2007-03-07

Mari tipu customer


----- Original Message -----

From : rahsia
To : secret

Cc : Diana
Sent: Monday, March 05, 2007 12:36 PM
Subject: RE: Dairei

Dear All

We will not accept a half functioning freezer. Better get a new one and send the damage one back
It will be much faster.

Dr. RC



Sket punya panjang email aku kat dia, seharian aku carik idea nak kasik bentuk ayat cun-cun biar dia tak temper, beginikah balasannya????
Kalau aku tau dia nak reply cinonet macam ni, baik aku hantar sms je.

Ni skang aper nak wat ni?
Lalu aku pun mengadu domba ke engineer.


----- Original Message -----

From : ********
To : Diana
Cc : *****, *******, #^%$#^$
Sent: Monday, March 05, 2007 11:13 PM
Subject: Re: Fw: Dairei


Kak Diana ,

Changing a new unit will take more time and extra costs. Have u informed them that we are exchanging the dented part ? Shall we keep this from them at this moment coz they surely insist for a complete new unit rather than changing the part . I have yet to receive the replacement cost... will rush them again.

Thanks


Aku sebenarnya dah bagitau dorang we are going to change the door instead of getting a new unit. Bodohnya aku.

Betul kata laki aku, aku ni tak layak berbisnes, sebab tak reti menipu.
Arwah pak metua aku bisnesman, dia siap bagi nasihat lagi, kalau boleh jangan la join bisnes, orang berbisnes ni susah nak jujur. Ye ke??

In a way betul la kot.
Aku ni payah sket nak kelentong customer lelebih.
Setakat kalau customer call 'Diana, boleh tak datang sini ajar camne nak guna bendalah ni?'.
Kot masa tu aku maleh, aku jawab 'Esok boleh? I tengah meeting'.
Padahal aku sedang enak mengangkang depan tv tengok ulangan Konsert Akademi Fantasia sambil kunyah kepok lekor.
Takat tu je la kalau aku nak tipu customer pun.

Agaknya sebab tu la tahun lepas aku tak banyak buat profit, sebab kalau ada barang damage je, aku mesti dengan senang hati nak replace.
Habis tu kalau dah sah-sah salah kita (bukan salah aku, salah tukang pack), takkan taknak mengaku? Dah salah tu mengaku je la. Susah sangat ke?

Dulu kalau time Awal Muharram, aku mesti berazam taknak menipu tahun ni dah.
Sejak aku involve dalam sales ni, rasa sia-sia je azam aku tu.
Seb baik aku niat 'saya berazam'.
Kalau aku niat 'saya bersumpah'...mampos kena makan dek sumpah.
Terus jadik tugu. Tugu gemuk dan itam.

Tapi masa aku skool dulu aku rasa aku terer gila menipu.
Time aku kat Maahad Hamidiah (aku penah jadik budak Maahad okkk. Tak caya?? Ye, aku pun tak percaya hantu macam aku boleh masuk sini), aku homesick.
So, aku selalu benar nangis je, padahal skolah tu kat Kajang je, sekangkang kera je ngan rumah aku. Senior dalam dorm tu nak pedajal aku agaknya, dia pi sorok glass aku.
Boleh tak kalau nak berjenaka ngan aku tu biar yang kelakar sikit?
Sorokkan spec aku sangat-sangat tak kelakar la.
Aku ni dah la rabun tahap semi-buta.
2 hari aku meraban-raban. Pergi skolah pun kena pimpin tangan orang.
Bukan la tak nampak lansung, melampau la kalau sampai tak nampak.
Kalau tak nampak sangat, dah lama aku apply masuk skolah buta. Rabun yang teruk jugak la.

Hari ketiga tu, aku jumpa balik spec aku.
Tapi disebabkan aku homesick and benci sangat nak dok situ, maka aku tipu semorang, aku tak jumpa lagi spek tu.
Aku ngadu kat parents aku, aku nak keluar sebab diorang semua ragging aku.
So, selang 2 hari, aku bebas dari kem tahanan kanak-kanak itu.
Penipuan berhasil. Jadi, aku hanya di Maahad Hamidiah selama seminggu saje. HOHOHO.

Kat skolah tu masa assembly, aku kena tahan ngan satu senior ni sebab tak pakai kain dalam.
Aku macam...kain dalam?
Aku tak tau pun kalau pakai baju kurung kena pakai kain dalam.
Dah la aku pakai pinafore masa skolah rendah. Kain dalam pekehey nya?
Kalau suar dalam tu memang aku tak penah miss pakai punya.

So, kakak tu kata "Naik dorm, pakai kain dalam".
Aku nak carik mana kain dalam ni? Aiseyman.
Last-last aku sarung kain batik.
Dah la nak ikat kain batik ni pun satu punya seksa.
Lipat sana, selit sini, lilit situ, jadikk la. Ok, siap. Turun.

"Tengok kain awak".

Senior tu selak kain aku.
Bila dia nampak aku pakai kain batik kat dalam, dia pandang muka aku, diam.

Apa pandang-pandang? Tak puas hati aku pakai kain batik? Aku tumbuk kang.

"Jarang lagi ke kak?" aku perli dia balik.

Dan hari itu, kain skolah aku la yang paling kembang ala-ala Cinderella, sebab kain batik aku kat dalam tu belum jahit tepi lagi, so memang panjang ya amat la.
Lilit lilit lilit, ada gak sampai 4 kali lilit kot. Mana tak kembang.

Tak paham aku.
Aku dah pakai tudung labuh gila, baju kurung pun diorang suruh buat labuh sampai bawah lutut, lagi nak suruh aku pakai kain dalam.
Saper yang nak selak kain aku ntah. Takde logika lansung.

Lepas kat Maahad ni aku masuk TKC pulak.
Tapi bukan terus masuk la, skolah dulu kat SMBBB tu.

Ohhhhhhh...di TKC laaaaaaaaaaaaaaagi banyak aku menipu segala cikgu cikgi sekalian.
Banyak betul aku buat hal. Maleh citer la. Citer basi.

Skang aku dah baik, hormat orang tua, beriman....lalalalalala.

Dah..dah..merepek dah ni.
Laki aku nak balik dah jap lagi. Nak mandi. Pastu nak pi makan kat mamak.

'Mamakkkkk, coke kurang manis satu!"