2007-09-20

Menu malam ini : McChicken + nugget + vanilla shake


Aku cam rajin je 2 hari lepas. Walaupun aku sorang je yang puasa dalam rumah ni, tapi aku cam gatal tangan nak masak gak. Takde beza sebenarnya aku masak bulan pose ke tak, boleh rasa ke tak, sebab lauk aku memang konfem tawar.

Hari Selasa lepas aku masak ala kadar je, ayam goreng Ayamas (cepat lagi sedap. Sangat sesuai untuk golongan berkerjaya), ikan goreng, telur masin dengan sayur campur. Ringkas dan dapur aku pun tak bersepah.

Lagi setengah jam nak buka, bibik depan umah ni hantar makanan la pulak. Siap berdulang bagai. Ada kuih karipap, kuih serimuka dengan lauk lemak pisang ikan masin. Aku memang pantang nasik makan ngan buah-buahan, so siang-siang aku dah bajet lauk lemak ni konfem ke tong sampah. Kot ada En Wan, dia la yang tala ikan masin ni. Aku memang tak makan ikan masin sangat. Kalau telur masin memang berhantu.

Karipap sampai 5 bijik, kuih serimuka sampai 6 bijik. Ni mesti kes tak tau En Wan takde kat umah ni. Apo nak buek banyak-banyak ni? Lepas makan nasik je aku dah flat. Tapi jamah la jugak sikit, sebab aku tau kakak depan umah aku ni memang pandai masak.

Dan sebab dia dah bagi, takkan aku nak hulur pinggan kosong je. So semalam aku buat macaroni goreng, letak daging cincang, letak kobis, letak udang, rebuskan telur sket, hias lebih kurang, hantar.

'Ala, susah-susah je Diana buat banyak-banyak macam ni'.

'Memang menyusahkan aku pun. Sila jangan bagi apa-apa lagi pasni. Saya takde masa nak masak'.
Ni aku cakap lam hati je.

'Ala, takpe. Memang terasa nak makan makaroni pun. Saje buat lebih. Kang pinggan akak terus parking kat rumah saya sampai pose tahun depan pulak'.
Yang ni aku cakap.

Lepas hantar makaroni terus ambik Redza kat day care. Dah berjanji dengan dia nak beli lori pasir. Kang menurun pulak kalau tak beli. Balik-balik lori, balik-balik lori. Mainan yang dia beli kalau tahan setengah jam dah kira alhamdullillah.

Elok je sampai rumah, ada iklan McD kat TV. Ada promotion mainan ke apa ntah kat McD.

'Ma, esok Ija nak beli ni.'
'Ija ada duit ke?'
'Ija takde, mama ada duit. Pinjam aaaa'

Cantekkkkkk muka ko.










Bilik Redza. Orang kata bilik banyak mainan berhantu. Tapi apesal bilik aku pun macam ada hantu je malam-malam dok menyondol ketiak? Hantunya adelah......


Di suatu petang yang indah, aku telah ditipu secara terang-terangan oleh Redza.