<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/\46vt\75-754337643106987092', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

MY ONLINE BIZ

CLICK HERE

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS
Cuti yang mendemamkan - Part I. Part II bila-bila free baru aku update
August 25, 2008

Cuti yang penat.
Penat berjalan.
Penat bershopping.
Now still batuk and selsema.
Tapi saya gembira.

Ok, Langkawi.

Jumaat lepas aku dengan bangganya pegi opis sampai kol 10am je, pastu balik umah jap ambik bibik and Redza bawak balik Bangi sebab nak letak bibik kat situ. Bibik aku ni bentan naik kapal terbang, so dia taknak ikut. Taknak ikut sudah, dok ko dendiam kat Bangi.

So, the whole day I was in Bangi that day sebab aku pun ada keje nak buat kat sana. Kol 7.30pm bawak balik Redza. Sampai rumah, dua-dua mak mertua aku dah sampai siap ngan Kak Ngah En Wan sefamili.

Disebabkan dia tau aku tengah PENAT and kalau aku dah PENAT, ko lagi nak suruh aku masak, maka PENYAKIT aku sampai. Nak mengelakkan PENYAKIT semulajadi aku ni merebak dan menjalar ke segenap urat-urat yang seterusnya akan memangkinkan penghasilan cecair berwarna ijau yang akan menyebabkan kulit aku bertukar warna dan perkakas rumah berterbangan di angkasa raya, maka En Wan dengan sukarelanya masak nasik siap-siap, beli ikan siap siang, marinate ayam semua.

Pastu dia naik bilik peluk-peluk aku jap, pastu 'Di, nanti masak boleh?'

Tektik basi 7 tahun okkk.
Menyampah aku.
Tapi masak jugak la, sebab aku pun nak makan.

So lepas masak-masak, makan-makan, sembang lebih kurang, aku naik atas pack baju.
Sengaja bawak 2 beg besar yang tak penuh sebab konfem balik kang beg ni gemuk dengan barang tambahan.



To be frank, bukan aku sengaja pakai baju yang menampakkan payudara yang kencang (promosi secara sengaja Kaplet Kencang PayuDara Mustika Ratu dari Ibu Moeryati), tapi tetek aku memang terkeatas. Pakai baju kurung pun dia tersentil-sentil gak. Maafkan saya. Saya tak minta dilahirkan bertetek selambak begini.
Kali ni cuti muka aku bebas dengan mekap macam pegi opis.
En Wan kata pakai eye shadow je cukup.
'Kang awak bersiap lambat, malas abang nak tunggu'
No hal brader.
Aku pun lagi suka.
Tapi kalau ko komplen muka aku melekit ke, berkerak ke, siap!

Journey ok.
Air Asia dah tak gegar-gegar.
Tapi sepanjang perjalanan mulut aku kumat-kamit gak la baca apa yang patut.
Biasa la, orang jakun naik katerbang.

PICTURE HILANG TAK TAU MANA PIGI

Langkawi Airport.
Ini lah para mak mertua saya..:)
Mesra kan???

Mak En Wan yang pakai baju kurung.
Yang ranggi tu mak no. 2.
Actually dua-dua ni tak baik lansung dari sejak mula mak no. 2 kawen ngan ayah En Wan.
Tapi dah takdir agaknya, diorang mula berbaik-baik sejak majlis bersanding aku ngan En Wan kat Trengganu.

Kalau nak tau, laki aku la yang paling anti mak no. 2 ni dulu.
Dari ayah dia kawen umur dia 7 tahun sampai la umur dia 24 tahun dia tak bertegur ngan mak no. 2 ni. Adik-beradik yang lain semua ok je.
Sampai masa hari nak bersanding, kak long dia jumpakan aku dengan mak no 2 ni, En Wan mati-mati tak nak turun dari kereta, sanggup dia dok lam keta lama-lama luar rumah punya benci ngan mak no. 2 ni.

Hati manusia kan, lama-lama ok.
Itupun rasanya aku yang pujuk dia supaya lembut hati. Kesian kat ayah dia nanti.
Mak no. 2 tu cakap, alhamdulillah, tak sangka sekarang, lepas ayah meninggal, En Wan la yang banyak concern pasal dia. Siap boleh melepak baring kat rumah lagi.


Ape-apehal makan la dulu.
Dah la Air Asia makanan mahal.
Gerak dari rumah kol 6 pagi lak tu.
Mak aku yang dua orang ni asik la komplen 'Allah, mahalnya makan sini. Kat Tengganu muroh je'.
Asal ajak makan je taknak.
'Tok soh le. Mok kenyang doh. Kita makan malam karang je'
Ade ke makan sehari sekali je?
Tolong la makkkk.
Jangan la seksa perut menantu mak ni.
Marah cacing hambe kelaporang kang.


Mula-mula check in dulu kat Eagle Bay Hotel.
Sangat la tak best hotel dia.
Boleh la, 3 star.
Sangat kedesaan Melayu. Dengan panel-panel kayu lam bilik.

Lepas dapat keta sewa, terus keluar.
Memula gi sini...


Makam Mahsuri.
Dah seploh kali kuar masuk Langkawi baru kali ni aku jejak Makam Mahsuri.
Rasa syahdu je baca sejarah dia.
Macamana la dia lalui saat-saat kena bunuh tu.
Jahil gila orang dulu-dulu, main dengar je cakap orang tak usul peksa.
Agaknya kalau jenis perangai macam aku ni, siang-siang dah kena kerat 18.


Macam biasa, aku ngan En Wan pegi mana-mana pun, tetap setia ngan imej selamba - pakai selipar je. Kosser aku nak berkasut bagai.
Handbag aku besar kan?
Macam-macam ada lam tu.



Mahsuri tengah tunggu Wan Derus balik keje.

Cantik senibina rumah Mahsuri ni.
Rasa tenang je dok umah macam ni.
Tapi jenis cam aku ni takat boleh dok lam seminggu je.
Lepas seminggu mula la penyakit tak sedar diri aku datang.
Nak aircond la, heater la....palsu semata-mata!!!



Aksi Wan Derus versi tujuh keturunan.
Entah-entah laki aku ni ni keturunan Wan Derus kot, sebab dalam sejarah Mahsuri, Wan Derus bawak diri ke Pattani lepas Mahsuri kena bunuh. Dah la in laws aku ni ada darah Siam.

Wahhh, dan dan nak tempias Mahsuri.
Berangannnn.


Lepas tu kitorang gi Underwater World.
Padahal selama ni kalau shopping coklat kat sana, kat tepi Underwater World ni je aku masuk, tapi tak tergerak pun nak tengok menatang laut ni.
Penguin punya pasal, kali ni aku masuk.
Anak aku la paling riang dan girang sekali.


Macam koling okkkk kulit muka aku.
Ni cara-cara ada flash.
Tapi, mampos la kan.
Pedulik apa aku.




Dah umur 31 baru aku tengok ngan mata sendiri how ikan minum air.
Tu yang gelupur snap gambar tu.





Penguin ni semua tengah menunjuk dada.
Sekor-sekor menegak, belagak gila.
Nampak je aku masuk semua surrender.
Mendada depan aku la kalau berani???!!!
Kau ingat ko sorang je tau mendada.
Ko nampak dahada haku tu?



Ni paling belagak sekali.
Dari awal sampai akhir menegak cam baca ikrar.



Dua-dua mak mertua tengah tengok penguin sambil bagi ulasan.
Aku ngan laki aku gelak je dengar.
Kasik chan la kan...member nak feeling-feeling Hasbullah Awang.


Ni la yang aku menyampah kalau berjalan dengan dia.
Bukan dia kira tempat budak ke, apa ke, belasah je.
Janji muka dia masuk.


Sejuk okkkkkkk.
Pakai selipar kat kutub utara.
Jadikla, feeling-feeling snow.
Laki aku dah biasa, tak rasa apa dah.
Sebab tu muka dia selamba.
Selalunya yang tak penah sampai tu la yang yang buat muka over.


Ngahahahahhaha.
Ada orang tak suka tengok Tun?
Lantak la.
Aku sukeeeeeeeeeeeeeeeeeee..:D
Mana dia orang yang dok kata Tun ni cam BAPAK AKU. Katanya.
Kununnnnnnnnnn. Mana gamba beb??? Kasik tunjuk bukti kesetiaan la.
Bla blaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Ngahahha.


En Wan dan ikan bermuka bengkak...sangat seiring.




En Wan memang tau.
Dia tak bagitau pun yang sebenarnya dia nak ambik gambar aku ngan mak dia sekali.
Main snap je.
Aku pun poyo poyo je posing sensorang.


En Wan kata dia sebenarnya tengah snap gamba bontot aku.
Boleh tahan ek bontot aku dari jarak jauh? Nampak besar gak la.



En Wan memang suka ambik gamba ntah hapa hapa ntah macam ni. Banyak lagi dia snap. Cantik gak. Esok-esok aku letak.



Aku makan budak ni nyer ABC la yang batuk sampai skang. Bila la buleh MC ni.



Aku paksa dorang ni makan laksa. Dah sampai Kedah harusla makan laksa Kedah kan.



Pastu kitorang order ni.
Suruh dorang makan lagi.
Pesta perut.
Perut aku la yang berpesta.
tadi aku timbang seb baik kekal 48kilo.
Aku dah bajet 52 kilo.



Hitam okkkkk aku dok sebelah En Wan.
Tapi jelita kan???

Muahahahhahhha.
Muhahahahahhahahaha.
Gelak sambil scrub kulit dengan kertas pasir.

Ni gambar semalam.
Pagi-pagi bangun nak naik cable car.
Singgah jap kat tepi restoran Tun Mahathir, The Loaf, ambik gamba kapal.
Feeling-feeling orang kaya jap.

Alamak, kilat la. Nak tutup laptop.
Esok-esok la aku sambung.

Nite.


posted by green apple @ 9:25 PM  
Newer›  ‹Older

FACEBOOK
GREEN APPLE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
PREVIOUS POST
Archives
JALAN-JALAN
I READ
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER