2007-08-30

Merdeka!


Good morningggGGGGGGG!!!!!!
Hahahahahahahaha.

Aku kembali di arena ini setelah nak seminggu aku demam, tersadai kat rumah.
Jumaat lepas aku masuk opis, pastu dah nak tengahari tu rasa cam sejuk-sejuk je. Ingatkan aura udara segar hari Jumaat, rupanya aku demam. So dapat la MC untuk that day.

Monday gi opis lagi, tapi kol 11am rasa tak larat, pi klinik dapat MC lagi.
The next day, sampai je opis, dok lam setengah jam, pi klinik balik. Dapat MC 2 hari.

Dr suspect aku ada bacterial infection. So Dr tukar dadah, kasi dadah yang lebih cengkaman. Seploh minit aku telan antibiotik tu, aku pun padam dari 12.15tgh sampai 7.30mlm. Bangun-bangun je baju kurung aku pakai gi keje that day dah basah dengan peluh.

Kali ni demam memang terangkat laaaa.
Nak sangat lepak umah kan, hambik!

Redza pun demam gak.
Semalam dia buat suspen.
Bangun je pagi, dia mengensot, jalan taknak.
Dia kata kaki dia sakit, dua-dua takleh gerak. Bila aku angkat, dia jatuh. Aku acah-acah nak tinggalkan dia pun dia dokkkkk je, tak bangun. Selalunya kalau aku acah-acah dia camtu dah menggelupur lari nak ikut, tapi semalam dia mengensot kejar aku.

Mula la aku ngan laki aku gabra ni.
Kaki dia jadi kejang semacam. Aku dah nak melalak kat situ, terbayang kot-kot anak aku cacat ke sebab demam terlampau lama.

Bawak pi hospital SAMC and Paed check kata takde apa-apa. Tapi macam muscle dia stiff sikit. So, dia bagi ointment.

Pagi ni elokkkkkkkkkk je aku tengok dia menyepak bola. Bila nampak muka aku je, dan dan tu kaki dia terbengkok. Auta betul. Saje je taknak kasik aku gi keje suruh mengadap muka dia kat umah.

p/s : Siapa tengok bola semalam???????????????????????? Hangin aku ngan Myanmar okkkk. Nak lagi ngan Maung Lwin tu. Asik nak menyiku orang je. Meh sini ko melintas depan aku, tengok sket berani ke tak.

Ok la geng...MERDEKA!!!