2008-05-22

Phuket - 3


Malam lepas balik dari Phi Phi Island memang letih maut punya. Dah la aku lupa bawak panties extra, sudahnya lepas mandi laut aku salin suar tak pakai panties. Seksi pulak rasa. Auwwww!

Sampai hotel mandi-mandi, 3 beranak sekali masuk lam bathtub, jimat air. Pastu siap-siap gi carik dinner sementara hari cerah lagi. Kang dah malap apa benda pun tak nampak. Letih tak letih, malam ni aku kena carik souvenir gak!

Semalam Restoran Pattani, tonite Restoran Dubai. Siap terpampang tajuk restoran tu 'PAKISTAN-INDIA-MALAYSIA FOOD'. Tapi makanan punya la berminyak macam dok kat Abu Dhabi je aku rasa. Dah la nasik dia sepinggan terak macam nak bagi 4 orang makan. Cam perli aku je...


Aku order prawn beriyani, En Wan chicken beriyani, Reza lak diet makan mushroom soup je. Itupun, aku jugak yang belasah bagi habis. Restoran dia ok la, biasa la Pak Arab kan kaya-kaya. Restoran tak laku blakang cerita, janji deco grade A. Tapi makanan haruslah aku bagi B- sebab berminyak!


 Sebab restoran ko macam ekslusif maka ko tekan harga Icelemon tea lam tin sampai RM5. Ko ngan AirAsia sama je la...cekik darah. 


Lupa lak nak bagitau hotel yang aku dok tu betul-betul mengadap Laut Andaman, laut yang bertsunami dulu. Tapi tempat kena tsunami tu jauh sket dari sini. Apa-apa pun, kalau kena simbah ngan air laut, aku yang terbang dulu. Sah-sah dekat je ngan laut bilik aku ni.

Lepas makan, we all round the city cari souvenir. Seb baik mak aku beranak 3 kali je, takde la sengsara aku nak beli hadiah..muehehehhe.

Pehhh, kalau bapok ni la, heran aku okkkk. Camne dia yang terang-terang bapok, pinggang gila curve macam kerengga siallll. Bontot boleh tonggek nihh. Kalau skirt la, takyah tunggu bongkok. Ko tolak dia kedepan sket je dah nampak panties. Yang heran boleh pulak mat saleh ni melayan bawak pi beli baju siap pegang tangan lagi. Nak je aku terajang sekor-sekor. Tapi memang tak dapat disangkal, bapok sana lagi cun dari pompuan-pompuan tulen. Ni tetek ni yang aku tak puas ati. Cantek gila bentuk dia. Nak je aku ramas tengok apa dia letak.

Esok pagi gi pulau lagi, tapi kali ni naik boat. Pegi James Bond Island tempat yang En Wan nak sangat pegi. Kalau James Bond Island ni takde aku gerenti dia tak jejak Phuket punya.

Lagi sekali bfast hanya roti. Tapi En Wan bantai gak makan nasik goreng with crab meat.
Ye ke crab meat????? Eh.



Mak dia pulak disebabkan sudah gemuk maka hanya makan sekeping roti dan oren jus. Diet sangat la tuhhh.

Journey nak pi Pulau James Bond ni jauh gak, dengan bus je dah sejam, pastu dari jeti nak ke pulau tu naik boat 45 minit. Sebelum aku tetido lam bot, maka sila tido dalam bas siap-siap. Tapi sebelum nak ke jeti tu, dia bawak gi cave ala-ala Batu Cave. Dalam tu ada la 3-4 bijik patung Buddha.



Dalam bas. Dah nama blog aku, harusla muka aku paling banyak kan.

Tourist guide dalam feri that day English power gila, slang American, muka pun agak hensem. Yang tourist guide 2nd day ni, muka piauuu Thai, English sangat la susah aku nak paham. Aku pulak yang jadik translater kat satu Aussie blakang seat.

'Ladies and chelren...(gentleman takde tau dalam bas ni) Aftar we araif, you go down da bus to da ferry. Ferry take fort-fai menit. We go small boat. You wear life jacket. You can buy water. We have lunch at Muslim village. Seafood'

Nak je aku bangun 'Pebenda siallll ko carut? Aku tak paham menatang apa ko cakap'

Rupanya nak ke James Bond Island tu ko kena naik jeti dari tanah besar. And ada jambatan rupanya dari Phuket ke tanah besar Thailand, dekat je pulak. Aku rasa pendek sket dari Jambatan Tambak Johor.




 

Ni semua gambar-gambar masa lam temple. Tinggi gak temple ni, tapi tinggi lagi Batu Caves. Cuma kesian kat diorang. Tempat yang cantik-cantik and unik like this temple banyak, tapi government tak support. Kalau tengok entrance sumpah tak selera. Macam Batu Caves tu terjaga la jugak.

Aku memang nakkkkk sangat bergambar kat reclining Buddha tu, sampai hajat..:) Terang-terang kat pintu masuk dia tulis 'Ini tempat suci, sila pakai pakaian bersopan'. Aku nyer baju ni sopan ke tak?

So aku tanya uncle tourist guide tu 'How's my clothes? Obscene?'

'Neverrrrrr!'

Never okkkkkk dia kata.
Kira aku ni consider bersopan lagi...kat Thailand la. Kat Malaysia konfem berbakul dah kena kutuk. Makcik-makcik ni sibuk la bagi nasihat kat anak-anak jantan dia 'Ko kalau nak carik bini jangan bawak pompuan macam ni masuk rumah aku. Aku tak halal air susu aku'

Bla la makcik.



 Kat Phuket ni ATM machine just like nite market in Taiwan, it's everywhere. Takyah nak letak pak guard jaga pun. Dalam kedai-kedai runcit pun ko boleh jumpa ATM machine.


Paling excited holiday kali ni tentulah anak aku. Apa taknya, segala macam transport dia rasa dalam satu trip, dari airplane, van, bus, ferry, boat, lori je belum naik. Masa kena pakai life jacket, cam ye-ye je tau pakai.



Seb baik aku tak bawak Mak Aji ngan Pak Aji sekali. Kalau tak, mati idup balik dia taknak naik boat tambang ni. Seriau gak masa naik, dah la ko nak masuk laut, pakai boat camni. Dibuatnya ombak besar, melambung-lambung aku dalam tu. Tapi memang basah la naik boat ni. Dah la aku pakai jeans. Apa-apa pun seb baik semua (especially aku) tak mabuk masa naik ni.

Journey dalam 45 minits to 1 hour jugak dengan boat sebab arus kuat jugak that day. Maybe sebab terlampau banyak highcliffs so ombak yang pukul ke batu tu datang balik hentam ke arah bot. Aku pun buat la muka maintain, padahal En Wan tau dah muka bini dia toreh pun tak kuar darah.

'Di, you ok?'
'Jangan takut, abang ada'

Abang ada???

Abang tau berenang ke banggggg??
Abang pun dua kali lima je kelepeh kelepeh kelepeh terkapai-kapai lam laut.

Tapi at least kata-kata dia tu buat aku tenang sikit..:)

Nak ke pulau tu kena lalu lam cave. Dah la rendah, ngan staglamit dan staglatit (aku lupa which is which, belasah je) panjang-panjang. Laki aku suka la benda-benda mengganas macam ni.

Pastu kitorang melintas kat area perkampungan Muslim pertama di Thailand. Tengah-tengah laut beb. Yang amazing tu, kampung ni betul-betul dihadang oleh highcliff. Kalau ribut ke, arus kuat ke, kampung ni insyaallah tak kena. Dari jauh ko nampak batu tinggi, bila ko lepas batu tu, ko nampak daratan, pastu kampung-kampung nelayan. Ada masjid lagi kat tengah-tengah laut. Satu benda yang menakjubkan.

Tourist guide tu kata, walaupun kampung ni tengah-tengah laut, tapi kat sini satu-satunya kawasan yang ada fresh water and dia kata jangan tanya mana sumbernya, dia sendiri tak tau mana datang.



Pulau James Bond ni pun satu benda yang pelik. Jalan nak masuk ke pulau ni satu macam. Macam ko tengok cerita dulu-dulu lanun-lanun buat port kat celah-celah batu. Cara bot-bot ni masuk dalam kawasan pulau James Bond ni pun macam bot-bot pedagang dulu-dulu, beratur je tunggu giliran nak pass ganja.

Bila ko sampai je kat perkarangan pulau tu, serta-merta suara riuh-rendah orang dok tawar-tawar harga. Sebijik okkkkk macam cerita lanun dulu-dulu. Penuh ngan gerai-gerai kecik atap nipah, bersusun je ngan rantai siput berjurai-jurai. Best gila.



TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!

At last we are here!!
En Wan la orang paling happy akhirnya dia nampak pulau ni depan mata.
Aku selamba rock je. Mana ada perasaan. Perasaan aku muncul bila ko ajak aku gi shopping.

Kat pulau tu je dah habis RM100++ just beli siput and pearls. Pantang benti depan gerai je konfem kena tarik 'You beautiful. I love you. You smile good. I love you. Buy me. I love you. I sell cheap'

Itu je la modal ko, I love you tak sudah-sudah.

Tapi En Wan kata kesian, beli la.
Aku no hal kalau suruh membeli. Membayar je aku taknak.



On the way back to jeti singgah dulu lunch kat Muslim village. Tapi sebab makan ramai-ramai benda sedap pun jadik tak sedap, dengan berpeluhnya, dengan penat, kepala aku dah nampak katil je. Dalam bot tu aku boleh tido. Terhangguk-hangguk kepala. Nak landing kat En Wan tak sampai hati pulak. Kesian dia, dia pun penat.

Kat bus, memang aku belasah tido. Ingatkan terus balik hotel, rupanya dia gi singgah kat Cashewnuts factory. Adooooo la. Tobat aku bejalan ngan badan belendir macam ni. Tapi sampai kat sana aku jugakkkkk yang lelebih shopping.

First time aku tengok buah gajus, selalunya tengok lam buku je. Bijik gajus selalu. Buah je blom. En Wan pandang je muka aku seolah-olah muka dia kata 'Kesian kat ko, buah gajus pun tak kenal'. And diorang buat jus cashewnuts. Sedap gila jus dia. Ala-ala Xango gak aku tengok sebab dia kata sesuai untuk orang yang baru lepas operation cancer, sakit buah pinggang, etc. Terus aku teringat kat Syana..:)

Jumpa kedai tulis melayu. Terkujat aku kejap pandang sign dia. TEH TARIK ADA DIJUAL DI SINI.
Siap promo teh tarik lagi. Tak tunggu dah, terus duduk. And untuk malam terakhirnya kat Phuket, aku pekena tomyam lagi. Kali ni tomyam campur pedas nak mati, ikan siakap masak 3 rasa ala Thai (piaww punya), pastu sayur kailan ikan masin, telur dadar, nasi separuh. Nak gak mention nasik makan separuh. Pastu kat hotel lapar, bantai Pringles sebotol.

Lepas dinner round lagi city carik hadiah. Tapi kali ni hadiah untuk diri sendiri. Carik album, carik photo frame, carik perhiasan rumah, bla bla bla. Sekali lalu lori promo Tomoi. Kecik-kecik ko ajar budak ni bertomoi bermekap segala. Jadik pondan sok kang baru tau.