2008-10-09

Lab

Aktiviti tengahari adelah di lab. Bukan buat keje lab, tapi nak tengok apa barang yang dah sampai before boleh bawak masuk sample untuk di test. And this is the first time aku jejak lab company sendiri yang agak kosong, tapi ok la for a start kan (sedapkan hati sendiri).

Buat masa ni ada 3 research exec yang aku kebas dari ***. Maklumat tempat keje lama staff-staff adelah rahsia sebab aku tau ada budak *** baca blog aku. Kang dia bagitau kat staff-staff ni aku ada blog terus aku takleh menjadi seorang wanita yang garang, series dan berkaliber sebagai seorang majikan. Walaupun sememangnya aku takde kaliber sangat. Mampos la, biar kita-kita je yang tau ok?

Skamg aku tengah pikir apekah imej yang bakal aku tunjukkan.

Adekah yang mental seperti sekarang?
Ataupun majikan yang pemalu?
Atau yang garang masuk-masuk je opis hempas pintu, dinding, white board segala. Emo tak tentu pasal.
Ataupun yang muka series ganas tapi diam sepanjang hari. (ni imej collegue aku dulu yang naik pangkat jadik manager je terus ubah imej series and senyap. Konon macam taraf dah tinggi sangat. Padahal dia bangang, sebab tu kena buat imej senyap. Kang banyak cakap makin terserlah bangangnya sebab exec-exec bawah dia semua kaw-kaw jenis yang IQ tinggi melangit cam aku).

Muahahahahhahahahkkktuihhhhhhhhhh.

Eh, makin jahatnya ek mulut aku lepas raya ni.

Ataupun yang datang opis semata-mata nak breakfast kat Kopitiam bawah, sign document pastu kuar pi IOI Mall ke, 1-U ke, tak pun balik membuta.

POYOOOOOOOOOO!!!
DIANA POYOOOOOOOOOOOOO!!!



Lab ni ada a few section khas untuk buat research tertentu. Macam yang ni is PCR lab (polymerase chain reaction lab). Bench still kosong sebab kits and chemicals belum sampai lagi and sample pun tak masuk lagi.

Sample apekah?

Rambut sample, bak kata nenek aku.





Yang ni tissue culture lab. Ni laaaaaaaaaaaaagi kosong. Suci je keadaan lab ni aku tengok. Aku rasa lab ni tahun depan baru boleh run sebab keje untuk PCR lab dah menambun tertangguh ni.




Ni conference room. Nampak sangat meja baru sampai, plastik pun lom bukak lagi. Aku nak biarkan je la plastic ni forever kat situ, senang kalau nak jual balik. Macam ofis tak siap kan? Blind pun tak beli lagi. Takde duit okkkkkkk. Masa meeting tadi silau je pandangan aku. Nak gak pakai spek itam tadi, tapi kang tak pasal ada yang kena tendang ke bawah. Tertiarap cantikkkkk je atas keta orang.



Ruang menunggu yang macam berpenunggu.

Letak yang basic je la dulu, sofa ngan meja.

Pantry pun lom siap, kalau rasa tunggu lama sangat, kat bawah ada banyak kedai. Pandai-pandai la ye.

Rack untuk magazine pun belum ada.
Nak baca buku balik rumah.



Aisle ke lab-lab.
Siling pun tertanggal belum betulkan lagi.
Fire extinguisher masih kat atas lantai. Nak beli penyangkuk dia pun takde duit.

Cuma satu lagi lab belum siap. Lab for HALAL detection.

Sesaper budak-budak lab yang baca blog aku, kalau nak kitorang buatkan service untuk halal detection untuk raw meat, processed and unprocessed food, aquaculture OR viral disease detection in shrimp and fish (buat masa ni aku buat ikan ngan udang dulu), sila kontek aku melalui email : aveo757@yahoo.com.

Sebar-sebarkan la ye...thank you in advance.

JANGAN tanya soklan 'mintak keje boleh?'
Aku takde duit nak bayar gaji orang ramai-ramai sangat.
Gaji aku bulan ni pun lom tentu lepas lagi.
Doakan je la aku berjaya supaya peluang pekerjaan tu aku boleh ada kan in future.



Semalam kuar kat paper "Petronas's drive-thru pertama di Malaysia", bertempat di USJ.
Zassssssssssssss tetiba je nak up TnGo.
Hujan lak tu, takde la nampak jakun sangat kan pi drive thru. Ada la alasan takut basah.
Padahal memang jakun punnnn.

Ada aku kisah???

Tapi kan, tak praktikal sangat la.
Lembab okkkkk service dia.
Order kat situ, bayar kat situ, ambik barang pun kat situ.
Tukang carik barang pun orang kat kaunter tu jugak.
Makcik letih tunggu nakkk.



Sangat selesa kan??? Bekerja sambil lepak depan TV kol 4.3o petang di kala korang tengah stress mengontrol diri buat keje sebab bos tengah pandang. Sambil buat keje, sambil tengok Gitar Tua 2.


En Wan punya idea. Dia kata dulu masa kat Jepun dia ada meja kecik ni untuk buat keje depan tv or kat mana-mana biar tak terbongkok-bongkok mengadap laptop. Aku tak paham apesal yang ko nak bongkok???

Dia takut aku stress mengadap laptop kat meja study sepanjang hari, tak dapat tengok tv semua, so dia belikan meja ni untuk aku semalam. Actually boleh kalau aku nak buat keje kat meja makan bawah, boleh tengok tv sekali. Tapi memandangkan tv kat bawah tu dah di-chartered penuh oleh panglima aku, mau tambah stress aku buat keje mengadap otromen manjang.

Balik dari opis semalam, En Wan naik bilik and tunjuk kat aku meja yang berlipat ni. Tapi dia tunjuk bahagian blakang. Pastu siap pasangkan depan TV. Dah siap pasang, dia panggil aku tengok. Aku pun yo yo an je berlari-lari kuar bilik (aku pun tak tau apesal nak berlari padahal bilik ngan living room ni 4 tapak je).






See???

Suami yang sangat saya cintai ni memang kalau bab men-support bini dia nombor satu.
Ko mintak la apa pun, insyallah dapat.

Tapi macam ni la gaya dia support aku.

Ntah hapa motif dia ntah.

Pastu dia nampak aku bercekak pinggang pandang meja ni, cepat-cepat dia jalan menonong masuk bilik nak cover muka. Ingat aku tak nampak la dia tengah tahan gelak.


Ko nak laki macam ni ai???