2007-07-19

Sumie, kalau ko idup lagi, komen kat blog aku nih!!!!


Semalam kan aku mimpi benda yang pelik sesangat.
Aku mimpi SUMIE kena bunuh, mati pulak tu.
Padahal aku tak penah pun jumpa ko SUMIE hoihhhh!
Takpe, panjang umur....

Lagi satu, semalam $wee+666 call aku.
Hihihi..muka brutal okk.
Tapi suara ko alahaiiiiii, macam budak bawah umur Zie.
Lembut sangatttt.
Tergoda aku..hihi.

Baru jap tadi (kol 10.10pm), Idd datang umah aku deliver T Shirts yang aku order from $wee+666.

YIHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Gumbira okkkkkk.
T Shirt yang akan ku peragakan dengan belagaknya di merata tempat sebab aku tau takkan ada sesaper pun sama T Shirt ngan aku.

Dengan ini, dengan segala kuasa yang ada pada saya, saya memberi mandat kepada $wee+666 untuk meneruskan bisnes LAIN dan menghentikan pengeluaran design 'MY PARENTS MET ONLINE'.
Ko paham tak apa aku tulis tu Zie?
Aku nampak ada orang lain pakai design yang sama, aku culik Fenriz.
Haaaa...berani?? Berani?
Tau takuttttttttttttttttttttttt.

Redza kemain lagi, dan dan time tu jugak dia rasa panas, berpeluh la, sebab nak tukar baju baru. Hangin je aku. Badan dah la masam.

Esok aku balik Tganu, aku pose maut ngan baju ko, pakai baju je, suar takyah. Posing nonggeng atas keta laki ala-ala calendar girl (saper la yang nak beli kalendar ni wehh?)

Tadi kat opis, aku ngan anak buah aku takde keje sangat, pi retrieve balik all internal emails yang informed bila si Kote Pendek tu EL, MC or AL.

To our surprise...gila bapakkkkkkk banyak dia ambik AL. Keje baru setahun (masuk sini bulan 6 tahun lps), tapi dah ambik 19 AL, 7 MC. EL aku tak kira lagi tu.

19 AL okkkkkkk.
Ko keje berapa tahun bang, yang buleh ambik AL sampai belas-belas hari ni? Kot ye pun ko bos tapi ko keje blom sampai setahun setengah, adelah harus AL ko sama banyak cam aku yang dah keje ompek tahun ni. Aku yang dah senior ni pun tak berani ambik MC lebih 5 hari, ko pulak yang lebat ambik MC.

Oh, lupa pulak, ko kan bos.
Bos mestila selalu sakit, sebab banyak sangat berfikir tentang bagaimanakah meningkatkan profit kompeni kan?
Dan bos juga boleh ambik AL berapa banyak pun tak kisah, sebab nama pun bos, haruslah duduk di rumah saje, kerana banyak kuli batak bapak ko yang nak buatkan keje ko kat opis ni kan?

Heran la, apesal big bos tak penah tergerak nak kira AL ngan MC yang si kote ni dah ambik. Ke dia dah kira tapi buat-buat tak tau sebab nak cover malu? Sukati ko la, kompeni ko. Kalau bankrupt pun ko sorang tanggung.

Oh, ye. Bulan September nanti, secara officialnya aku keluar dari Board of Directors. Itu lebih baik daripada saham aku gone bila kompeni ni bankrup esok. Aku pun takyah susah-payah nak collect buku cheque, ko ingat tak penat ke nak beratur kat kaunter Maybank tu?

Dan tak payah la jugak aku nak kena datang opis walaupun hari tu aku cuti semata-mata nak sign TT la, bank guarantee la, tok nenek la, apa la. Dan yang paling syorga, apabila aku takyah dengar segala penipuan korang bila time nak bagi profit hujung tahun. Manjangggggg je profit tak banyak, tapi bila aku check akaun, mencanak-canak duit masuk.

'Oh, tak boleh kuarkan duit ni, sebab kita nak kena dulukan ordering, old invoice, gaji pekerja.'

Abis aku bukan pekerja?
Ke memang aku bos?
Nguah nguah nguah nguah.

Senin lepas ada meeting tergempar (manjang je tergempar..ptuihhhhhh!).
Last week aku komplen pasal aku kena jaga banyak sangat customer. Sampai tak bernyawa, terkejar-kejar. Mana nak monitor anak buah, nak monitor sales, nak communicate ngan principals, nak prepare promotion, nak conduct training, boleh tak kasik aku dok opis dendiam buat keje?

So last Monday masa meeting dorang rombak area and target.

Cilakooooo!
Aku ingatkan target aku makin turun, lagi banyak 000 kat belakang.

Ok.
Aku surrender.
Korang memang pedajal aku kan?
Silakan.
Aku ni memang pantang kalau orang plan nak pekena aku.
Mula la membuak darah kepahlawanan Daeng Parani.
Tak semena-mena aku semangat gila buat keje.
Secara otomatiknya 2 hari ni graf sales aku bergerak secara exponential.
Sila pedajal aku lagi.

Semalam aku gi Mydin.
Pastu lalu depan slimming centre.
Sekali salesgirl tu tahan aku, tunjuk promotion flyers.

'Kak, cuba la treatment kita, 2 jam je dah boleh kurang 2cm'

Soalan:
Adakah statement itu membuatkan anda merasa teruja untuk mentry treatment tersebut atau bagi penampar kat muka pompuan itu? Sila pilih jawapan anda :


a) Ye, saya konfem akan tampar dia.

b) Ye, saya akan tampar dia tapi untuk lebih happening saya ajak husband dan mak metua saya melempang bersama.

b) Penampar? Mungkin tidak. Adelah lebih bagus jika saya bagi backhand, lagi memberikan kesan mendalam terhadap objek itu.

c) Semua jawapan di atas.

Pilih..pilih.

Mendidih je aku pandang muka budak tu.
Aku dah 47 kilo pun ko nak suruh aku kuruskan badan lagi.
Aku tak gemuk la. (ayat penyedap jiwa)
Tetek saya yang besar. Sila salahkan tetek saya.

Stress aku cenggini okk.
Dari zaman skolah, sampai matrik, sampai skang pun collegue aku selalu tanya pesal tetek aku boleh jadik besar? Tetek aku yang bersalah, dia yang buatkan aku nampak gumok.
Dia yang bersalah. Tangkap dia!

Hoih, korang ingat bertetek besar itu suatu kebanggaan?
Berat bahu memikul tau.
Part nak pilih baju sungguh menerakakan sekali.
Nak pilih L, besar tang pinggang, nak pilih M, tak boleh butang kat dada pulak.
S toksah cerita la, masa berat aku 40 kilo je aku buleh pakai S, itu pun sengkak kat dada.

Ada sesaper jumpa kedai buat rawatan mengecikkan tetek?