2007-08-05

Apa kata aku update blog seminggu sekali je?


Hari ni aku memang takde mood sangat nak masuk opis setelah semalam aku out for ‘outstation trip’ sehari suntuk (huah huah huah). Dengan berat hati aku gi la jugak opis, masuk pagi lak tu dengan paksa rela nak wat keje. Masuk je opis aku tergerak nak tanya anak buah aku dia dah dapat package baru ke belum. Dia kata dah.

DAH?????
DAH!!!!!!

Babi!

Apsal aku blom?

Aku pun turun tingkat 1 jumpa KM.
Mengadu domba la, apa lagi.

KM pun surprised bila aku bagitau kawan aku dah dapat package baru sedangkan aku tak dapat lagi. KM pun tak dapat lagi. Ini sudah betul-betul punya special case nampakkkkkkkkk.

Makin takde mood la aku nak wat keje.
Dan semakin bersemangat aku nak resign. KM bagi aku satu lead. Kat Putrajaya.

Aiseyyy, Putrajaya la pulak. Jauh tuuuuuuu.
Tapi takpela, malam kang aku check.

Tapi aku memang semakin tak puas hati dengan management yang double-tripple-threesome standard ni. Keje aku makin banyak, siap suruh aku pi Santa Cruz la, Phuket la handle case sana sini. Package baru mana??? Ko ingat aku buat kerja kemasyarakatan? Ada ke suruh aku pi USA 2 minggu nak kena bond setahun??? Dah la kena bond, takide kenaikkan pangkat lak tu. Ko ingat ko hantar aku tu kengkonon aku rasa amat terharu la? Kalau ko tak hantar maka sampai kiamat aku tak jejak US tu?

Dengan bengang-bengkek nya, maka aku pun ajak Rozie pi TGI. Dah sebulan aku ‘hutang’ malaun ni. Dari dulu aku berjanji nak belanja dia tak sompek-sompek. So, hari ni aku langsaikan la. Since Kak Nenie pun join sekali, and birthday dia 30 Ogos ni, maka sekali harung la aku celebrate untuk dua ekor ni, dengan ucapan :

SELAMAT HARI JADI. LAGI 9 HARI, BIRTHDAY AKU PULAK. SILA JANGAN BUAT-BUAT LUPA. CHILIS ADELAH SANGAT LAZAT BILA DIMAKAN TANPA MEMBAYAR SE-SEN PUN (kalau tak paham gak hint aku sah bangang)

Ngah ngah ngah ngah.


Kak Nenie and Rozie.


Kak Nenie tengah pilih apa benda nak makan. 


Kitorang tolong perabihkan roti yang dah betebarai ni.



Menatang ni la aku makan sampai nak pitam. Ko bubuh wine ke haper dalam nih???
On the way back, aku rasa macam nak pitam. Maybe sebab aku blom sihat betul, pastu stress pulak, ditambah lagi dengan mentekedarah satu plate besar BBQ Beef Sandwich and tolong perabiskan chicken finger Kak Nenie, so sampai je opis, aku rasa macam nark muntah, nark pengsan, badan bepeluh-peluh, sampai anak buah aku menggagau carik minyak cap kapak.

Dalam setengah jam aku settlekan apa-apa yang patut kat opis, then terus blah jumpa customer jap. Pastu balik umah. And that was 4 sumthing. By the time aku sampai kat porch umah aku, baru jam 4.40pm.

Apsal aku dok kat porch?

Tu la dia.
Laki aku pi bawak kluar kunci umah dari keta aku bagi kat mak dia. Sebab kak ipar aku fetch mak metua aku and Redza kol 10am, so kunci mesti dia kena pegang. Kang pintu umah aku ternganga la pulak. Aku pun melepak lam keta sampai kol 6pm. Seb baik ada laptop, bulehhhhhhhhh buat karangan. Ni aku tengah ada lam keta la ni.

Haaa!!!!!!!
Dan yang menambah kan stress aku bila laki aku bagitau aku yang harga baru Aveo lepas kerajaan rombak cukai-cukai, cuma RM60K je!!!! (hoih, aku buat promosi ni karnival membeli belah ni)

Pantekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Kalau aku tau harga merudum macam ni, baik aku tunggu sampai skang baru beli. Aku beli lom sampai 2 tahun lagi. Macam tak caya je, dulu aku beli Aveo ni 82K, lagi a few thou je dah boleh angkat Vios. Skang dah 60K.
Kurenggggggggggggggggg. Kureng sekureng kurengnya!