2007-09-04

Hanya kerana brand dia Bob the Builder






Kejadian di atas berlaku hari Ahad, beberapa jam before bapak dia gi Japan.
Nenek dia la ni, bising bila nak belikan hadiah cucu dia, bila nak beli, bila nak beli. Susah hati sangat cucu dia tak dapat hadiah. Aku dulu besday serentak ngan dapat UPSR tujuhblas A, punnnnn dia wat dekkkkkk je. Takde hadiah-hadiah ni semua.

Memula masuk Toys R Us tu mata dah melilau, semua benda dia nak. Tapi aku tau dah anak aku camana pun dia akan beli lori punya. So, laki aku bawak gi area Bob The Builder. Seriauuuuuuuuuuu tulang itam aku tengok harga Bob collection ni. Suor jeans aku pun lagi murah.






Pilih punya pilih (bapak dia yang pilihkan), kalau kasik Redza yang pilih, mau set yang RM500 hengget tu dia pegang. So, we settled ngan yang RM170. Dapatla Bob seketul ngan lori sodok seketul. Sungguh tak puas hati aku dengan harga yang aku boleh beli bra Scarlett tujuhblas helai, dia boleh dapat satu kotak Bob je. Tapi bila dah bukak kotak tu, aku lak yang lelebih main sampai abis bateri. Best gak bendalah ni. Bob tu jadik remote control. Siap ada sensor kalau lori tu tersangkut kat bantal ke, nanti lori tu tanya 'What happen Bob?'.

Kalau lori tu takleh korek pasir banyak-banyak, nanti Bob tu pulak kata 'You can do it!'
Kalau kita tinggalkan lori tu tak bergerak lam seminit, nanti lori tu cakap 'Ok Bob, goodbye'.

Kalau aku terlebih main sket, anak aku pulak kata 'Mama, ni Ija munyer, mama pegi masak'.

Kuang asam.