2007-03-20

6 weird things


Sorry Sumie, aku terlupa betul ko tag aku untuk 6 weird things ni.
La, 6 je? Ko tak tau ke aku ada 6 UNWEIRD things, yang the rest semua konfem weird. Tapi ko nak 6 je kan.
Jap aku pikir...

1. Suka cakap and gelak sorang-sorang
Ni memang penyakit tahap kronik extravaganza. Bukan aku sorang je yang perasan. Penyakit ni sampai mak bapak aku pun naik menyampah. Dari kecik lagi aku memang suka cakap and gelak sorang-sorang. Kalau aku dah start buat perangai ni, adik-adik aku mesti pandang aku dengan muka tertekan. Siapa yang kenal aku sure tau aku memang happy-go-lucky, suka bercakap and gelak. So, kalau takde member sekalipun aku masih mampu gelak and cakap sorang diri. Sebab tu dalam keadaan tertekan sekalipun insyaallah aku boleh atasi lagi. Ni semua hasil kurniaan penyakit istimewa. Percaya tak kalau aku cakap, kadang-kadang kalau aku tengah dok sebelah laki aku lam keta, memula senyap...pastu tetiba je aku gelak. Bukan sikit-sikit punya gelak, ni stok yang terbahak-bahak sampai kuar airmata punya. Tapi disebabkan aku dah tunjuk perangai cantik ni seblom kawen lagi, so kalau tetiba aku tergelak macam pompuan gila tu, dia dah malas nak tanya apa dah. Sukati la Di..
Ada satu time dulu aku tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Part gila kelakar, tapi aku nangis! Nangis sampai pi toilet hembus hingus dulu pastu sambung tengok tv. Sebab tu la aku malas nak pi tengok live show ke, teater ke. Tak pasal kang aku terbahak-bahak bila orang tu perform lagu slow number. Aku rasa penyakit ni ada kaitan dengan kuat berangan and imaginasi tinggi.

2. Susah nak marah orang.
Kalau kat blog aku nampak macam suka marah and maki orang kan? Sebenarnya kat dunia realiti aku tak macam tu. Kalau kat luar aku hanya suka carutkan orang dalam hati je. Aku hanya boleh marah gila babi kat orang yang aku sayang. Kalau aku sayang orang tu memang aku boleh tengking siap berlepak lepuk aku bagi. Tapi kalau orang tu jenis yang sedang-sedang saja (sila guna suara sengau Iwan), kalau aku bengang macam mana pun, aku takkan tunjuk. Aku akan buat dekkkkk je. Secara otomatik aku akan set kepala otak aku orang yang buat aku bengang tu ada mental disorder, so that aku boleh teruskan buat keje macam biasa tanpa rasa sakit hati.

3. Pantang orang bawak keta laju.Ok ni memang series aku bagi warning, barang siapa yang mempelawa aku naik sekereta dengannya, jika anda bawak laju lebih dari 100km/h pastu siap cilok-cilok and brek mengejut, haruslah anda prepare apa-apa padding letak la kat pehan ke, kat perut ke, kat lengan ke. Sebab aku pasti anda tidak akan terlepas dari kena pelempang and tumbukan aku. Salah sorang yang tak terlepas dari tamparan wanita ini adelah laki aku. Sebab dia ni racer. Kawan-kawan Jepun dia dulu bagitau dia ni jenis berani mati punya driver. Kalau dia bawak keta, memang aku tabik. Laju memang laju. Cekap alhamdulillah, setakat ni memang cekap. Tapi tolong turunkan aku dulu boleh? Aku ni banyak dosa, blom rasa nak mati lagi. Sebab tu kalau balik Tganu, konfem aku bergaduh dalam keta. Aku bengang dia bawak laju, dia pulak bengang aku selalu tampar peha and lengan dia. Ada sesaper nak ambik berkat penampar aku?

4. Suka betulkan tali bra kat public.Yang ni aku rasa kawan-kawan U aku memang amat laaaaaa paham trademark yang satu ni. Tak tau pesal, maybe sebab aku jenis yang terlampau selamba and tak penah kisah ada orang pandang aku ke, apa ke, sebab aku rasa macam takde siapa pun nak pandang aku pun, so sukati la aku nak betulkan tali bra ke, tali g-string ke. Tapi aku takle buat depan-depan orang yang baru aku jumpa. Kalau orang tu memang tahap cemolot punya member, memang aku tak segan silu nak betulkan tali bra depan dia regardless dia laki or pompuan. Takde de aku nak 'excuse me, may i go to the toilet to betulkan tali bra?' Kem salammmmmmmmmmmmm. Kengkadang tak cukup ngan betulkan tali je, siap adjust kedudukan payudara lagi. Macam sial je kan? Tapi itula aku, sorry la beb, aku memang tak reti nak pretend. I just wanna be me. Jangan salah sangka okkkk, aku betulkan tali bra dan kedudukannya isinya sekali dengan keadaan masih berbaju lengkap! Ko ingat aku nak telanjang depan dorang sambil selamba tapir betulkan bra? Apa ko nak mamposssssssss???

5. Tak pakai face cleanser.Macam menipu je bunyiknya kan? Tapi kalau tengok muka aku sure orang kata 'patutla muka ko camni..tak pakai cleanser rupanya'. Ngahngahngahngah.
Aku rasa boleh kira ngan jari berapa kali aku beli face cleanser dari start umur aku 18 tahun. Aku slalu pakai sabun mandi je. Ikutla, kalau LUX, aku bantai LUX, skang aku pakai DOVE, itu jugak la cleanser aku. Bedal je, janji bersabun. Boleh? Pastu aku memang liat nak guna krim kaki la, krim tangan la bagai. Malassssssss. Kalau geledah handbag aku, korang tak jumpa apa pun. Tak caya tanya Ann. Dia sendiri terperanjat tengok beg aku besar je lebih tapi kat dalam ada purse (ni harus ada la), lipstik seketul, compact powder, tisu 2 paket, pad and panties (emergency), pantyliner, buku zikir and tahlil, HP, sample DNA extraction kit (memang aku akan bawak ke mana-mana), namecard, ubat resdung, jamu, bam gamat. Entah hape-hape. Perfume, eyeshadow, blusher and bla bla bla mintak mahap, aku simpan kat umah je. Kalau lepas solat kat opis tu aku tepek bedak je pastu lipstik abis citer. Tak kosser aku nak pakai eyeshadow balik.

6. Tak boleh bau coffee.Sorry ye, aku takkan menerima sebarang jemputan Starbuck ke, Coffee Bean ke, anything yang ada bau coffee. Sendawa kopi pun aku tak boleh bau. Hari anda bermula dengan Nescafe? Try la...hari anda akan bermula dengan penerajang kalau minum Nescafe depan aku. Bos aku kalau panggil aku masuk bilik, dia akan cuci mug coffee dia dulu. So siapa yang bos skang? ngohngehngohngeh. Milo and hot choc pun aku takleh bau. Seriess...aku akan muntah punya. Don't try me, uhh. Sebab tu kalau kat opis diorang buat besday bash beli choc cake or offer cokelat ke, aku tak kecik ati kalau diorang terlupa nak jemput aku sekali. Nak berada dalam lingkungan bau cokelat and coffe pun aku tak nak. Aku minum teh je. Kat umah aku pun aku readykan teh saje. Jangan nak berangan mintak aku buatkan kopi ke, nescafe ke, sadaappppppp you! Jadi, andaikata kita berlepak-lepak suatu hari nanti, korang minum la dulu kopi kat umah buat pelepas gian.