk..takkan laaaaa'

Statement berunsur hinaan class A!

Aku tak pernah pakai braces walaupun aku mintak sangat kat mak aku buatkan aku braces gak. Masa tu kan braces tengah in, so aku rasa cam anak orang kaya-kaya je kalau pakai braces. Walaupun muka kita berkerak tetapi kalau elemen kekayaan tu ada pada diri tidaklah kita merasa dipinggirkan. Malah kita akan disegani kerana gigi kau tak pasang grill, gigi aku ada. Padahal takde la mahal kalau ko pasang kat klinik kerajaan, tapi ko beratur la empat tahun.

Tapi masa aku belajar kat U dulu macam trend je braces ni. Gigi besi satu, pastu satu lagi lolipop. Series, aku paling tak suka hisap lolipop ni. Sebab bila ko masukkan lolipop dalam mulut ko pastu ko kemam, sebijik macam muka tenuk tengah minum air okk. Itu kalau aku yang kemam la.

Aku nak kuar date ngan En Wan ni, ada umur panjang sok aku edit entry ni kasik semenggah sket.

Aku akhiri dengan gambar aku baru lepas balik PBSM yang sangat2 di-request oleh adik aku.

Apa ko ingat aku tak tau tektik ko nak bagi semorang kekejangan tengok muka aku? Sori ye beb, aku tak jumpa gamba ekslusif penuh ke'asli'an tu. Kalau aku jumpa pun aku takkan letak, mau budak-budak ni putus sahabat ngan aku.



Ni gamba yang ko nak sangat sebab muka aku buruk kan???

Pepek kau la.
posted by green apple @ 10:08 PM  
Newer›  ‹Older
Aku jumpa gamba hardcore lagi
Semalam aku ada keje kat Bangi, so on the way back to singgah umah Mak Aji, tapi dia lom balik. Takpe, Pak Aji pun ok la walaupun aku tak suka lepak ngan bapak aku sangat sebab dia memang carik peluang je nak tazkirahkan aku. Haha.

Ala, sian bapak aku ni, tengah lipat baju rupanya.
Jadik bibik pun dia, jadik supir pun dia.
Seb baik umah dia takde kebun, kalau tak konfem dia jadik Hang Kebun.
Kalau jadik Hang Kebub tak boleh pakai keris, mesti pakai cangkul.
Cangkul pun cangkul lahhhhhhhhhh.
(Tetiba je aku termasuk lam citer P Ramlee).

Dah la aku pakai skirt semalam.
Agak tak patut jugak dressing aku semalam, dah tau nak singgah rumah Pak Aji lagi nak pakai skirt.

Sebab aku taknak dia bukak topik 'Pakaian Yang Diharuskan Untuk Kaum Hawa' so aku tolong dia lipat baju. Heheh.

Pastu aku ternampak ada banyakkkkkk album kat display cupboard.
Rupanya dia pi kumpul semua gamba-gamba yang bersepah and masukkan semua dalam album siap ada kategori lagi.
Trip ke Jepun.
Hari Raya 1989.
Konsert Tadika Iqbal.

Biasa la, orang dah pencen kan. Dah takde keje nak buat.

Aku bantai gelak tengok muka ko Ima, muka aku masa kecik sangat cool. Haha.
Apesal la orang tua ni simpan lagi muka anak-anak dia yang bersememeh ni semua?
Apekah perlu ditunjuk kat rakan taulan yang berkunjung??
Nampak cara display album tu memang ada harapan orang nak tumpang tengok.
Nasib korang la kalau tersedak tengok gamba-gamba aku.




Aku yang belah kiri tu.
Ada yang tersedak???
Padan muka korang.

Masa ni year 1988 rasanya, holiday kat Langkawi.
Aku memang penakut mandi laut, swimming pool or anything yang bertakung.
Bathtub tu lain la. Bathtub tu aku tak takut.
Cuma aku takut mandi bathtub sorang-sorang...hahahha.
Jom bang, kita mandi.
Horny pulak tetiba.

Yang baju ijo tu Ima, adik aku.
Dia ni ada penyakit semua gigi berlumba-lumba nak keluar dalam satu masa yang sama, tu yang bersepah-sepah jadiknya. Pastu mak aku bagi dia pakai braces. Doktor gigi dia Khir Toyo masa lom jadi menteri. Skang AGAK lawa la adik aku ni. Tapi laki dia tak hensem.

Hahahahahahahhahahaha.
Motif mengeji?


Gamba ni toksah kata nak tersedak, aku sendiri macam nak tercekik telan air liur tengok muka sendiri.
Aku yang paling kiri tu.
Amacam? Ada boleh lawan muka aku??
Oh silap, bukan Ada boleh lawan but, siapa berani lawan?
So, korang boleh imagine kan macamana sressnya akak-akak senior dulu nak study kalau aku asik lalu-lalang depan dorang.
Series sial, kalau aku senyum kat dorang pun diorang kata aku nak carik pasal.

Ni masa hari raya. Rasanya tahun 1989 kot. Aku pun lupa la.
Masa kecik baju raya haruslah boria. Mak aku mengidam nak dapat anak kembar kot.
Yang kaler cerah sket tu sepupu aku, Sabrina. Mak dia adik Mak Aji. Tapi kawen ngan Chinese Singaporean. Tu sebelah tu bapak dia la. Tu pasal muka dia cun sket.

Now baru aku faham kenapa Mak yang jaga aku dulu beza-bezakan anak jagaan dia. Tapi aku tak salahkan dia. Kalau aku jaga budak muka camni pun aku kurung dia lam reban.
Memang la muka cam aku ni tak membawa masalah. Tapi membawa gangguan mental okkk.





Akhirnya aku jumpa gak gamba ni.
Ni la gamba masa aku ngan Ima khatam Quran. Masa ni age aku 11. Ima 9.
Seb baik arwah atuk aku paksa mak aku buat majlis. Kalau tak, sampai khatam ke doplohtujuh kali pun dia wat dek je. Atuk aku proud sangat cucu-cucu yang dia jaga khatam Quran masa kecik sebab tu siap suruh tempah baju songket bagai, mekap segala. Sudahnya tajwid aku tunggang langgang sebab bibir penuh ngan lipstik 4 lapis. Ternganga aje mulut. Dah la gigi jongang sikit, kang lipstik terkena gigi pulak.
Ni pun nasib baik makcik aku yang snap gamba ni suruh aku tutup mulut kalau tak sampai ke sudah menganga.

Masa ni siap ada pelamin.
Makcik-makcik aku dari Singapore semua turun nak tengok anak sedara pertama khatam Quran. Masa tu aku konfius apesal lepas Ustazah aku konfemkan bacaan semua betul and kira lulus untuk khatam, mak aku, makcik aku, nenek aku semua nangis-nangis, peluk kitorang.

Bila dah anak ni baru aku tau kenapa.
Maybe diorang bangga.
Macam aku kalau tengok Redza buat konsert pun nak nangis.
Padahal dia happy happy je tonggang tonggek atas stage.

Tapi kalau arwah atuk aku tengok cucu dia yakni aku skang ni, konfem orang tua tu menangis apesal la cucu aku ni boleh jadik camni????




Excuse me.
Ni bukan muka bangun tido okkk.
Aku tak penah buat keje bangun tido minum Sarsi.
Ni konfem malam hari sebab baju aku basah kat depan tu nampak?
Tu maknanya aku baru lepas basuh pinggang mangkuk.

Aku skang tengah cuba imagine camana muka aku kalau baru bangun tido pulak?
Tapi aku rasa muka aku bangun tido skang lagi ok dari muka aku dulu-dulu baru lepas mandi.

Tetiba teringat satu brader tu cakap 'Kenapa la Diana tak penah keluar kalau abang datang, asik dok dapur je. Patut la, takut kena tackle ye?'

Tekel pekejadahnya kalau muka camni???
Aku bukan takut ko tekel aku.
Aku takut ko mati kat rumah aku je kena heart attack.
Kang sok kuar sokabar 'Wanita ditahan reman kerana membunuh tanpa niat'.












posted by green apple @ 12:21 PM  
Newer›  ‹Older
Budak medic, tolong aku. Kalau sakit ulu hati nak buat camne? Aku taknak pi spital.
December 01, 2008

Sabtu pagi dapat sms dari PADINI ada sale.
Macam selalu kalau dapat any info yang mungkin duit laki aku terlibat sama, aku akan forwardkan dulu sms tu kat dia, kasik dia alert dulu. Takde respon or respon negatif blakang cerita, janji USAHA. (optimis tak aku?)

En Wan bagi green light 'Jom, Di pilih nak Mid Valley, Sunway Piramid or JJ Bukit Tinggi?'

Aku dah malas nak redah KL.
Reject MidValley.

Sunway Piramid tu dekat sangat ngan rumah dah macam Kedai Runcit Hussin Mustafa blakang rumah aku je, reject.

Bukit Tinggi ok.
Boleh pekena Big Apple.
Walaupun aku baru tau yang Big Apple tu lembut sebab dia tak banyak tepung tapi banyak yeast, tapi pegi la mampos dengan fakta-fakta kesihatan ni semua.

Sampai kat sana serang POPULAR Book Store dulu.
En Wan sibuk nak cari buku pasal Hong Kong.
Aku skang tengah interested ngan kisah-kisah benar. So terus meluru ke true account section.



Saper ada suggestion mana lagi best? Anyone penah baca buku ni?

Buku yang aku tengah baca skang 'A House at Riverton' macam sial palis. Gila lembab jalan cerita sampai muka aku jadi sembab.
 


Bila la ko nak benti minum susu ni Redza? Dah RM80 se-tin, bankrupt aku.
Kat JJ En Wan pulak yang lelebih shopping. Siap pinjam kad PADINI aku lagi. Ingat tadi taknak shopping. Patut la JOM.
Series hari tu aku kurang mood.
Puncanya sangat bodoh. Sebab aku tak tau nak pilih buku mana lagi best, so aku tak beli semua. Once aku dah tak berjaya membeli konfem aku takkan beli apa dah pastu. Extra baggage aku ni pulak dah dapat VCD Power Rangers dan-dan tu jugak kepala dia pening. 'Jom la balik, Ma, Ija nak tido'.
Macam aku tak paham sangat ngan tektik ko nak balik tengok VCD.

Untuk tak menambahkan sentap, En Wan terus gi Summit booking movie, Quarantine.
So lepas Maghrib keluar. Ko tinggal Redza jangan banyak bunyik, aku lempang kang. Apa-apa hal makan dulu. Pekena steak murah tapi marvellous. Sedap gravy dia, kat kedai ni je aku hirup gravy steak sampai habis. Kesedapannya sehingga menjejeh air liur ko masuk balik kat pinggan okkk. (Aku rasa ni kedai yang ko cakap tu Beng.)

Quarantine movie review, cerita yang berlaku dalam masa satu malam. Aku bagi 3 stars sebab dia berjaya buatkan muka aku hampir-hampir nak kena tampar ngan En Wan sebab banyak sangat menjerit. Aku memang allergik ngan cerita suspen camni, sikit-sikit aku terkejut. Seblom kena penampar laki aku baik aku tutup mulut sendiri.

Movie ni sepanjang jalan dia guna video cam. Pening kepala aku tengok kejap-kejap gamba tu sengte, kejap tegak, kejap kang goyang-goyang. Cerita pasal wartawan gi buat cerita pasal bomba, ikut bomba gi tempat kejadian pastu terstuck dalam building tak keluar-keluar. Tapi aku tak faham apa yang sebenarnya penyakit yang merebak tu? Apa menatang yang ada kat kolong bawah building tu? Macam Zombie Kampung Pisang je.

Kalau aku jadik penduduk Hollywood yang dah biasa ngan cerita-cerita gempak, cerita ni dikategorikan agak boring jugak. Dah la gelap manjang, pastu guna video cam, pastu takde hero sebab semua mati. Dia punya tahap boring tu umpama kalau aku lom kawen konfem aku dah buat wayang lam tu.
En Wan diserang penyakit ulu hati malam semalam. Belum apa-apa aku dah nangis dulu. Tengok aku nangis pakwe aku ni lagi la kan, makin over dia punya 'Sakit Di..Ya Allah sakitnya.'

Aku dah makin gabra.
Sapu minyak gamat, urut-urut dada, kepala, kaki, semua tak yang takde kena mengena ngan ulu hati semua aku belasah urut.

Makin aku urut makin kuat lak mengerangnya.

'Ye la, Di tengah urut ni. Bising la. Di pijak kang'

Kauuu. Terus senyap tak bunyik-bunyik dah.
 
posted by green apple @ 12:29 PM  
Newer›  ‹Older

FACEBOOK
GREEN APPLE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
PREVIOUS POST
Archives
JALAN-JALAN
I READ
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER