2008-05-21

Phuket - 1


Aku sampai from Phuket 7pm semalam, singgah Bangi ambik keta dulu, siap makan sebab Mak aji dah masak. Pandai Mak Aji, cam tau-tau je menantu ngan cucu dia konfem kelaparan sebab aku memang takkan masak. Penat okkk bawak kapal terbang.

Phuket.

GILA BEST!!!

Perkataan yang mempu mengexplainkan segala-galanya.

Jumaat lepas, kalau ikut nawaitu, 5.30pm sharp aku nak blah dari ofis. Tapi training dah la lambat habis, elok aku nak angkat beg laptop je bos aku cakap 'Diana, we are going to ** this Tuesday. I want you to be there as well'.

Jadahhhh?
Aku dah apply cuti!!

Dia bleh wat muka terkujat 'Did I approve you leave?'

Dia suruh aku siapkan proposal malam tu jugak aku kena email kat dia. Membunuh betul la dia ni.
Malam tu aku stay up sampai kol 2am siapkan report. Dah la malam tu aku balik Bangi. Aku gi bawak laptop baru yang takde install streamyx line rumah Mak Aji. Pak Aji lak kalau bab simpan barang konfem dia lupa mana dia letak. Puas la malam tu dok memunggah laci cari CD streamyx. Kalau report tak siap mau aku start enjin keta balik umah ambik CD. En Wan dah blow ngan aku sebab kecoh malam-malam nak wat report.

Tapi Tuhan tu selalu ingat kat aku, aku je manjang lupa kat dia.
Malam tu uncle sebelah guna wireless, pehhhhhh, dia tak secure lak line dia. Aku pun menumpang le. Banyak pahala uncle sebelah tolong aku siapkan report. Sampai kol 2am still leh guna lagi. Uncle ni tenet kat YM ke haper. Kul 2 pagi tu jugak aku email terus kat bos siap sms kat dia soh check email. Nak sangat tengok report kannnnnn.

Esok pagi-pagi dah bangun, siap-siap, mintak Pak Aji hantarkan ke airport.
Tima kasih ye..:)


Biasa la kalau dah naik keta Pak Aji haruslah dok belakang jadik tuan besar kan...


Redza and papa 

Biasa la kalau dah nama naik AA ni kalau tak gegar tak sah.
Dan orang jakun cam aku haruslah aksi berlebihan kat atas tu. Aku paksa tido. Redza biar bapak dia jaga. Aku memang dah kena sumpahan takleh naik flight. Sawan.

Dan jangan harapla aku nak order makanan kat atas tu. Pulak tu tengah berdiet, kem salammmmmmm. Actually banyak gambar masa kat airport tapi aku tak jumpa lak bluetooth laptop.



Sampai je airport Phuket, terus on HP, macamkan ada orang nak sms aku. En Wan macam biasa, penyakit suka candid gambar.



En Wan macam budak baru balik oversea je aku tengok



Tunggu van sambil baca map.
Melekit gila babi muka aku. Ni cara-cara baru turun kapal terbang, blom gi mana-mana lagi. Dasar kulit fail!!
Our first destination was to the Gem Gallery. Kepada sesiapa yang materialistik macam aku tapi sangat malang berhusbandkan lelaki yang make dunno no matter ko tarik muka patblas or ko hentak-hentak kaki masa jalan tanda protes ataupun ko ugut no sex for 2 weeks, dia tetap anggap Gem Gallery tu macam muzium yang hanya boleh dilihat tapi tak boleh disentuh apatah lagi nak dibeli.

Memang hampagas En Wan.

Padahal kan, kitorang masuk Gem Gallery tu dua kali, masa first day sampai and on the 3rd day. Aku pun tak tau pehal dorang bawak kitorang masuk Gem Gallery sampai dua kali. Tak puas hati gamaknya tengok takde sorang beli. Phuket memang pusat Gem terbesar di Asia, so macam tak lengkap intinerary ko kalau tak beli sebijik. So aku dah aim satu white gold pink sapphire ring with diamond, harga 33,000 Baht, dalam RM3,300. En Wan dah bagi green lite, kalau nak, swipe kad aku sendiri. Apa baranggggg swipe kad sendiri???? Kata pengikis. Haruslah aku nak kikis kau.

Tapi pikir-pikir balik, malas la pulak. Pompuan gedik cam aku, gatal terhadap barang-barang kemas adelah dalam 5-6 minit je. So, En Wan dah paham sangat. Memang patut pun dia bolayan request aku.



Entrance Gem Gallery



Bergambar dengan 'tut-tut'. Gila jakun. ....And seperti biasala 'extra baggage' aku mana nak bergambar ngan mak bapak dia. Buat hal lak tetiba. Aku tampa kang..


Lepas tu dia bawak we all gi TShirt shop. Mula-mula aku macam 'La, kedai runcit macam ni ko bawak aku?'.

Ala, sebijik cam kedai Kak Milah depan rumah makcik aku, sebelah-menyebelah ngan kedai jual cikedis. Dari jauh ko tengok memang takde harapan kedai ni pelancong nak masuk, tapi bukan sebarang kedai.

TShirt dia kualiti, 100% cotton, boleh rasa lagi, boleh kirai-kiraikan baju tu dari plastik kalau ko keji sangat nak pedajal tuan punya kedai. Dia tak marah, dialu-alukan lagi ko bukak plastik baju tu untuk ko test. Kedai ni wholesaler, takde saper nak layan ko kalau ko 'Excuse me, may I know if you haxe XS size?' Mamposla tercangak-bangak ko kat situ sorang-sorang. Takde saper pedulik sebab dia dah gantung siap-siap kat dinding setiap design baju yang ada kat situ, so ko tengok mana design ko nak, ko pilih sendiri saiz, agak-agak nak test muat ke tak, takde saper nak lari kalau ko nak tanggal baju kat situ pun. Sila..sila...make yourself at home.

Dah la murah gila.
Selai baju dalam RM12 je, kira ok la utk 100% cotton. Aku beli baju sleevelss kat Bali dengan kualiti kain macam roti kirai pun dah RM20.


En Wan memang dengki tau dengan aku. Suka sgt candid. Masa ni aku tengah pilih TShirt 'I AM A VIRGIN (THIS IS AN OLD TSHIRT).

Beli TShirt je dah seratus lebih. Tak pernah hayat aku shopping TShirt.
Lepas agenda menabur duit, gi temple lak.
Aku memang suka gi temple-temple ni. Rasa cam satu benda yang best tengok ukiran-ukiran kat temple. Pulak tu Buddha diorang besar-besar. Takut pun ada. Entah apa yg aku takut pun aku tak tau.



Cantik kan? Lupa la apa nama temple ni. Nak masuk tapi sebab aku period so aku rasa takleh masuk kot. Lojik la kan, ni pun tempat suci diorang gak. Respect sket aaaaa.


Lepas tu gi tengok sunset kat Karon View Point. Tapi masa we all sampai tak berapa nak set lagi, terang benderang. Boleh tahan la tempat dia, tapi lagi best tengok sunset depan umah aku. Tak crowded. Dah la gi situ petang-petang. Semua yang datang bau dah masam semacam. Kalau hanjing ni la...bersepah-sepah. Nak je aku tendang sekor-sekor.



Cerah lagi, nak tunggu sunset dalam 2 jam, baik aku balik tido



My extra luggage...


Orang yang snap pic ni gi fokus kat kitorang, wat per? Aku nak panorama blakang tu..



Masa ni aku memang dah letih. Kalau muka tu toksah cakap la kan, dah berlengas.
Seb baik dah takde program dah lepas tu. Terus balik hotel.
Aku stay kat Patong Beach, Andaman Suites. Tapi kalau nak resort style, pilih Andaman Club, sebelah je ngan Andaman Suites, sama-sama 4 star, so tak kisah la dok mana pun. Ok hotel dia. Aku stongly suggest sesaper nak gi dok la hotel ni. Dekat ngan beach, dekat ngan nite market, dekat ngan Muslim restaurant, bapok pun senang nak dapat..



Nampak row yang ketiga tersebut di atas????...:D



Hero aku dah kecundang dari dalam van lagi



Tengah pikir nak dinner kat mana malam ni