2007-09-16

16 September - Aku dah start pose!


Dari Jumaat lepas sampai ke skang ni aku still ada kat Bangi. Cuma pagi tadi aku balik umah aku jap bagi ikan makan. Besar pangkat sungguh la ikan En Wan. Aku kena drive pergi balik 90km just nak pastikan dia tak kebulur. Kang kalau mati sekor, aku yang konfem mati sabtu ni.

Jumaat lepas aku kluar opis around 4pm camtu, ambik Reza ngan mak metua aku, hantar mak aku tu kat umah Kak Ngah En Wan kat Puchong. Aku ni dok bangga la sampai Bangi sure awal ni. Meleset okkkk. Macam nak melecet bontot aku dok lam keta. Memang tua la nak sampai ke Bangi tu. Dari kol 5.30pm aku kat Puchong sampai Bangi kol 7pm. Ko tak hangin??

Apa kejadah ntah jammed teruk dari exit Putrajaya santak ke exit Bangi. Nak kata orang kerajaan keluar opis, aku rasa diorang la manusia yang paling awal kluar keje bulan pose camni. Accident takde, road block takde. Ntah hapa hapa. Jammed mengada-ngada namanya.

Sabtu hari paling sengasara. Boring tahap dewata.
Dah la nak makan tak boleh. Pak Aji ada je pulak kat umah. Pegila bersiar-siar hendaknya. Boleh gak aku goreng-goreng nasik ke apa yang patut.

Petang tu aku angkut satu umah gi pasar ramadhan.
Satu yang best about Bangi ni, bukan bulan pose pun makanan bersepah-sepah. Inikan pulak bulan pose. Lagi la banyak tempat makan. Semua benda nampak sedap. Gerai kebab tu pun boleh ramai nak beli beratur panjang. Termasuk la aku yang beratur tu.

Macam kena pukau okkk masing-masing. Tapi aku la yang terlebih kena pukau, semua benda aku nak beli.



Sempat singgah Secret recipe. Indulgence cake. Ni pun Ibal punya jugak.



Yang ni aku punya. Aku kan hantu cheese. Tengok badan la beb.



Ini Mak Aji tengah prepare apa ntah kat wet kitchen. Aku taknak tolong. Sebab aku puasa. Aku sangat letih lagi malas.



Teringat kat En Wan bila makan ketupat daun palas ni. Tapi sampai takat teringat je la. Tak memberi kesan sampingan terhadap selera makan aku. Lajuuuu je aku telan benda ni.



Rendang daging makan ngan ketupat. Rasa dia boleh la. Bulan pose kan, so dimaafkan kalau terkurang rasa.



All time fav aku. Roti Jala a.k.a Roti Kirai. Memang betul-betul punya bersepai roti kirai ni. Makcik tu dah tak sompek nak gulung dah, orang beratur panjang sangat. Main campak je atas kertas sokabar terus bungkus.



Kuah yang cair dan tak sedap sangat. Tapi kalau aku tak habiskan kang Mak Aji sound 'Ko tak abiskan ni, aku tenyeh mulut ko. Yang ko gatal pegi beli banyak-banyak saper suruh'. Biasa la kan, faktor usia. Mengenangkan dia warga emas, dah menopos pulak tu, aku pun pelan-pelan habiskan roti kirai ni walaupun aku rasa roti tu dah sampai kat halkum dah. Kalau orang tepuk blakang konfem berkirai keluar balik. 



Botok-botok ikan tenggiri, Mak Aji punya. Banyak sampah dari ikan. 


Semalam aku habiskan satu lagi cerita cina - Farewell, My Concubine. Trajis. Sat lagi aku nak abiskan lagi satu cerita Leslie - The Bride With White Hair 1.
Bak kata Pak Aji, 'Bagus anak papa. Bulan-bulan puasa rajin tengok cerita cina.'
Menusuk okkkkk. Apa la dosa aku. Aku dah mengaji la tadiiiii.