<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/\46vt\75-754337643106987092', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

MY ONLINE BIZ

CLICK HERE

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS
Bali...the journey and story
February 07, 2007



The View


Ala, takde benda sebenarnya nak tulis sebab aku tau bukan aku sorang je yang dah jejak Bali. Setakat Bali ramai dah sampai kan? Kang aku cerita lelebih orang kata aku macam jakun masuk bandar pulak. Tapi memang aku jakun pun kat Bali. Semua kedai aku nak masuk. Seb baik iman aku masih lagi teguh. Habis RM1000. Itu cara-cara iman teguh. Kalau tak teguh, lama dah aku heret hubby aku ke money changer.

For us yang kuat shopping barang-barang rumah, RM1000 yang diallocatedkan hanya utk shopping memang tak cukup!! Itupun dah bargain like hell.

On the day sampai Bali, masuk je bilik, letak-letak barang, tak tunggu dah. Macam takde besok, terus gi round Kuta town. Tapi memang suprised gila la masuk Bali. Jalan dia punyalah bapak sempit. Muat-muat satu keta je. Tapi respect ngan orang sana, jalan yang hanya muat2 untuk sebijik keta boleh masuk 2 bijik lori pikap. Rasa macam nak buat standing ovation kat dorang. So, kepada sesaper yang nak master in driving, korang kena terror bawak keta kat KL yang penuh dengan reckless drivers and always jammed pack AND kena terror bawak keta kat jalan sempit cam Bali. Kalau lepas 2 ujian nih, sah memang pemandu yang bertauliah.

Kedai pulak bersambung satu dengan lain sepanjang-panjang yang ada. Takde gap in between. Kedai yang opposite pun dalam jarak 3 langkah je. Tapi langkah kangkang besar-besar la. We all ronda-ronda pun jalan kaki je. Dek kerana terkesima ngan barang-barang yang murah-murah, sampai tak sedar makan kilometer jugak la kitorang menapak. Kalau dah masuk bab shopping ni, jalan 10km pun oraittt. Pulak tu main tunjuk je, uwangnya suami bisa dahulukannnn.



Barang pertama aku rembat ialah hat. Itupun sebab panas nak mampos kat sana. Dah la aku ni ton warnanya lain dari orang lain, kena pulak panas terik, mau jadik mama kotai. Harga hat tu Rp150,000. Perghh..main ribu-juta je. Tak la mahal sgt, dalam RM60. Kait pulak tu. Sepadan la harga. Tapi sebab hubby aku ni memang terror part bargain, selamba badak je dia letak harga Rp30,000.

Hubby : Ni berapa? (sambil tunjuk hat aku)

Cewek : Rp150,00 aja.

Hubby : Ha?? Takpela, saya carik kedai lain.

Cewek : Eh, boleh nawar (sambil tarik tangan aku)

Hubby : Berapa?

Cewek : Rp100,000.

Hubby : Tak mau la. Saya pegi tengok kedai lain dulu.

Cewek : Eh, nanti dulu dong.
(sambil tarik tangan laki aku. Berani kau ye??)
Maunya berapa? Ayuh, dibilang.

Hubby : Rp30,000. (laki aku ni pun satu. Nak tawar pun berpada-pada la)

Cewek : Rp70,000 sudah. Ambil aja.

Hubby : Takmau, takmau.

Cewek : Rp50,000.

Hubby : Macam ni la, saya letak harga Rp30,000. Kalau taknak, saya pegi kedai lain. (Acehhh...macam barang tu ko pulak yang jual. Suka-suka nak letak harga. Ni siapa tukang jual nih?)

Cewek : Ya, boleh. Ambil saja. Kasik gud luck sama saya.


Camtu la everytime hubby aku tawar barang. Dia pulak yang letak harga. Aku pun konfius.

And baru aku tau kat sana, once kita dah masuk pegang barang-barang yang display kat kedai tu, dah tawar-tawar harga, no matter what and how, dorang akan try untuk jual jugak kat kita sebab kepercayaan dorang, once customer dah tawar harga, dah pegang barang tapi tak jadik beli, the whole day bisnes tak jalan. Once kita dah beli, dah kira macam gud luck kat bisnes diorang. That's why mana-mana kedai aku masuk, ayat common 'Belila..wish me luck'.

Ada satu kedai tu we all beli nak cecah juta-juta-juta jugak la, duit kitorang bayar tu, siap dia tepuk-tepuk kat barang-barang yang dia display kat kedai tu. Hubby aku tanya buat apa tepuk?

'Bring gud luck sama bisnes'.

Food. Ni satu hal. Dah la bawak Mak Aji ngan Pak Aji. Bapak aku ni part halal-haram memang sensitif banyak. Aku sensitif gak, tapi sket je. Jahil katakan. Dah la anjing bersepah-sepah cam kucing. So nak mengelakkan anjing merayap bawah meja makan, we all decided makan kat restaurant yang agak ekslusif la biar pet takleh masuk. Hubby aku kata better makan seafood je to be on the safe side. Belek punya belek menu, ada la shrimp, squid, tapi kat bawah squid tu dia tulis 'Babi kecap'.

Uiksssss????

Mak aku muka dah semacam je. Aku semacam gak, tapi kontrol lagi. Sebab aku tengok muka hubby aku selamba je. Ye la, orang blajo oversea, dah biasa kot nampak benda-benda camni. Parents aku taknak makan, dorang kata nak makan maggi je dalam bilik nanti. Apa klas datang Bali nak makan maggi? Baik melancong kat Warta Bangi je.

Aku memula kembang tekak gak, ye la terpikir dia ni masak squid aku kat kuali yang sama goreng bendalah tu ke? So, hubby aku cakap, kalau chicken, beef and all tu takyah la makan sebab kita was-was the process of preparation. So, makan seafood je. Tapi kalau kita nak pikir lebih-lebih pasal cooking utensil and all, harus kebuluran kat situ. Toksah pikir sangat. Makan aje laaaaa. Dan aku pun...Bismillah.

Asal masuk kedai makan je hubby aku tanya halal tak? Kalau orang tu kata halal, dia tanya lagi 'Chicken macam mana you potong?'. Hek eleehh laki aku ni. Lebih-lebih pulak intebiu orang. Kena penumbuk sebijik baru ko tau. Mana la orang tu tau kosep halal-haram.



Dah penat jalan-jalan, petang tu balik hotel dengan naik keta kuda. Dah la aku pakai long skirt kembang-kembang lagi, pakai hat ada bunga lagi, naik keta kuda lak tu. Terasa cam heroin Sense and Sensibility pulak. Kuda tu sebenarnya boleh naik 2 orang dewasa. Kitorang belasah 4 orang dewasa and sorang budak kecik berat 17 kilo. Aku ngan mak aku dok belakang sekali pulak tu. Time naik bukit, lagi 5 inci je kaki aku jejak jalan raya. Kalau keta kuda tu boleh buat willy, aku ngan Mak Aji harus tertangkup atas jalan.

Kuda tu bawak kitorang tengok beach. Mencuci mata betul hubby aku. Omputih-omputih selamba bodow jalan bogel pakai g-string je. Topless. Ko ingat ko tu invisible woman ke dol? Tetek kalau steady takpe, ini tak. Tetek ngan perut sama je, terbuai-buai. Gi carik firming breast cream la.








Get ready tourist guide nak fetch

The next day, Saturday morning dah get ready nak tour ke Kintamani. Tapi before that, kitorang tengok Barongan Traditional Dance dulu. Terdiam kejap Redza tengok Barongan. Ye la, pakai topeng-topeng ganas ni. Scary a lil bit, tapi fun.









At the show




Kintamani, lunch

Kat Kintamani ni ada Gunung Batur Volcano and tasik. Still active lagi gunung ni. Sometimes kuar asap. Tapi masa kitorang sampai atas tu, baru lepas hujan, so berkabus, nampak sket la puncak dia. Cun. Tapi dalam gambar tak clear. Dah la kamera HP aku dasar murahan, blur. So tak nampak view gunung. Nampak muka laki aku je.





Yang Redza pegang tu semua pensel. Gila murah. Kualitinya pun murahan sekali. Sekali jatuh, konfem patah.


On the way nak pi Kintamani ni lalu Ubud and Tegallalang. Dua tempat ni heaven beb. Hubby aku habis ratus-ratus RM kat dua tempat ni je. Beli baju, souvenirs, bekas-bekas kayu, paintings. Ini la sebenarnya target hubby aku. Memang dia suka elemen-elemen kayu ni, so Bali is the right place to shop la. Aku pulak jenis tak kisah sgt, janji jalan. Time jalan-jalan ni, nampak la deret-deret kedai jual wood carvings, kerusi meja bagai. Ada satu sofa tu SEBIJIK pakai material sofa aku - JUT. Kitorang siap tempah kat Rattan Decor, makan ribu-ribu. Kat Bali, JUT main display bawah pokok tepi jalan je. Cibai.






Laki aku tengah 'mengerjakan' cewek-cewek indon ni

Korang kalau nak beli resort style stuff, gi direct ke Bali la. Kalau dah sampai sini, masuk pulak kedai dinding keliling kaca, tak dapekkkkkkk ratus-ratus. Rugi je. Rugi cam kitorang. Dengar ni aku bagi nasihat. Jangan cebik-cebik!




Kat Ubud kitorang mintak bawak ke padi teres (huma). Ya Allah, cantek gila padi teres diorang. Camne diorang tarah bukit tu pun aku tak tau. Memang lawa. Masa we all turun jap nak snap gambar kat padi teres ni, bukak je pintu van, segerombolan datang 'Belilah, Rp10,000 aja', 'Belila, Rp5000 aja, belila, saya belum ada jualan ini hari'.
Kesian. Tapi disebabkan aku hari-hari kena tipu ngan bibik, sorry!! Aku takkan terpedaya!! Ketepi. Ketepi. Gergasi sudah kembali..

Ko bayangkan, Rp10,000 untuk 6 helai TShirt! Selai dalam RM4. Itupun aku rasa dorang still ada untung lagi. Kesian pulak aku tengok. Tapi kalau aku beli kat sorang, yang sorang lagi apa cerita. Dah la serbu sekali seploh orang. Takkan aku nak beli kat sorang je. So, takyah beli. Beli kat kedai je.
 





Pastu tengok Pura (temple). Majoriti Hindu katakan, so temple banyak la. Tapi tak masuk tempat sembayang dorang, sebab aku membukak aurat. So, kalau nak masuk kena pakai sarong. Takpela, thank you. Best jugak dengar lagenda kat every Pura ni. Satu aku kagum kat Bali ni, diorang semuanya berseni. Kreatif. Tembok rumah takde yang plain, semua berseni, mesti ada ukir2, kalau yg kaya-raya tu akan letak all these patung-patung and ukiran Barong, Sita, Rama and all kat tembok depan rumah.

And tak tau la apa sebabnya, diorang ni betul-betul gunakan tenaga manusia. Kat hotel room, tak disediakan thermos untuk air panas. Kalau nak hot water, sila dial room service, dorang akan masakkan air and hantar sendiri ke bilik. Nak air sejuk pun macam tu gak. Semua diorang buatkan. Takyah susah-susah.

Lagi satu, agaknya sebab Bali ni industri dia cuma tourism, so penduduk dia at least tau satu 3rd language. Terkujat laki aku tengok cewek-cewek kat tepi jalan tu speak Japanese fluently! Yang cakap French, Korean, bla bla bla. Aku kat TKC dulu ambik French paper objektif ada option A,B ngan C je pun boleh fail. Dasar bengap.







On the way back, kitorang mintak van bawakkan ke restaurant Nasi Padang. Barula semporna perut aku jumpa makanan halal. KUSERU semorang gi carik Nasi Padang kat sana. Best! Aku kalau makan nasik padang ni lauk yang aku carik dulu is daging dendeng. Perghhhhhhhh! Tiba-tiba rasa cam lupa daratan tak reti nak makan nasik Malaysia.


Entrance Adi Dharma

Sunday, belah pagi tu free. So, shopping lagi dan lagi dan lagi. Masa ni we all tour ke Jalan Legian, ambik gambar depan monumen bekas bom kat Bali last time. Tapak disco yang kena bom tu memang sengaja dorang kosongkan. Kesian pulak aku tengok list-list nama kat situ. Balinese cuma 35 orang je. Itupun aku rasa peniaga-peniaga kat kedai-kedai sebelah. The rest were foreigners.



Monumen bom Bali



Tourist guide tu kata kat Indon ni tempat paling aman is Bali. Aku rasa memang betul. Tak takut la kalau datang sini. Orang-orang dia tak kasar yg macam kita sangka. Masa kitorang lalu depan tukang sapu sampah tepi jalan tu pun dia greet kitorang 'Selamat Sore, Bu'.
Peramah gila!!
And lembut je Balinese ni.
Tiba-tiba dari menaip sambil mengangkang, terus aku bersimpuh atas kerusi. Cas ayu la pulak.

Petang tu lepas Asar kitorang gi Uluwatu pulak. Cakap pasal Asar, masa baru-baru sampai aku tanya front manager kat Adi Dharma Hotel tu 'waktu Asar di sini jam berapa?'
'Waktu apa itu Ibu?'
Oh..lupa rupanya kat sini mostly Hindu. Amacam aku bleh lupa?
Mak aku lagik best. Kat dalam flight lagi dah plan 'Mama ingat nak carik telekung cantik-cantik kat Bali nanti'. Telekung apa nya Mak Aji? Pachmina ade la.

Kat Uluwatu tengok Kechak dance. Nak tengok dance tu kena masuk Pura. So, semua kena lilit tali kaler kuning kat pinggang. For those yang pakai macam tak cukup kain, kena pakai sarong kaler purple. Hambik kau! Dah tau nak masuk temple, lagi nak pakai seksi. Tak tau adab. Cehh!






Kechak dance ni pulak ceritakan tentang mitos Rama and Sita. Sedih pulak aku tengok show ni. Mitos dia best. Kechak tu actually bunyik 'kecak..kecak..cak..cak..' from a grup of lelaki yang jadik background music of the show. Kalau macam Barongan pakai music pengiring, Kechak dance ni pakai suara orang je. Head banging jugak la aku tengok Kechak ni. Jadik la, nak masuk Hard Rock takut kena bom pulak.





Semua lelaki ni pakai bunga kat telinga. Aku rasa ada sangkut-paut ngan keagamaan la sebab Pak Made tourist guide aku tu pun pakai kudup bunga melur kat telinga. Uluwatu ni kawasan bukit berpantai. So, show started everyday at 6pm. Dalam sejam camtu. So, sambil tengok show, sambil tengok sunset sekali. Tapi since aku guna kamera HP, so tak berapa nak sunset gambar dia. HP 'mahal' memang camtu. Cam hampeh!! (model HP adelah rahsia sebab terlampau mahal).




Lepas show gi seafood dinner tepi pantai. Sepatutnya gi makan kat Jimbaran. Orang kata Jimbaran is a place where you can find good seafood. Dekat fishing village, so you can expect sumthing fresh for dinner la kan? Yummmmmmmm!! Tapi sebab Jimbaran sedang direnovasi bak kata Pak Made, so we settled kat Teluk Benoa, a fishing village yang offer good seafood jugak. Malas citer la kan, tapi kalau dah nama makan fresh seafood segala kerapu, sotong, kepah, udang besar-besar penumbuk Redza, makan sambil kaki pijak pasir pantai, candle lite dinner, angin malam bak bayu berhembus, siap serve air kelapa, semua kena pakai bunga kat telinga, dengan bapak aku sekali kena pakai bunga, ada pulak cowok-cowok ganteng offer nak nyanyikan lagu, itu namanya nikmat dunia ok?

Brader yang nyanyi tu pulak sore sipi-sipi Airell Peterpan. Muka je tak berapa nak sipi. Sesuai nyanyi kat radio je. Memula nyanyi lagu Jujur Radja. Pastu dia tanya nak request lagu tak? Aku request Tercipta Untukku Ungu, cord blom khatam la pulak. Takpe. Aku suruh nyanyi Sedang Ingin Bercinta Dewa, Inul pulak takde. Hampas. Pandai buat lawak la pulak brader ni. Last-last aku kata sukati la. Dia belasah lagu Pencinta Wanita. Layaannn.

On the way back van tu bawak kitorang jalan tengok Nusa Dua. Kat sini hotel-hotel taraf 6 bintang. Dulu ada convention apa ntah kat Bali, all president lepak sini. Hotel dia aku cakap ko....taraf-taraf Palace of the Golden Horses! Berderet-deret sepanjang jalan. Pak Made kata harga dia sama macam hotel 3-4 bintang cuma food dia je yang mahal. And tempat ni sesuai untuk orang yang datang Bali tapi nak duduk bilik saja sebab tempat shopping kurang kat area sini. Kalau datang nak shopping and sightseeing, baik dok hotel 3 bintang je. So, kalau nak pi hanimoon tu, dok la Nusa Dua. Kalau nak perabihkan duit laki, mari kita dok kat Kuta. Shopping!!!!!!!!!


Aku tengah beurut..spa la kengkononnn


Esoknya, bangun pun lambat sket sebab dah abis tak pi mana dah, tunggu nak balik je. Lagi few hours nak balik, mak aku boleh sempat gi money changer nak shopping lagi tu. Pastu tumpang beg aku.
Pastu sampai airport duit Rp dah takde nak bayar airport tax.
Pastu laki aku yang bayarkan.
Pastu kat flight nasik lemak habis. Sandwich pun habis. Yang ada Maggi.
Sorry saya tak makan Maggi. Mawi Slurpp ada?




Hoih! 3 hrs flight tu, and ko nak expect people makan maggi harga 5 hengget?? Aku tau la kat atas tu takde restoran, takyah la letak harga maggi sampai cekik darah. Dah tau perjalanan jauh, readykan la nasik lemak tu banyak-banyak. Tambang murah sudah la, jangan la sampai food pun ko nak offer yang murahan punya. So, semalam aku memang penat gila. Sampai demam. Suara aku sampai skang sengau-sengau lagi.
 



posted by green apple @ 12:51 PM  
Newer›  ‹Older

FACEBOOK
GREEN APPLE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
PREVIOUS POST
Archives
JALAN-JALAN
I READ
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER