2008-11-27

Aktiviti mengorek hari ni dibatalkan sebab aku malassss

Patutnya aku ada appointment ngan gynae for pap smear test, tapi sebab laki aku tak ikut so cam tak best nak gi sensorang. Aku bosan kalau pi buat check-up benda-benda yang melibatkan suami isteri, soalan wajib, 'Dah kawen?'. Walaupun aku tau itu prosedur biasa and dokter lebih tau apa yang dia tanya, tapi letihhhhhhh. Letih dengan perception orang.

Masa pepek aku buat hal dulu aku gi kiosk jamu tanya ada ubat untuk keputihan tak. First soalan akak tu 'Dah kawen ke ni?'

Kalau gaya menyoal tu tak sarcastic aku tak kisah.
Ni jenis yang siap ngan mulut ko terjongkit ke depan pandang aku dengan muka yang macam 'ni la dia budak-budak skang beromen je keje'.

Apa-apa je la kak.
Kalau saya tak sakit, akak takde bisnes hari ni okk. Kang saya terbalikkan gerai akak ni satu sen tak guna. Tak semestinya keputihan tu ada sangkut paut ngan sex. Pi google la.

Semalam aku gi Guardian, kedai kegemaranku.
Straight to the feminine hygiene area.
Ada la sepasang merpati tak berapa nak joli.
Yang laki muka cam mat paipon tangan tak lepas rangkul pinggang awek dia. Series muka cam 3 bulan tak dapat. Ni bukan takat rangkul yang biasa-biasa. Jenis yang dua-dua tangan peluk pinggang awek dia, sikit punya sauk sampai nak bejalan pun susah. Yang pompuan cam budak bawah umur, nak je aku mintak IC. Halo kici, boleh carik tempat yang class sket tak kot tak tahan sangat pun? Guardian ni ada CCTV okk. Kalau yang beromen tu Norman Hakim ngan Memey nak gak aku tunggu situ.

Pastu biasa la, ayat-ayat penggedikkan level one - saya budak baru belajar nak gedik.
Pegi angkut balak gi feminine hygiene area, kat tempat pad tu semua 'I pakai yang ni, lembut je'.

Yang si jantan 'Tak rimas ke you pakai benda ni? Camne pakai dia?..ehek ehek ehek..'

Bengkak telinga aku dengar.
Tapi takpela, kita bersangka baik.
Entah-entah jantan ni buta huruf tak tau baca instruction tu pasal dia tanya.
Bersangka baik okkk.

Masa ni dorang tak sedar aku ada kat belakang. Aku bergerak secara rawak tetapi senyap.

Pastu aku dengar 'I pakai ni tau. Best, wangiiiiiii. ..ehek ehek ehek..'
Tunjuk feminine wash.

'Eiiiiiii...bestnye ayang. Pakai hari-hari tau'

Aku tak tau nak muntah ke, nak gelak or harus ke aku jirus dua-dua ngan feminine wash tu?

To be fair to them, aku pun penah melalui zaman-zaman merenyam macam ni.
But plisssssssssss, carik la tompek yang senonoh sket kek Guardian pun jadikkkkk.
Yang aku heran tu, apekah dengan panty liner, pad, and Lactacyd boleh buat ko teransang????
Erghhhhhhhh!

But I force myself untuk bersangka baik 'Takpela, baru-baru kawen kot', walaupun sangat-sangat tak lojik orang baru kawen nak stim-stim kat Guardian.

Tapi tima kasih gak kat dorang sebab pastu aku jadik stim pulak tengok En Wan.
Muahahahahha.
Bodo.

Pernah dulu aku masuk Watson ngan sorang member laki.
Masa nak bayar tu ada macam promotion flyers untuk a few selected items dia display kat kaunter. Salah satunya panty liner.

So member aku ni tanya adik tu pasal panty liner. Sebenarnya aku tau ko nak ngorat budak tu.

'Ni pakai masa bila?'
Macam sial tanya soklan ni.

Budak tu cam malu-malu tapi maybe dia ingat aku adelah awek laki tu so dia jawab gak 'Ni pakai hari-hari pun takpe bang, pompuan kan kadang-kadang ada discharge kan kak (sambil pandang aku), so kalau pakai ni underwear tak kotor'.

Aku lak sepantas kilat sambung dengan muka paling takde efek 'Ha, see? Now you know kenapa I pakai panty liner kan?'

Tiga-tiga orang yang manned the kaunter terus mendongak pandang aku.
Aku like..pehal?

Only after a few seconds baru aku sedar jawapan aku tu sangat-sangat salah.

What??
Dah dia selalu teman aku gi beli barang, of course la hampir semua benda yang aku pakai dia tau. Tapi memang agak kurang sesuai jawapan aku like...apa-apa je la. People's perception, whateverrrrrrrr.

But believe me, aku leh pesan member aku beli pad lagi.

'Kotex dry, overnite wing, kan?

Pandaiiiiiiiiiiiiiiiiiii kau.
I lav you la bebeh.