<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=32934260&amp;blogName=walk+on+wings,+tread+in+air&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/&amp;vt=-754337643106987092" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

walk on wings, tread in air


I WARN
This is my blog. If you don't like the contents, kindly leave this page coz I do not welcome any immature comments. Have a nice day!
COUNTER

ROYAL VEGAS Online Casino Casino Reviews Online Poker Sites Free counters

CLOTHING AND ACCESSORIES
Createyour own banner at mybannermaker.com!

My.BOS

Create your own banner at mybannermaker.com!

 http://zianawanita.blogspot.com

create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!
FOOD AND HEALTH
OTHERS

Photobucket
Pedulikkan orang nak kata apa.
February 03, 2012
From: Buxom Tales
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Monday, January 16, 2012 2:29 AM
Subject: kak di, boleh post pendapat akak tentang soalan saya emel ni?

salam.

kak di, saya Nor. silent reader blog akak ^_^ . minat baca blog akak lepas terbaca post2 lama - baru tau akak pernah belajar kt ukm gak. ehehehe.

hmm.. saya baru lepas baca komen2 di wall tertentu tentang isu kereta murah, kereta mahal. kereta tempatan, kereta import tu semua. hmm..saya teringat pulak post akak - keperluan dan keinginan tu lain (24/10/2011).

saya pun tak pasti nak bagitau sebab utama saya emel kak di. cuma saya terfikir isu antara kereta dan rumah ni. lebih kurang sama je. antara keperluan dan keinginan.
kalau akak tak keberatan, boleh post kan tentang topik ni berdasarkan pengalaman + pengetahuan + pemerhatian akak ke.

terima kasih kak di. maaf mengganggu. semoga sukses selalu. =)


Masa aku buat entry Nuffnang pasal Exora tu pun ada yang komen pasal kereta tempatan tapi mana yang agak harsh tu aku tak publish la sebab macam melampau sangat komen tu, kot la yang baca entry aku tu ada yang pakai Exora, kecik ati dorang.

Kereta pertama aku Kancil, Mak Aji hadiahkan sempena habis 1st degree.
Mak Aji beli tahun 1999, aku guna kereta tu sampai tahun 2004. Actually aku start guna tahun 2003 sebab tahun 2003 baru aku ada lesen. Sebelum-sebelum tu Ima and En Wan yang dok melenjan kereta aku. Aku passenger je.

Masa mula-mula aku nak bawak balik Kancil balik Tganu (time ni En Wan balik bercuti untuk bertunang, so kereta dia of cos still kat Jepun lagi), semorang macam pelik like 'Boleh ke Kancil ni sampai Trengganu? Kat Karak tu gila tinggi bukit'.
Aku pun dulu macam terpengaruh jugak la bila orang perlekeh-lekehkan Kancil. Sebab aku mana pernah ada kereta sendiri, tu je la pun first time ada kereta. Tu pun bukan aku yang bawak. So aku tak dapat rasa sendiri kebolehan Kancil tu.

Masa mendaki Karak tu ok je.
Cuma takde la laju kan. CC pun kecik.

Tapi Kancil tu power tak power bleh sampai ke puncak Genting!
Gila kagum aku.
Cuma slow gila babi la.
Lantakla, selow melow.
Janji sampai.

Masa tu pakai Kancil, aku takde rasa malu or segan pun bawak Kancil.
Sampaikan aku dah tittle Senior Exec pun, aku still dengan konfidennya bawak Kancil siap parking sebelah kereta bos lagi. Masa tu aku tengok alahai halusnya kereta aku nak bandingkan dengan Camry. Kalau tersagatla Kancil aku ni, dengan aku-aku sekali terbalik.

Masa tu, budak-budak bawah aku pun bawak keta lagi gempak dari aku okk.
Tapi aku relaks je.
Aku macam rasa kereta aku ni ok whatttttt.
Kiut, kecik, senang parking, nak basuh pun cepat habis, minyak save, cuma murah je la. Ala, kau beli kereta mahal-mahal pun bukan kau bayar cash. Jangan nak kerek ok?
Hahahahah.

Dengan Kancil tu la aku outstation dari hujung ke hujung Malaysia.
Ok je.
Takde pun enjin aku tertanggal ke apa.
Orang lain bawak sampai 120, aku pun bawak gak sampai 120.
Cuma bezanya stereng Kancil aku bergegar macam nak tercabut je la.

Bila bos aku serahkan surat naik level Manager, dia hulur surat tu kat aku sambil cakap 'Get a new car'.
Gamaknya bos aku pun kesian aku merempit guna Kancil.

Tahun 2004, aku beli aveo.
Still kereta kecik jugak.
Aku nak beli Jazz, tapi masa tu En Wan pun pakai Honda, so dia suruh aku pakai Chevvy sebab time tu Chevvy Aveo kaler green apple tu pun tengah hot. Jadi, aku pun beli.

Kalau nak bandingkan Aveo dengan Kancil, aku lagi suka Kancil.
Sebab Aveo ni kuat pakai minyak.
Untuk orang yang selalu outstation and keluar jumpa customer, pakai Aveo sangatlah rugi dan jugak bodoh. Memang la ada claim petrol, tapi kalau buat sales kat local (KL and Selangor) kebanyakkan company bagi limit, maybe RM600 sebulan. Kalau kau pergi outstation je claim pakai resit. Sebulan minyak takat RM600????? Pakai Kancil boleh la. Pakai Aveo sesak nafas okkk.

Audio system Aveo sangat aku tak berkenan. Buruk gila. Maybe takde la buruk sangat tapi sebab aku men-compare-kan dengan Honda En Wan time tu, so ternyata buruknya radio aku. Pastu aku tukar radio dengan Kenwood Prelude En Wan - HERE

Boot Aveo lagiiiiii la hampas.
Kecik gila!
Takde beza dengan Kancil aku.
Kalau aku masukkan stroller Redza time tu, that's it. Done.
Beg-beg lain silakan letak celah kangkang.

Masa tu aku dissatisfied gila dengan Aveo.
Tapi sebab En Wan punya pandai pilihkan Aveo untuk aku, in fact dia yang pergi pilih, dia yang test drive, semua dia. Aku just sign paper je.
Masa tu aku rasa sangat tak perlu aku tukar kereta sebab aku memang jenis tak kisah lansung pasal kereta. Bukan takde kereta lain. Aku pakai Kancil, En Wan pakai Civic RX2. Cukuplah kan? Nak buat apa tukar kereta dah. Lagipun Kancil tu adelah hadiah Mak Aji, satu sen aku tak bayar bulan-bulan. Pastu now kau suruh aku tukar kereta menyusahkan aku buat hutang.

Bila aku pakai Aveo memula rasa la best.
Ye la, dari kereta Malaysia bertukar ke kereta oversea.
Mindset tu pun memang dah kata kereta Malaysia cikai, kereta oversea ni semuanya best.
Lama-lama pakai aku rasa macam takde beza sangat la Aveo dengan Kancil.
Cuma body je cantik.
Tu je.
Dah la time aku beli tu Aveo harga dia RM82K.
Macam kesiyal je rasa.

Pendapat aku la, kereta nasional and kereta buatan luar negara ni memang ada beza.
Tapi selalunya manusia ni hanya menzahirkan perbezaan tu pada benda yang nampak di mata.
Like kereta nasional buruk. Kereta oversea cantik.
Kereta nasional murah. Kereta oversea mahal.
Kereta nasional body macam tin milo.
Bla bla bla...

Itu yang kita nampak.

Yang kita tak nampak?

Kancil kalau berlanggar dengan Honda Cup 70 memang Kancil kemik seribu.
Tapi nak ketuk balik body Kancil yang kemik seribu tu rasanya lebih murah dari ketuk body BMW yang tepeleot sikit je kat depan.

Masa En Wan pakai Prelude, kitorang pernah accident kat Maran.
Masa tu berdua je, belum ada anak.
Prelude dia tersodok belakang kereta Saga.
Tau apa jadi??
Berlipat bonet Prelude, boot Saga tu kemik sikit je.
Tapi kalau kitorang baham Saga tu dari tepi, insyallah Saga tu yang berlipat pulak.
Tapi apa yang dah terjadi sekarang adelah kereta aku yang berlipat, so?
Bila hantar kat workshop, hambik kau.
Nak ketuk bonet depan je gugur sehelai-sehelai bulu kote.
Nak sangat pakai kereta mahal kan?
Kereta mahal memang la selesa, cantik, sedap pakai.
Tapi nak merepair, nak men-service pun agak "sedap" jugak la.

So jangan risau la orang nak kata apa pun pasal kereta kita.
Murah ke, mahal ke, yang penting kita tak sesak dan tak susah menjaga and membayornya.
Apa yang mampu, kita beli.
Tak mampu, buat cara tak mampu.
Ada rezeki lebih sok, beli kereta lagi best.
Habis cerita.


p/s : Shawl sangkut kat Hong Kong. Sebab DHL Hong Kong baru start keje 2 Feb (semalam)
posted by green apple @ 9:25 AM  
Amukan
February 01, 2012
Hari ni for the first time dalam sejarah hidup Redza kena belasah dengan aku pakai hanger lagi!

Puncanya, dah pukul 8 malam dia tak balik-balik rumah lagi. Selama ni dia memang jarang keluar rumah sebab dia ni penakut. Kalau bibik tak teman pegi playground memang sampai bila-bila la dia tak pergi.

Today, dia keluar dengan kawan.
Masa dia mintak permission tu, pukul 630pm. Aku ada dalam bilik. Aku tanya nak pegi mana, pegi dengan sapa. Dia kata nak pegi taman dengan kawan. Kebetulan kawan dia dah datang rumah aku pun tak sampai hati, aku bagi. Tapi aku cakap BEFORE 7pm kena balik. Dia angguk.

Lepas dinner kul 645pm, aku naik bilik. Elok je aku selesai solat, masa tu dah pukul 750pm, mak mertua aku ketuk pintu bilik bagitau Redza tak balik-balik. Meloncat la aku kan.
Bengang dengan Redza tu satu hal.
Yang orang-orang kat bawah ni pun dah pukul 750pm, dah gelap, baru nak bagitau aku Redza tak balik. Aku ni pulak boleh tak teringat Redza. Sebab selama ni dia memang sentiasa ada kat rumah, so aku tak teringat lansung dia keluar tadi.

Aku call En Wan bagitau pasal Redza ni, sambil-sambil tu aku capai hanger, terus tunggu DEPAN PINTU GATE.

Kejap pastu Redza sampai selamba dengan muka mintak penampar, sorong basikal. Aku bukak gate terus zap zap zap zappp hanger kat lengan. Surprise la jugak dia tak nangis. Tapi muka dia terkejut gila. Agaknya dia pun tak percaya aku belasah dia.

Kau tak pernah tengok mak kau naik hantu kan?? Ha, ni sini aku nak tunjuk kat kau mak kau lagi ngeri dari hantu. Memang amukan gila babi aku kay porch tadi. Sampai mak mertua aku lari masuk dalam gamaknya dia pun ngeri tengok menantu dia naik sheh. Ni baru real punya menantu hantu.

En Wan masa tu baru samai dari opis, meloncat dia keluar dari kereta tengok bini dia belasah anak kat porch guna hanger. Berhantu betul aku tadi.

Aku memang pantang betul kalau aku cakap orang tak dengar. Kau ingat aku pesan kau balik before 7malam tu aku nyanyi-nyanyi kat telinga kau eh?
Kalau aku cakap BEFORE, must be before. Otherwise kau tengok apa aku boleh buat.

Bibik aku siap suruh aku istighfar segala. Aku rasa aku memang amukan macam nak rak la kot tadi sampai semorang senyap je ni tak bercakap-cakap dengan aku. Lantak.

Aku tanya :


Aku : Tadi pergi mana??

Redza : Rumah kawan.

Aku : Kata tadi nak pergi padang, apesal kau boleh ada kat rumah orang?? (tangan standby nak belasah)

Redza : Redza berehat.


Kau tak hanginnnnnnn????
Dia boleh cakap dia nak berehat!!!????
Memang sengaja mintak aku bagi lagi sedas la kan.

ZAPPPPPPPPPPPPPP!
Satu kali lagi aku bagi.

Aku sound Redza kau jangan keluar-keluar rumah seminggu. Kau balik after 7pm pasni, aku campak toto kat depan kau jangan masuk-masuk. Kau nak duduk luar sangat kan??

Tapi aku tak paham la anak lelaki ni.
Anak lelaki orang aku tak tau la. Tapi anak aku ni dah kena belasah kaw-kaw pun tadi, now dia boleh tanya aku 'Ma, pinjam iPAD boleh?'

Steady je kan?
Tadi baru kau kena belasah dengan aku, pastu now dengan takde efeknya kau boleh nak main lagi.

Kalau aku dulu kena belasah dengan Mak Aji, nak mintak makan nasik pun takut. Sanggup aku berlapar sampai besok. Yang kau, boleh pulak sambung main game kat iPAD eh?

Perlahan ke aku belasah tadi?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by green apple @ 8:53 PM  
Iklan free!
Dah berzaman iklan-iklan ni, now baru ada masa nak kelebet satu-satu.
Sorry kalau korang terpaksa lama tunggu.


Iklan 1

From: sya min
To: "aveo757@yahoo.com"
Sent: Tuesday, January 10, 2012 12:20 PM
Subject: Minta laluan iklan

Assalamualaikum Kak Di.

Kak Di, boleh tak nak minta akak iklankan baby cot saya nih. Saya nak jual. Budget boleh jual awal dapatlah tukar dengan gadjet baru untuk baby. Baby cot nih dibeli 7 bulan lepas tapi just +- sebulan je guna itu pun time berpantang.

Reason nak jual:

i) x muat di sumbat di dalam bilik
ii) elak tersadai tanpa guna yang akhirnya boleh jadi barang buruk
iii) sangat sayang sebab masih baru! tapi terpaksa.

Baby cot nih jual termasuk dengan:-

1- cot
2- tilam coconut fiber
3- bedding a.k.a bumper
4- bedsheet

Harga yang saya tawarkan RM450. Saya tinggal di sekitar lembah klang makanya untuk kawasan lembah klang saya boleh datang hantar sendiri.

Best Regards;
AISHAH YAHAYA (
careno_cardozas@yahoo.com)


Iklan 2



 From: Nieta Nozie
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tuesday, January 10, 2012 2:11 PM
Subject: Promo : Cheese Powder & Barley Peanut Candy


Salam Kak Di...

Semoga cepat sembuh yek.. Pantang elok2 tauuuu....:)

Saya nak mintak tolong kak Di tuk promote Jalapeno Cheese Powder...

RM 14.00/ 200 gm, exclude postage.
Boleh COD utk kawasan Ipoh, Gopeng, Kampar, Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River & Tanjung Malim.


Meh..meh... PM me kalo berminat.


Ingredient:
Milk Solids, Modified Starch, Maltodextrin, Dextrose, Salt, Mineral Salts, Vegetable Powder, Cheese Solids, Flavour Enhancers, Vegetable Fat, Glucose Syrup Solids, Food Acids, Flavourings, Mineral Salts, Spices, Yeast Extract, Anti-caking Agents, Spice Extract, Colourings.

Usage instructions:
1) Add 1 part premix to 2 parts of hot water (>85°C) and mix well.
2) Whisk constantly until the sauce thickens to a smooth consistency.

Storage:
when unopened, store in a clean, cool, dry location.

SIJIL PENGESAHAN HALAL JAKIM No.Siri 010653



.......dan Barley Peanut Candy

- sama macam gula-gula udang yang dedulu tue. Korang ingat tak gula-gula udang..? gula2 yang ada plastik nipis yang boleh dimakan. Gula-gula zaman kanak-kanak ku :)

- Lebih enak dan buatan tempatan serta halal. InsyaAllah. 

- Boleh buat kudapan dirumah atau untuk dijamu kepada tetamu. Boleh jugak dibuat sebagai door gift untuk untuk majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan macam2 lagi.
Harga :
250 gm ~ RM 8.00
500 gm ~ RM 15.00
1 kg ~ RM 30.00

harga tidak termasuk postage.


Berminat leh pm saya... Mari kembalikan zaman kanak-kanak kiter ... hehehehe.


Leh klik terus link fb kat atas atau drop email ke nietapah@gmail.com



Iklan 3
TIKAR EVAMAT
 SIZE : * 200cm x 120cm x 0.3cm ( Lebih kurang 6 ft x 4 ft ) 

CIRI-CIRI TIKAR EVAMATIK 
* Tikar Evamatic merupakan alas lantai yang memiliki rekabentuk/corak dan warna yang sangat menarik.
* Selain itu, tikar ini dapat mencegah Rheumatic yang disebabkan hawa dingin dari lantai. 
* Tikar ini juga dapat menambah pengetahuan kepada kanak-kanak (corak ABC, 123 dan vocabulary) 
* Juga sesuai untuk bayi kerana rekabentuk yang lembut serta corak yang menarik untuk merangsang penglihatan bayi serta boleh dijadikan platform untuk bayi merangkak. 
* Mudah dibersihkan sekiranya tertumpah makanan atau berhabuk 
* Lebih tebal drpd tikar getah, panjang tikar lebih kurang katil single
* Material: Eva Sponge (most likely same as playmat ABC), tak luntur & tak slippery
* Tikar ini sangat sesuai digunakan di pelbagai tempat seperti: 
1. Ruang rehat keluarga di rumah 
2. Bilik tidur
3. Tempat bermain untuk anak-anak
4. Ruang belajar atau bilik bacaan
5. Kegunaan luar rumah seperti berkelah dll
6. Boleh juga dibuat alas tikar sembahyang

Berminat, sila hubungi:
1) Suhaizal 019-2322122
2) Noor Shuhaifah 019-2811941


Iklan 4

From: Fazlin Ramli
To: "aveo757@yahoo.com"
Sent: Tuesday, January 10, 2012 5:10 PM
Subject: Salam, need help to advertise =)
Salam Kak Di,

I nak tumpang advertise boleh? =) . I baru create facebook page for baby and nursing products. Dulu berbisnes kat page mudah, skrg upgrade sket =P. Facebook i www.facebook.com/mummy.ayra
Really appreciate your help. Thanks!

P/s: We are having opening promotion at our facebook page. Be our first 20 friends and get RM5 voucher for your purchase (redeemable for purchase RM50 and above).




Iklan 5

From: Maria Mohamed
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tuesday, January 10, 2012 7:01 PM
Subject: Nak mintak tlg Kak Di

salam Kak Di, harap2 semakin sihat lah ye ;) sy 1 of ur silent reader. aritu terserempak kak Di bekfas kat Nur Alya, Putra Heights pn takot. nk tegur..ntah pape kan. Tp ni nak mitak tlg Kak Di iklan kan ni on
behalf of encik hasben sbb dah try iklan kan kat mudah tp leceh sgt..

Persona 2010, 25th Anniversary Limited Edition..
ada discount 10K, full spec, leather seat, sportrim 16".

First Come First Serve!! ada 3 unit je.

Boleh direct call 019-3022101.



Iklan 6





From: "radiance.tiqa@gmail.com"
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Wednesday, January 11, 2012 3:06 AM
Subject: Like like like :')

Salam, hi kak D.

Saya doakan akak dipelihara kesihatannya :)
Saya memg silent reader kak D sejak beberapa thn ni.. And sy dah pun khatam blog akak sejak dri entry 2006 lg. Hehee!
sementara akak cuti ni, kalo bosan2 meh la visit www.facebook.com/radiance.quilling
ni sume hasil kerja tgn saya. Bangga sy kalo kak D like f/page sy ni.
posted by green apple @ 6:09 PM  
Port baru
Hari tu kat FB aku ada cakap aku gi makan mee rebus Jawa kat USJ Taipan pastu ramai tanya belah mana kedai tu.
Aku kalau kau tanya arah tu memang fail sikit la.
Sebab guna GPS pun aku leh sesat barat apetah lagi aku yang tunjukkan jalan. Kang kalau aku yang bagi arah tau-tau je ko dah sampai Siam.
Tapi landmark dia, kedai tu belakang Hong Leong Bank.
Opposite kedai tu adelah carpark building.
Kedai tu kedai satey Hj Samuri, tapi dia ada warung jual mee rebus sekali.
Gila sedap mee rebus dia.
Sejibik macam mee rebus aku makan kat kedai Cina bandar Muar tu.
Sape yang penah makan mee rebus kat kedai Cina Muar tu memang tau la kelahzahtan mee rebus Muar. Aku makan kat kedai tu dari kecik. Dah sekolah menengah baru aku tau tu kedai Cina. Tapi tukang masaknya melayu. Tak pernah la kalau aku pergi, kedai tu lengang. Mesti kena beratur tunggu giliran. Sebab kedai dia kecik, yang nak makannya belambak.

Bila aku jumpa port baru mee rebus kat USJ Taipan, memang lega la.
Kuah dia pekat.
Aku kalau makan mee rebus ni, Jawa totok pun sujud tengok aku tonggeng-tonggengkan mangkuk nak hirup kuah. Sedap gila okkkk.



Kalau pegi kedai ni, memang kitorang order satey takat cukupkan syarat masuk kedai satey.
Dalam 15 cucuk jadiklah.
Sebab aku ngan En Wan memang konfem akan belasah mee rebus.
Kadang-kadang tu, dah makan mee rebus, dah makan satey, poastu bungkus lagi mee rebus nak sambung malam kat rumah.
Aku la tu, bukan orang lain pun.

Mula-mula kawen dulu, En Wan takleh terima mee rebus ni.
Tapi atas kegigihan aku menjawakan dia, akhirnya dia surender.
Kira fair la kan, dia Trengganu-kan aku.
Aku Jawa-kan dia.


Tapi kalau dah nama makan kat Kolumpo ni, mesti sikit je dia letak.
Kalau korang nak betul-betul semangkuk penuh, marilah pergi ke Muar.
Membuak-buak mee dia.

Apa?
Tak cukup dekat?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!

Oh! Mee rebus, kau lah kebanggan keturunan kami.



Kelmarin ye ye je aku buat entry saiko korang pi beli anak tudung Ariani kan?
Akhirnya kesaiko-an itu memakan siri.
Aku yang tersaiko rupanya.

Semalam, aku telah menyerah diri kat Ariani Bangi.
Dan merembat keluar 6 helai lagi tudung.



Opsssss.

Jangan terkesima.
Paper bag saje Ariani Platinum
Isinya bukan Ariani Platinum
Isinya hanyalah Ariani RM89 sehelai.
Aku belum tergamak lagi nak beli Ariani Platinum yang sampai tiga empat ratus sehelai tu.
Biarlah Wardina sorang je yang pakai.



Semalam aku beli kaler ni.
Actually warna-warna asas tu dah ada.
Like blue, pink and green memang dah ada, tapi semalam aku beli hijau green apple (sempena menyambut shawl AR06 yang bakal tiba nanti. Hehe). Biru pun aku beli yang biru tua la pulak, baby blue and shocking blue dah ada. And bla bla bla...


Ni je la pun anak tudung yang aku ada.
Aku lagi suka pakai shawl sebab tu aku kumpul anak tudung various color.
Ada antaranya aku beli je dulu tapi tak pakai-pakai pun lagi sebab belum ada shawl and baju yang sesuai nak padankan.

Pada yang belum pernah rasa Ariani, cuba try beli sehelai dua dulu, see if korang puas hati or not.
Of cos ada orang yang akan kata beli mahal ke, beli murah ke, kalau tak cantik kat kita, tetap nampak tak cantik. Sebab tu aku kata try dulu, kalau rasa cantik, ambik (eh aku cantik ke pakai? Hahaha).
Tak rasa selesa jangan beli. Jangan kerana orang pakai, kita pun pakai.
posted by green apple @ 11:58 AM  
Awning
January 30, 2012
Tak sangka pulak ramai yang tanya mana aku beli awning tudung sebab tudung tu nampak cantik terletak. Actually anak tudung yang aku pakai tu bukanlah real anak tudung pun. Kalau anak tudung dia tak panjang, kontot paras leher je or paling-paling pun tutup sampai atas dada. Anak tudung (awning) yang aku pakai tu sebenarnya tudung 2-tone and 3-tone from Ariani. Aku beli kat Ariani je pun.

Memang aku puas hati dengan tudung Ariani so far.
Tudung dia cantik terletak.

Masa aku mula-mula nak shopping tudung, aku pergi banyak tempat untuk cari anak tudung. Aku memang plan nak pakai shawl bila aku dah bertudung nanti. Tapi banyak gila tempat yang aku pergi, yang aku browse kat online payah nak menepati selera aku.
Pernah aku pergi satu kedai ni sampai menghempas-hempas sales tu melipat semua tudung yang aku try. Aku try lebih dari 20 helai tudung semuanya failed. Time tu aku konfius. Awning ni senget ke, kepala aku yang senget?
Semua tudung be it anak tudung or tudung instant yang berawning semuanya tak kena.
Busuk.
Eh.

Ada yang terlonjong la, ada yang terpenyet la, ada yang kembang semacam. Dah la muka aku pun kembang, kau pun sama naik mengembang-ngembang. Semuanya macam tak konsisten. Padahal design sama, material sama, saiz sama (katanya) tapi bila sarung ada aje yang menyakitkan hati aku. Nasib baik keinginan nak bertudung tu tak terus tertutup sebab tak jumpa tudung yang sesuai.

Last kedai yang aku masuk adelah Ariani Bangi.
Tu kira last resort.

Aku masa tu tak bertudung, of cos aku takkan pernah masuk Ariani punya.
Kejadah apa aku nak masuk Ariani kan.
Dah la baju aku masa tu semuanya tak cukup kain. Istigfar panjang budak-budak Ariani.

Masa aku masuk Ariani tu baju aku dah start mensopan sikit walaupun belum bertudung.
(istilah bersopan aku time tu adelah baju lengan panjang tapi see thru tetap see thru. Tak pakai inner. Oh by the way, dulu aku mana tau inner tu apa)
Aku masuk Ariani terus tanya anak tudung.
Sales tu cakap anak tudung Ariani adelah tudung-tudung instant labuh paras dada. Not so 'anak tudung' la, tapi for Ariani, itu di-consider-kan sebagai anak tudung.

Terus aku try.

The moment aku sarung je, tudung tu cantik terletak, terasa muka aku kiut luar biasa.

Panggggggggggggggggggg!!

Terus aku try 4 tudung yang lain.

Dah alang-alang aku belasah 5 anak tudung kat situ, aku terus beli shawl 2 helai.

Anak tudung Ariani tu boleh tahan lagi la harga dia, part shawl tu rasa nak terkencet.
Nasib baik aku pegang 2 helai je shawl.
Dah la aku ni bangsa kalau membeli tak tengok harga. Main ambik, ambik, ambik, letak kat kaunter.
Sekali tet tet tet tet orang tu kira dah lebih RM500.

Anak tudung just RM89 je sehelai.
Si shawl ni sampai RM120 sehelai.
Insaf kejap.


 
Anak tudung hitam ni pun from Ariani, shawl pun Ariani.
Tapi anak tudung ni aku tak pakai kat luar rumah dah, aku pakai untuk solat je.
Sebab dahi aku kecik, bila pakai anak tudung ni muka aku nampak cam penyek sikit dari kebiasaan. Hoh.



Tapi aku cakap kau, kalau masuk Ariani, tetapkan hatimu.
Sebab Ariani ni sals-sales dia semua puaka.
Setakat ni yang pergi sales-sales Ariani Bangi paling puaka la.
Dorang punya ayat tu akan buatkan kau beli dan beli dan beli dan beli lagi.

Masa first time aku beli tu, around RM600 kot.
Pastu terus dapat diskaun card sebab purchase lebih dari RM500.
Tapi budak-budak sales dia hasut aku 'Beli la ni, Kak'.

Aku bertahan.

'Cuba akak try ni, ni pun cantik, Kak'.

Aku bertahan lagi.


'Akak pakai yang ni cantik sebab akak kulit cerah'

Wuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Bukan selalu ada orang puji aku kulit cerah weiiii.
Terus beli.
Walaupun aku tau pujian budak tu agak keji, tapi takpela, bersangkalah baik. Mungkin dia buta warna.

Aku beli cukupkan sampai RM1K, lantas dapat kad diskaun berganda.
Disebabkan now ada kad diskaun, jadi aku decide takkan beli tudung kat mana-mana kecuali Arianni.
Sebab sah-sah dah ada diskaun kad kan. Jadi gunala kelebihan dapat diskaun tu.

Until la after a few times pergi Ariani, shawl dia macam tak menambah-nambah pun.
Macam takde stok baru sangat.
Tapi anak tudung memang cun-cun.
Jadi aku try outsource shawl.
Jadi, alang-alang aku beli untuk aku sekali, aku terus beli lebih letak kat blog, kot la korang pun berkenan jugak. Sebab tu every shawl yang aku bawak masuk semuanya aku rembat satu set. Cuma shawl yang gradient baru-baru ni, last-last aku dapat 4 helai je out of 11 sebab terlampau ramai yang beli sampai ada waiting list. Jadi, aku bagi la kuota aku.

Oh yes, shawl dijadualkan sampai this week, harap pakcik kastam baik hati tak tahan package aku.

Berdoalah.


Camwhore di atas ini menggayakan inner Arianni except gambar pertama baris kedua tu antara tudung terawal aku beli kat Giant. Hasilnya, lepas sekali basuh terus awning dia bergulung. Ke Encik Tong la perginya.

Kepada yang mintak aku buat tutorial camne nak ikat shawl aiseyman, cukuplah aku menjadi camwhore saje. Tak tertanggung rasanya tittle-tittle yang aku dah carry ni.
Tak pasal dapat tittle baru nanti.


posted by green apple @ 11:17 PM  
Misteri
January 27, 2012
Semalam aku layan cerita hantu kat TV3 - Santau Merasuk.
Boleh tahan seram cerita ni, silap-silap korang boleh terasik sekali.
Tapi lagi best kalau pelakon-pelakon dia adelah pelakon yang baru tapi kena terer berlakon la. Kalau pelakon-pelakon yang tak pernah nampak ni selalunya akan buat rasa takut tu lebih lagi.

Bila tengok citer hantu ni teringat bibik aku yang first tu cerita.
Dia cakap rumah dia memang pendalaman.
Kalau hantu di orang kampung dia dah macam boleh member sebab selalu sangat muncul. Macam takde time limit. Pukul 10 pagi ada, pukul 8 malam ada.

Satu malam tu dia nak memerut.
Jamban lak bangsa jamban kat blakang rumah.
Dia dah boleh agak dah akan ada hantu standby.
Masa dia tengah mencangkung tu ada orang suit-suit dia.
Kalau kita-kita ni dengar orang suit-suit mesti bajet laki nak skodeng. Tapi bibik aku cakap bila dia dengar suit-suit tu, dia terus dongak. Jamban dia tu ada gap antara bumbung and dinding, kira macam ruang udara la. Bila dia dongak, dia nampak cun je cik ponti duduk atas satu dahan siap kaki berayun-ayun macam naik buai. Bila ponti tu perasan bibik aku pandang dia, boleh la pulak cik ponti ni tegur 'Mau ditemanin ngak?'

Sialpalis punya ponti.
Kau buat ramah pulak eh?
Aku dengar cerita bibik tu rasa macam nak terkencing.
Bibik kata dia dongak kejap pastu dia teruskan balik konsentrasi memerut.
Gila kagum aku dengan bibik. Boleh je dia terus berak.
Kalau aku mau empat hari terus hilang rasa nak berak.

Aku ni cukuplah dulu 2 kali ternampak ponti berjalan depan mata and sekor lagi si ponti sama-sama tengah queue kat phone booth. Sampai skarang clear lagi scene tu kat ingatan aku. Kalau aku jadi penakut nak tido sorang-sorang kat hotel pun dah memang patut sebab aku dah penah nampak.

Masa aku kat Maahad dulu ada satu malam tu aku terlebih rajin.
Masa tu orientation week so waktu siang aktiviti padat, so malam baru ada masa nak membasuh. Tapi sebab semua pun bantai membasuh malam jadi bilik air full. Jadi tengah-tengah malam pukul berapa ntah aku lupa, aku gi angkut baldi masuk bilik air. Alone.
Orang lain sibuk bangun malam sembayang, aku bangun malam nak membasuh baju.
Masa tu gila berani aku.
Bajet la kan time tu mentang-mentang budak Maahad, siang malam berzikir, hantu mesti tak berani kacau punya. Dengan konfidennya aku nak basuh baju.
Masuk bilik air kolah tu, aku nampak macam ada kepala kat hujung kolah tengah terbongkok-bongkok memberus. So aku pun malas pi sana jugak, berus kat depan pintu je sudah la.

Akak tu perasan agaknya aku masuk, dia tegur 'Junior ye?'

Aku : Ha'ah.

Akak : Orang mana?

Aku : Bandar Baru Bangi

Akak : Tak rindu makbapak?

Aku : Malam-malam ni terasa jugak la rindu.

Akak : Biasa la tu. Baru-baru lagi. Akak dah sembilan tahun blaja sini, masih lagi rindu.


Masa ni aku dah bergenang airmata.
Ntah apa-apa akak ni, dah tau aku baru masuk sini lagi nak bukak topik rindu-rindu. Aku nangis kang.

Aku pun diam je.
Terus basuh baju.
Malas layan besembang.
Tau-tau ada akak senior masuk bilik air. Dia carik aku sebab rupanya dorang buat spot check dari dorm ke dorm sekali aku takde. Akak tu sound aku berani masuk bilik air sorang-sorang. Sku cakap 'Akak tu ada teman' sambil tunjuk kat tepi kolah belah sana.

Tapi akak senior tu check takde orang pun.

Bila aku cerita balik apa yang aku sembang ngan 'akak' tu, akak senior tu pandang aku pastu cakap 'Dik, takde orang blaja kat sini sampai 9 tahun'.

Ok. Senyap.

posted by green apple @ 7:02 PM  
Sinaran

Kenapa aku rasa jendul si Rayyan lagi bercahaya terang dari lampu pagar??
posted by green apple @ 12:34 PM  
Keberet
2-3 hari ni aku macam Kak Sri Siantan.
Banyak email tentang luahan hati aku dapat. Maybe sebab entry suami gigolo tu.
Aku harap takde lelaki yang bergelar suami sakit jiwa dengan aku.
Sebab aku cuma point out-kan jantan-jantan yang memegang tittle suami cum gigolo saje.
Suami mithali aku tak sentuh.

Another email yang buat aku rasa cerita dia sangat close to me adelah pasal laki perasan hot.
Bajet anak orang kaya.
Bajet terpelajar straight As tetiap sem anugerah dekan.
Pastu berangan penah di-offer jadi model.
Pastu ada perempuan melalak-lalak terharu kalau dia tegur walaupun just bagi salam.
Helooooooo???
Kau ingat kau Maikel Jeksen perempuan nangis-nangis bila nampak kau???
Sedar diri boleh?

Ni aku quote-kan sikit luahan email yang aku terima :

Kisah kawan saya pulak pasal BF yang cari GF untuk supply duit kat dia.

Zaman sekarang Kak Di, budak lelaki yang masih belajar yang konon muke hensem, badan ketaq-ketaq, ayat manis, suke buat perangai gini. Dia akan add banyak pompuan dalam FB account dan mule mencari mangsa.

Pada masa yang sama, dia akan hold seorang GF lama2. Tapi GF tu dia buat macam ada takde jer. Bila dia susah dan perlukan duit, dia akan minta tolong GF dia tu. GF dia tu taklah hot mana. Badan gemuk tapi dah bekerja. Mungkin sebab itulah, GF tak sanggup nak lepaskan BF yang
hot ni.

Ohhh plissssssssssssssssssssss.
Tell me about this type of jantan keberet.
Aku pernah kenal rapat dengan laki spesis macam ni.
Masa berkawan baik tu pun aku sebenarnya noticed dia pelik.
Bangsa yang bajet hensem all the time macamkan kau sorang je hensem orang lain tak. Memang la kau hensem tapi perlu ke nak bagitau aku tetiap hari kau dapat mesej tu mesej ni kat FB yang orang puji kau hensem???
Nak bimbo pun boleh tak jangan dengan aku?

This fren jugak spesis yang sama macam dalam email tu.
Dia ada awek yang not so cun, tapi bergaya. Kira kalau orang nampak dorang berjalan berdua tu takde la orang kata laki ni dah termakan nasik kangkang. Nice la jugak this couple but this jantan baru setahun dua ni la orang noticed yang dia ada rupa. Bila orang dah notice tu haruslah menggelupur kan.
Karakter pun kena la bimbo sikit.

Boleh la pulak pesan kat aku, kalau orang tanya dia single ke double, aku cakap je la single. Bila aku tanya apehal lak nak mengaku single? Yang awek kau tu nak campak mana?

Dengan selamba tapirnya dia cakap 'Ala, selagi belum kawen kira single la kan?'

Memang la selagi belum kawen kau masih kategori single, banganggggg.
Tapi apesal nak gelabah sangat sampai nak berpesan-pesan kat aku kalau orang tanya kau single ke tak, aku kena jawab kau single??
Mesti ada sebab kan?

Kesian aku tengok awek dia.
Awek dia memang tak la se-cun perempuan-perempuan simpanan dia but awek dia ada benda-benda penting yang didambakan oleh jantan-jantan keberet.

Awek dia ada duit.
Jantan keberet semua ni kesah apa awek dia tak cantik. Janji purse tebal.
Tapi selalunya, ikut pengalaman aku sikit sebanyak, kebanyakkan perempuan kategori tak berapa nak cun ni, diorang konfiden je balak dorang tak buat hal lain kat luar. Just like awek kawan aku ni la. Awek dia ni pulak bukan jenis bersosial sangat. And disebabkan dia bukan jenis sosial, dia beranggapan balak dia pun sama. Padahal dia tak tau balak dia jual kote.

Dulu aku pun pernah jadi awek konfiden.
Ex-bf aku yang dulu takde la kategori hensem sangat pun tapi buat-buat macam hensem je.
Mula-mula masuk matrik, sekali pandang pun aku tau kau sengkek.
Entah macamana aku boleh bercouple dengan dia. Masa aku start couple dengan dia, ada a few jugak yang rasa pelik. Like kamonnnnnnnnnnn, Diana dapat Fucker tu?
Aku pun sebenarnya rasa something gak bila dia terkejar-kejar aku. Series tak lojik.
Tapi disebabkan first time ada orang nak kat aku, aku memang tak pikir panjang. Terima je.

Aku faham kategori awek yang dapat jantan keberet ni.
Sebab aku pun macam tu dulu.
Bila kita tak banyak pilihan (atau memang takde pilihan lansung), and tup tup ada laki hensem nak kat kita, kita takkan ambik masa yang lama untuk fikir. Not because of that lelaki hensem, tapi sebab kita takde pilihan. And kita rasa insecure if kita takkan ada pilihan lain dah kalau kita tolak jantan ni.

6 bulan bercouple, aku dah rasa meluat dengan exbf aku.
Aku meluat sebab makin lama dia makin perasan hot, perasan bagus, perasan bijak, perasan glemer, ba bla bla. Tapi aku masih lagi continue the relation sebab aku tak jumpa sebab munasabah kenapa aku harus putuskan. Jadi, aku beranggapan aku je yang mengada-ngada nak meluat-meluat kat orang sedangkan orang tu tak buat salah apa pun. So, aku continue bercouple.

Dalam masa 6 months tu aku banyak berhabis untuk dia tapi dalam keadaan aku tak sedar (biasa la kan, tengah bercinta mana nak sedar duit habis segala. Sayang punya pasal la konon). Asal keluar pi outing je aku bayar makan, aku bayar movie, aku bayar bowling, dia bayar duit tambang je. Sometimes bila aku beli baju, dia just tengok je. Da la pandai buat muka sardin. Jadi aku pun rasa kesian. Aku pun belikan sekali baju untuk dia. Lama-lama kan dah jadi rutin pulak. Asal masuk mall je, dia dulu yang serbu area baju pastu acu-acukan baju kat badan minta opinion aku ok ke tak. Tapi tak beli-beli pun. Acu-acu pastu letak. Acu-acu pastu letak. Tu bukan apa tu. Nak hint kat aku suruh bayarkan la tu. Again, aku bodoh, aku pi belikan.

Until bila dia dah jumpa Mak Aji and Pak Aji, agaknya dia tengok makbapak aku pun macam ok je dengan dia, sayang je dengan dia (of cos mak aku suka sebab kau je yang berkenan kat anak dia), every cuti sem je, dia akan balik semenanjung and lepak rumah aku. Selamba la tido kat rumah, makan kat rumah semua. Padahal abang dia ada je duduk kat Subang. Mak Aji pulak baik gila. Belikan baju, belikan itu, belikan ini, until ke satu tahap dia nak balik KL takde duit, elamba call mak aku mintak belikan tiket flight. Yang mak aku pulak menyedari kesengkekkan bakal menantu, dah pi belikan tiket, masukkan duit pulakkkkkk dalam GIRO jantan ni.

Lemak la kan.
Last-last aku nampak jelassss yang dia sebenarnya bertahan dengan aku bukan sebab aku tapi sebab duit.
Dulu, dia realize aku boleh bagi dia duit.
Pastu dia nampak keluarga aku boleh tabur dia duit.

Sampai ke satu tahap, dia pulak yang lebih sudu dari kuah.
Nak beli baju yang branded je.
Makan nak kat cafe Pohon Mas je, taknak masuk canteen.
Tapi semua aku bayar.
Lepas tu boleh la pulak mintak-mintak aku duit.
Memang cilakabanat.

Bila dah ada "bank begerak" maka senanglah nak memperluaskan kebuayaan diri.
Lepas satu, satu, dia pasang awek-awek lain.
Belanja aku tak boleh, habiskan duit kat perempuan lain kemain galak lagi.

Last-last aku tinggalkan kau.

Kebetulan kawan saya terjebak dalam kes ni. Kawan saya ni dah kerja, ada kereta dan stylo gaklah. Tapi dia selalu dapat lelaki yang main kayu tiga, sebab couple dia jenis budak hot. Biasalah budak hot, ramai yang ada tendency pasang lebih daripada satu. Time tu, kawan saya
single. Baru lepas dikecewakan. Budak lelaki tu student lagi. Muda 3 tahun dari kawan saya tu. Belajar kat U***. Dia tu beria kata nak kat kawan saya ni padahal tak kenal sangat pun. Kenal
thru FB jer. Ayat memang power. Penipu gile. Cite sume cam bagus jer. Atok banyak harta. Belajar pointer tinggi. Bab, bagi nasihat memang macam Ustaz.

Oh yes!
Sejibik sejibon macam exbf aku tu.
Kalau bab bagi nasihat memang nombor satu. Sebab tu mak aku sayang dia sebab dia baik gilaaaaaaaaaaa, kalau cakap pasal agama ni kalah Ustaz Don.
Pernah satu masa tu aku at home.
Dulu aku mana reti pakai baju labuh-labuh ni semua. Semua baju aku bangsa tak cukup kain. And bukan dia tak tau pun aku memang suka pakai mini skirt, sleeveless, tube semua. Kat UNIMAS pun aku pakai macam tu gak, tapi kat rumah je la.
Masa tu kat rumah Mak Aji ada nenek aku.
Aku masak kat dapur, nenek aku tengah makan.
Masa tu aku pakai sundress tali halus.
Dia masuk dapur ambik kain lap tangan tu, terus tutup bahagian bahu aku sambil cakap "Tutup la sikit badan ni"

Aku macam wadefakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk???
Just because nenek aku ada kat depan so kau nak feeling-feeling ustaz sedangkan selama ni aku pakai baju tak cukup sifat kau tak cakap apa-apa pun????
Gila bahabi jantan ni.

And lepas tu nenek aku sound aku pulak "Dia sayangkan Diana tu. Sebab tu dia suruh Diana tutup aurat"

Aku angguk je la.
Kesian nenek aku. Kena tipu hidup-hidup dengan barua ni.

Kawan saya ni pun satu. Mudah percaya. Pastu memang suka yang stok hot je. Waktu first time saya teman kawan saya jumpe budak tu, saya tak komen banyaklah sebab gaya macam baik jer. Tapi lama-lama, saya tak percaya kat budak tu sebab ada budak pompuan komen buruk2 kat Fb dia. Saya mula stalk dia kat FB.

Lepas 2 bulan setengah dorang couple, barulah terbongkar rahsia budak lelaki tu. Rupanya pada masa yang sama ada 3 GF. sorang dah couple 6-7 tahun (since sekolah). Ada yang dah dekat 2 tahun (Budak ni yang banyak bongkar rahsia dan bantu penyiasatan saya). Sorang lagi kawan
saya.Yang ni GF2 yang dapat dikesan. Yang tak dapat dikesan, ada gak. GF yang dah couple lama tu dah hampir 2k habis untuk lelaki ni.

Masa aku couple dengan exbf tu pun kawan-kawan skolah aku ada yang terang-terangan cakap mamat ni (exbf aku) sumthing. Tapi masa tu aku buat dengar tak dengar je la sebab orang tak pernah ada balak, sekali dah dapat balak kan. Mana nak dengar nasihat member. Tapi dalam pada taknak dengar tu terdetik juga kat hati aku untuk siasat sendiri. Bila dah korek-punya korek, barulah tau aku memang kena kencing.


Mula-mula kiteorang plan nak balas dendam. Tapi, bila GF dia yang lama tu gitau, yang lelaki ni ahli Pekida dan kawan saya ada cakap family dia ni ada saka (based on story budak lelaki tu kat dia), kiteorang cancel plan. Apa yang saya pesan kat kawan saya, jangan contact langsung dan block dia.

Sama!!!!
I mean yang sama tu sebab modus operandi yang budak laki dalam email ni guna adelah sama dengan modus operandi exbf aku. Aku rasa memang inilah ciri-ciri saiko. Saiko ni dorang kuat berangan tau. Diorang banyak delusions. Selalu perasan orang suka dia. Selalu perasan orang dengki kat dia. Selalu membayangkan yang pelik-pelik. Selalu buat cerita yang mengarut as if benda tu betul-betul terjadi. Tapi bila benda tu really terjadi kat dorang, dorang la manusia yang paling glabah dulu.

Sebab tu aku rasa saiko-saiko macam ni selalu cakap dorang ada saka, dorang ada ilmu kebal, dorang ada tangkal hikmat, dorang ada keris sakti, semua tu sebenarnya untuk buatkan mangsa takut nak ambik tindakan. Macam exbf aku tu dia takde saka, dia takde tangkal tapi dia ada sawan babi.
Asal aku mintak break je nanti sawan dia sampai.
Kejap-kejap dia kata nak telan panadol sekotak dengan air coke.
kejap-kejap nak terjun jambatan.
Kejap-kejap dia pegang pisau.
Kejap-kejap dia ugut nak toreh diri sendiri.
Tapi tak toreh-toreh pun.
Burit kau la nak toreh badan kau sendiri. Kau nampak jarum pun kecut telo lagi nak peras ugut aku. Tuiiiiiiiiiiii.

So, kalau korang rasa nak ambik tindakan kat orang macam ni, pedulikkan dia ada saka ke, ada hantu ke, apa ke. Kalau kita rasa kita di pihak yang betul, ada aku kesah kau bela jin aprit sekali pun???

Aku cakap kat kau, orang kalau saiko ni dia tak berani mana pun.
Dia berani kat surface je.
Just like exbf aku tu. Beraninya takat CAKAP LEBAT je.
Nak terjun lombong la, nak bunuh diri la. Elok je aku tengok skarang tak mati-mati pun?

Contohnya macam akak tailor aku tu la.
CAKAP JE LEBAT.
Tapi takde apa-apa pun. Bila kita tunjuk kita ada bukti, dia yang back off.

Kepada yang jadi mangsa laki macam tu, tak payah la nak kecewa sangat kalau tak dapat jadi bini dia.
Tak rugi apa pun. Terasa rugi tak dapat laki hensem je tapiiiiii....Semua laki akan nampak hensem, bergaya dan hot kalau diorang berduit. Same goes to this jantan keberet. Dia nampak hensem sebab dia ada duit yang dipaw dari awek dia. Cuba awek dia tinggalkan dia sok, konfem nampak sengkek. Kita yang perempuan ni pun kalau ada duit pasti nampak cun. Money can't buy everything but money can buy solution, der.

KAYA KAN DIRI,  KAYA KAN PERIBADI

*tetiba ada pesanan khidmat masyarakat*
posted by green apple @ 10:46 AM  
Petua lagi
January 26, 2012

Gamba ni aku snap kat opis semalam, sempena masuk memulakan keje di opis buat pertama kalinya tahun ini sebab dari start 3 Jan, aku berpantang.

Aku : Bang, ok tak Di pakai tudung kaler purple?

En Wan : Hmmm...ok. Nampak putih sikit.


Ni la dia ye puan-puan.
Dah kawen 11 tahun baru nak pertikaikan kaler kulit aku bagai.
Dulu kemain lagi bila aku tanya 'Awak tak malu ke gf kulit gelap?' (ayat saikologi sebenarnya ni)
Ohhhhhh takde hal okkkkkkk.
Masa tu dia jawab 'Perempuan kulit gelap ni lagi hot'

Ayat tak boleh blah.
Penuh kepuakaan.

Now????
Mengapakah skarang baru kau persoalkan  kembaliiiiiiiii??
Setelah kau geledah apa yang tersembunyi??
Setelah kau rabakkan apa yang tersimpan rapi???
Baru kini kau ungkiti????

Kalaulah naik kuda hitam
Lari kencang nafas pun panjang
Kalaulah punya pacar hitam
Walau hari panas senyum senang

**tetiba masuk lagu Kuda Hitam**



Ok abaikan kemerepekkan aku kat atas tu.

Actually aku nak turunkan satu petua (tak tau la ni kategori petua ke, kategori bidaah ke) tapi bibik aku practikkan ni pada Rayyan. Kalau kitorang nak berjalan jauh, yang susah nak jumpa public toilet yang selesa, bibik aku akan ikat hujung baju dengan getah macam kat atas ni pastu baca "Bismillah. Jangan berak-berak kalau belum sampai rumah"

Aku nak tergelak pun ada masa dia bagitau petua ni.
But it works!

Cuba try kat anak-anak korang.

Bibik cakap kalau orang tua pulak, ikat getah kat hujung ibu jari (kaki belah mana pun tak kisah) pastu baca "Bismillah, Jangan kencing-kencing kalau belum sampai rumah"

Ce try. Ce try.

Hmm...agak-agak boleh tak aku improvisasikan petua ni kat En Wan?
Ikat getah kat telo dia pastu....

Okeh.
Boleh try!


posted by green apple @ 9:30 PM  
Baju
Cuti CNY lepas aku habiskan masa berpeleseran di shopping-shopping complex.
Cina nak raya pun tak redah semua mall, aku yang lebih-lebih.
Puncanya sebab nak beli baju baru for Rayyan.
Budak ni badan dia tebal, umur baru setahun, tapi pakai baju size 2 tahun.
So baju dia now semua dah sendat-sendat.
Kesian anak aku, sampai tersentil-sentil pusat punyalah padatnya baju tu.

Masa aku shopping tu aku tengok lagi ramai Melayu dari Cina yang shopping baju budak-budak. Aku pun konfius jugak. Ni sape yang raya sebenarnya ni?

 
Budak ni semalam tertelan pencuci muka aku, terus hari ni demam.


Tapi seronok bila tengok mak bapak terjerit-jerit panggil anak sebab nak acukan baju.
Zaman aku dulu, menjerit-menjerit aku mintak belikan baju, makbapak aku wat dekkkkkk je. Bagi dorang, aku dah bawak kau berjalan dah cukup bagus okeh??
Kau berguling la head banging atas lantai mall tu pun, haram sampai ke sudah dia tak beli.

Macam aku dulu zaman kecik-kecik, kalau tak kerana nak raya or nak masuk skolah, jangan kau berangan nak merasa baju baru. Skarang ni kita tengok keluarga yang dapat beli baju anak-anak cuma 2 kali setahun dah jatuh kategori miskin. Padahal aku pun dulu beli baju 2 kali je setahun tapi apesal aku macam rasa aku kaya? Wakakaka.

Bila aku cerita kat En Wan aku dulu beli baju baru 2 kali je setahun, tu pun baju kurung selai, baju moden selai, yang lain tu baju skolah, En Wan kata aku menipu.
Bodoh gila la aku nak menipu bagitau semorang aku miskin. Baik aku tipu cakap aku kaya.

 
Baju baru yang dibeli di tempat longgok-longgok. 
Biar dia rasa macamana mak dia rasa dulu.


Memang bertuah budak-budak skarang, aku percaya ramai makbapak yang concern dengan penampilan anak-anak. Kebanyakkannya tak kisah kejap-kejap beli baju untuk anak. Aku tengok so Tetty Hayati kejap-kejap up kan baju untuk budak-budak, kemain ramai lagi yang beli. Takyah tunggu raya pun. Sometimes mak bapak skarang ni, ada baju yang belum pakai tapi dorang suka membeli.

Bukan calang-calang budak (kalau yang duduk bandar) boleh terima hakikat dapat baju baru setahun sekali. Aku pun tak paham apesal mak bapak aku dulu susah nak belikan kitorang baju baru. Seingat aku memang dua kali je la kitorang dapat baju baru. Sampaikan kalau pi aktiviti sekolah petang-petang, aku takde baju putih nak pakai (masuk kawasan sekolah kan kena pakai baju putih). Bukan takat baju putih, seluar track aku pun cuma satu je!! Tu pun jenis suar kaler biru tua kain cotton yang 3 kali basuh kaler dia pudar macam berabuk je dari jauh. Jenis yang getah seluar kat buku lali tu mengembang lepas pakai 3-4 kali.
Korang pernah pakai tak seluar macam ni?
Ke aku je?

Tak lojik gila seluar track just sehelai and baju putih lansung takde kan?
Tapi memang tu la sebenor-benornya pun.

Oh, by the way, aku dulu takde T shirt sangat.
Aku pun lupa aku duduk rumah pakai baju apa. Seingat aku T shirt yang aku selalu pakai adelah T shirt putih depan dia ada gamba katun binatang-binatang ada tulis SEONG CHONG MINI MARKET.
Gila sadis.
Baju pun ihsan emporium.
Tu pun sebab beli vitamin, dapat free baju.

Memang tu je la pun T Shirt yang aku dok pakai ulang-ulang sampai nipis boleh nampak kulit badan baju tu aku kejekan. Masa tu aku rasa T Shirt tu sangat 'in' dengan trend semasa - T shirt putih, depan ada gambar-gambar.
So what??
Kau ada T shirt putih bergambar, aku pun ada. Walaupun T Shirt emporium.
Janji ada.

 
Baju En Wan ni, aku beli kat Padang Besar hari tu dengan harga RM35 sahaja. Tapi kualiti superb!


Bila time nak pi aktiviti petang masalah besar aku memang baju.
Sebab aku tak tau nak pakai apa.
Takkan seminggu nak belasah seluar track yang sama?
Seluar kalau cantik takpe gak. Ni dah belapuk.

Last resort adelah dengan memunggah lemari Pak Aji.
Aku gi aktiviti petang pakai seluar track and T Shirt pak Aji.

Bunyik macam menipu, tapi memang tu je la pilihan aku ada.
Samada aku pakai atau aku tak attend aktiviti petang.

Pak Aji dulu banyak baju putih free, sebab dia keje Jabatan Pendidikan, so kalau ada program kat mana-mana sekolah mesti ada baju putih. Tapi semuanya berkolar la.
Aku kesah apa berkolar ke tak, janji aku ada baju nak pakai.
Sometimes T Shirt Pak Aji yang aku pakai tu ada logo MILO, logo Jabatan Pendidikan, pastu logo Rakan Muda, logo Anti Dadah la apa la. Kawan-kawan aku cakap aku maskot. Sebab baju aku semua baju iklan.

Disebabkan tinggi aku cuma 5 kaki, Pak Aji pulak 5' 11", so korang leh imagine la kan berapa kali lipat kat pinggang everytime aku pakai seluar track dia.

Bukan takat tu sajeeeeeeeeeeee.
Stokin Pak Aji pun aku bedal okkkk.
Aku pun tak boleh nak ingat macamana stokin Pak Aji yang tapak kaki panjang tu boleh fit dengan kaki aku.


Tapi nasib baik zaman tu zaman band boy.
Tak salah aku masa tu 4U2C dah ada, NICO dah ada, so takde la menyakai sangat bila orang nampak aku pakai baju besar seluar besar. Sekali pandang mesti orang kata aku minah hip hop la. Padahalllllll.

That's why sampai ke zaman matrik, aku sorang je budak perempuan yang pakai baju gedobos-gedobos. Zaman tu budak-budak lain semua dah pakai baju slim fit, body shape la apa la. Masa tu kalau aku beli baju BUM ke apa ke (masa tu BUM tengah hot. Kira masa ni sape takde BUM tak 'in'), mesti aku akan pilih size L. Sometimes aku beli size XL. Tu pun rasa tak cukup besar lagi.


Bukti aku memang pakai baju besar dulu.
Sekarang pun pakai baju besar gak. Tapi bukan sebab trend, sebab perut dah besar jadi kena cover.


Lepas habis zaman pakai baju besar, aku masuk ke zaman gedik nak pakai baju kecik-kecik.
Masa tu kalau badan muat saiz S boleh mendatangkan amarah!
Mati-mati nak saiz XS jugak.
Poyo gila.
Apesal la takde saper nak lempang aku time ni?

Kalau gi try baju sekali tak fit saiz XS, terus sehari suntuk taknak makan.
Pastu every 10 minits timbang badan.
Macam la berat kau boleh turun dan-dan kan.
Tapi bak kata orang, determination tu penting. Masa ni, sanggup tak makan. Lalu depan KFC pun boleh buat muka takde selera padahal perut menggigil-gigil tahan lapar. Orang sua makanan pun 'Takpe, no thank you'. Punya la nak pastikan tulang kat dada tak hilang.
Kalau tulang dada tak timbul tandanya gemuk okkkkkkkkkk.
Tuiiiii.


Sekarang ni aku takde masa nak check tulang dada aku hilang ke tak.
Yang penting buah dada aku tak hilang.
posted by green apple @ 6:13 PM  
Nice!
Aku dapat email ni semalam :


From: YM <*******@y7mail.com
To: "aveo757@yahoo.com"
Sent: Wednesday, January 25, 2012 9:25 PM
Subject: hi Kak Di

Salam Kak Di

Nak kenalkan diri, saya dah baca blog kak Di dari dulu lagi. Sorry kalo kacau kak D tapi i need to say something about the matter below.

I do understand bila kak Di pregnant baru ni and you decided to do D&C. One of my favorite case is pre-eclampsia/eclampsia. Pre-eclampsia is a symptom yang memang serious, hypertension with proteinurea and later kidney will shut down (kidney failure). No known cause and how pre-eclampsia arise pun still mystery. Sebab saya dah biasa expose dengan kes ibu2 mengandung and later develop problem (HPT, DM, PE) so memang faham la perasaan Kak Di masa kes Ryan tu.

Ni bukan nak luah tak puas hati ke Kak Di tapi i think another blogger (http://**********.blogspot.com) is doing personal attack after your decision to do D&C. I might be wrong, may be dia merempan pasal orang lain tapi too be honest, i think she is talking about you. If she is really talking about you, citing that her other friend was much stronger to endure PE during pregnancy etc, i feel little bit sad sebab i rasa dia tak faham apa itu PE.

Of course, kita biasa dengar ibu mengandung kena kencing manis (gestational diabetes) and it is quite rare to get PE case. Even masa we were doing ward round, kalo jupe PE case memang rasa sedih sebab biasa kena pilih antara nyawa ibu atau anak. If nak bertahan, si ibu pula tak ada banyak choice in term of anti-hypertensive drug yang selamat guna time pregnant.

I quote a sentence form article about the management of PE from Brown & Lowe, Medical Journal of Australia 2009; 190 (1) : 3-4 "Pre-eclampsia is associated with increased risk of recurrence in the next pregnancy and future risk of cardiovascular and renal morbidity."

If only that blogger do have medical background or at least understand what is PE, i bet she would not dare to write merempan2 macam tu. If she really write about you, i hope Kak Di will be strong. Abaikan aje orang macam tu. Of course before any doctor nak perform D&C, she or he do understand the reason behind it. Bukan nak ikut emosi patient or anything near that.

Just sharing apa yang i fikir.

***




Rasanya tak perlulah baca kot sebab melalui email reader ni pun aku boleh extract point-point penting yang aku rasa buang masa je la aku pi baca entry budak tu.


Benda ni sangat simple sebenarnya.


Dia punya keyword kat sini adelah : citing that her other friend was much stronger to endure PE during pregnancy.

Dia tak mengalami pun PE tu.
Kawan dia je yang alami.

Selalunya memang macam ni la, yang terkena memang tak cakap apa-apa, yang tak kena tu yang selalu kecoh lebih. Sebab dia tak merasa, dia just tengok keadaan orang lain je. Tapi maybe ada yang terlupa or buat-buat lupa. Aku juga pernah berada dalam situasi STRONG itu. Aku pernah lalui masa-masa TABAH tu. Jadi, kalau nak kondem aku sebab aku kurang tabah sedangkan kau sendiri tak tau if kau cukup tabah kalau kau yang terkena, aku rasa baik kita berdoa je la supaya benda ni tak terjadi kat kita. Sebab kalau dah terkena, then only kita rasa. Kawan kau selamat, maka kau cakap dia tabah dan berani. Cuba kalau kawan kau tak selamat, what would you say agak-agak?

Konfem kau cakap kawan kau syahidah, rite?

Benda-benda macam ni sepatutnya kalau kita bukan ahli, kita tak payah la nak tunjuk pandai sangat, sebab akan menampakkan kebodohan diri sendiri. Siapa kita nak tentukan benda-benda macam ni selamat atau tak? Even dokter pun hanya bagi nasihat. Selebihnya kita serahkan pada takdir. Jadi, tak payah la nak riak sangat kalau kita terselamat.

If this blogger memang tujukan entry tu kat aku, aku rasa dia sebenarnya tak jumpa point untuk hentam aku so dia gunakan issue D&C tu untuk menghentam.

Tapi agak lawak la jugak issue D&C tu yang dikecohkan.
Padahal D&C ni bukan keje main-main.
Aku pun bukannya pergi kat klinik haram.
Aku pergi kat Pusat Bersalin ok?

Before aku buat D&C ni aku dah dapatkan advise from gyane yang handle kes aku dulu.
Aku tanya aunty aku yang juga seorang O&G specialist.
Dokter yang buat D&C tu pun mintak record dari Serdang untuk membuktikan aku bukan saje-saje nak buat D&C.

Heran jugak aku bila yang takde sangkut-paut beria-ia nak mengkondem decision aku.
Gila concern kau eh?
posted by green apple @ 12:10 PM  
Sticky Post untuk shawl yang dah di-booked
Kepada yang dah booked and terima email dari aku, anda diminta buat payment selewat-lewatnya Isnin depan.
Sorry aku terpaksa buat macam ni sebab ada waiting list beratoq sambil berdoa ada yang tak jadi ambik sebab dorang nak jugak shawl-shawl yang dah sold out tu.

Aku dah update new status berserta availability.
Kepada yang email aku untuk book shawl-shawl sedari pukul 9mlm tadi, tunggu aku reply korang.
Aku akan bagitau if shawl-shawl tu dah di-booked ke belum.

Thank you all!
posted by green apple @ 9:23 AM  
Sticky Post : Gradient
January 25, 2012
Hello Ladies and Gentleman,

Shawl-shawl kat bawah ni akan sampai next week.
Kalau ada yang berkenan, book dulu dari aku.

Material : 100% silk
Style : Plain gradient
Size : 165 x 65cm
Price : RM39.00 (with transport)

Shawl kali ni walaupun 100% silk tapi murah sikit dari shawl-shawl sebelumnya sebab dia plain, takde sulam-sulam like before. Kalau ada yang berkenan, please book dulu from aku, aveo757@yahoo.com.

Kalau ada yang nak beli secara borong, minimum is 20pcs.
Harga borong : RM30.00 (with transport).

Kalau korang just nak pakai 3 helai tapi nak dapat harga borong, pi kumpulkan kawan-kawan yang berminat nak beli. Cukup 20 helai, maka dapatlah harga borong ni. Tapi aku akan poskan kepada satu alamat saje. Barang sampai kat korang nanti, pandai-pandailah agihkan pada kawan-kawan, ok?


 
AR-01
(7 booked) 
SOLD OUT



AR-02
(12 booked)
SOLD OUT



AR-03
(3 booked) 
available1



 AR 04
(21 booked)
SOLD OUT



AR-05
(14 booked)
SOLD OUT



AR-06 
(6 booked) 
available 2



AR-07
(8 booked) 
available 2



AR-08
(8 booked)
SOLD OUT


AR-09
(10 booked) 
SOLD OUT



AR-10
(10 booked)
SOLD OUT



AR-11
(9 booked)
SOLD OUT

posted by green apple @ 11:15 AM  
Syurga...????
Dulu kan aku ada cerita pasal kawan aku yang diceraikan sebab laki dia kata dia membebankan sebab tak bekerja kan?
Aku ingatkan itu je satu-satunya trajedi buah epal yang aku jumpa.
Rupanya ada lagi okkkkkkkkkkkkkkkk.

Kali ni dari reader blog ni jugak.
Of cos aku takleh bagitau siapa.
Eh tapi aku pun tak kenal sape sebenarnya, dia just hantar email luahkan apa yang terbuku di hati. Kesian aku tengok budak tu. Kalau dari jalan cerita yang di ceritakan, lebih kurang macam kes kawan aku tu la jugak. Cumanya dia ni Tuhan masih bukakan pintu rezeki untuk dia carik duit but still tak dapat puaskan hati suami.

Aku macam letihhhhhhhhhhhhhhhh baca kes-kes macam ni.
Oh, bukan letih baca luahan perasan dari reader ye, bukan.
Tapi letih sebab kenapa la jantan-jantan macam ni dibiarkan hidup berleluasa?? Dah la hidup dengan senang hati pulak tu. Apesal dorang ni macam takde hati perut?

This reader ni bukan tak bekerja, dia bekerja.
Dia buat marketing, tapi marketing apa aku tak tau la. Dia tak cerita pun.
Dia kata sepanjang 8 tahun keje marketing, satu sen komisyen sales pun dia tak merasa untuk diri sendiri. Semuanya dibagi pada suami.
Dia kata duit gaji memang dia bagi semua kat laki sebab dia cakap gaji dia tak banyak mana pun. Lepas tolak KWSP, duit kereta yang dia pakai, pinjaman pelajaran, ASB, Tabung Haji, insurans segala, ada la sikit-sikit tinggal untuk bantu-bantu suami.So dia malas nak berkira sangat, Jadi dia mengharapkan duit komisyen la untuk tambah-tambah buat diri sendiri.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Dia kata dia terkilan bila everytime dapat komisyen, suami dia nak pegang the money atas alasan duit gaji masing-masing adelah untuk tampung perbelanjaan harian. So duit komisyen ni duit untuk DIORANG jalan-jalan, nak shopping, bla bla bla.

Apakepundek la jantan macam ni (sorry ye dik, ini sumpahan general. Bukan nak memaki laki adik).
Seriessssssssssssssssssssly kenapa kau nak melancong and bershopping guna duit komisyen bini kau yang takde sangkut-paut dengan kau pun??? Oklah, to be fair to si suami, nak melancong bini pun contribute sikit. Ok, fine. Tapi kau melancong tetiap bulan ke???

Yang kau pulak sibuk dengan duit komisyen dia pehal??
Kau ke yang drive hantar dia ke sana ke sini buat sales??
Kau ke yang tebalkan muka pi promote barang kat customer?
Kau ke yang pi outstation hujung dunia nak cari sale?
Kau ke yang stay back kat ofis nak siapkan tender??

Kamonnnnnnnnnnnnnnnn!!!!
Jangan jadi cilakabanat okkkkk.


Aku tak tau pulak rupanya ramai lelaki yang kawen dengan harapan belanja rumah esok semua 50 : 50.
Tolong jadi jantan sebenar-benar jantan boleh tak??
Kalau aku la jadi laki, aku tak sampai hati nak peras duit bini aku (weh terasa macam pengkid pulak kejap) sampai macam tu sekali. Dah bagus la bini kau nak bayar bil-bil and duit kereta dia tak harapkan kau. Ada orang lain, nak isi minyak kereta pun mintak duit laki ok?

Of cos isteri pun janganlah melampau sangat semua suruh laki tanggung tapi yang si laki pun janganlah sialpalis sangat. Mentang-mentang bini kau bekerja, sedap anak tekak kau ambik peluang nak feeling-feeling kaya dengan duit sumbangan bini. Even duit isteri tu tak mampu nak meng-kayakan kau, at least apa yang dia bantu tu sikit sebanyak ringan jugak la beban kau kan.

Some lelaki aku tau, dia rasa mentang-mentang dia bayar bil yang tinggi-tinggi, bil yang rendah-rendah like RM100-200 tu ko pandang pelekeh je. That's why bila bini ada duit extra, dia cekau siap-siap sebab dia merasakan dia bayar expenses rumah lebih dari bini, so bila ada duit lebih ni, adelah habuan dia. Bini kira macam berhutang la kat dia sebab tu kena return the money.
Tuiiiiiiiiiiiiiiii.

RM100-200 pun duit okkkk. Aku ni, kalau bini aku (again, terasa diri macam pengkid) cakap "Bang, saya dah bayarkan bil letrik RM200", sikit punya lega keeeeeeeeeeeeeeeee. At least RM200 tu boleh la buat benda lain kan.

Adoilaaaaa....please la ok suami-suami sekalian (yang tergolong dalam golongan makan duit bini ni saje), tolong paham sikit tanggungjawab tu. Mentang-mentang syurga kat tapak kaki kau, kau guna kuasa veto.
Nak makan mintak bini buatkan.

Nak air mintak bini bancuhkan.Nak duit mintak.
Nak pepek mintak.
Tak dapat, kau lempang.

Agak-agak la kot ye pun syurga tu kau pegang.

Kalau sampai ke duit bini pun kau mintak, tu bukan suami namanya.
Tu namanya gigolo.

Gigolo je yang mintak duit perempuan.
posted by green apple @ 8:56 AM  
Korang ambik ni sebagai satu benda yang kena hati-hati bila berurusan dengan saiko
January 24, 2012
Akak tailor tu merempan dengan aku.
Tapi aku sebenarnya sangat kesian kat dia.
Aku gila kesian.
Bukan kesian apa, tapi aku kesian sebab dah tua pun nak buat perangai menipu lagi.

Masa aku gi Midvalley tu hari, sms dia masuk.


SMS dia :
salam. diana. marah mcm pun,tlg la, byr duit kwn akak tu. duit org tu. laki dia dok terlantar kat wad.mustahil diana abeh kredit mcm akak smpai xdpt reply sms.email pun guna blackberry.jgn la buat org mcm ni.ckp kwn diana tu diana tu nak bg duit. dia kata,tu urusan kita dua.kalau akak tau,kngah tak lepas suami hantar kain tu kat dia.harap byr secepat mungkin ye diana.

Series macam budak-budak la akak ni siap nak perli-perli "pakai blackberry tapi takde kredit nak call dia".
Hahahahahahah.
Aku baca pun macam apehalllll la akak ni, dulu kecik-kecik tak puas main polis sentri ke apa dah tua-tua kedarah pun nak perli-perli macam budak-budak.
Aku ni kalau boleh buakn takat taknak call, nak sms kau pun aku menyampah!!

Balik-balik modal dia sakit, masuk wad, sakit, masuk wad.
Dah habis cemas la ni???
Geli ku wehhh.
Cariki la tektik lain. Aku dah muak dengan tektik macam ni.
Masa kawan aku nak pi ambik kain-kain tu kat rumah dia pun alasan yang sama dia guna 'akak sakit, 3 hari tak bangun'.
Tapi eksyen marah-marah kawan aku cakap tunggu dia kat mana-mana biar dia hantarkan kain. Pastu tak muncul-muncul.

Sedap jubo kau je "taknak lepaskan kain-kain tu".
Kau jahit seheai je pun, lagi 19 pasang kain tu sentuh pun tidak.
Dah la yang sehelai tu pun tak bersiap.
Banyak bunyik pulak. Aku lempang kangggg.


SMS aku :
Kak, saya boleh bayar duit. Takde masalah. Tapi baju tu tak bersiap. Lojik ke nak bayar baju tak siap? Bagi no kawan akak tu, biar saya yg cakap dgn dia.



SMS dia :
hmm.ari tu ckp,tak sempat siap tak pe.korang ni,ckp mmg belit la... dah dpt kain2 tu,lain pulak cakapnya.akak pun bgtau kwn tu mcm tu,tak siap tak pa.byr ikut tak siap la.akak dah kata,byr 50,kalu siap bju tu harganya 65..napa curiga dgn org?napa ckp lain buat lain?dah deal dgn akak,napa nak ckp dgn dia pulak?ingat akak tipu ke?

Tu la kan, orang kalau bangang memang macam ni.
Ntah bila masa aku cakap "BAJU TAK BERSIAP TAKPE, SAYA AMBIK". Ingat aku gila ke macam dia nak jual baju separuh siap?
Pastu dengan tak bersalahnya siap cakap "baju siap harga RM65, baju tak siap harga RM50".
Eh korang pernah tak pi mana-mana kedai beli "Helo tokey, baju tak siap ada ka??"

Dah la mahal nak mampus harga dia.
Kalau aku tunjuk baju tu kat korang mesti korang kata aku gila tempah baju macam tu punya sakai dengan harga sampa RM65.
Baik aku beli baju kat poplook.com.
Kain 3 kali basuh rabak pun takpe, sebab dah tentu-tentu baju dia murah.
Ini kain aku semua silk, dia boleh pi taram jahit baju gedobos-gedobos yang bibik aku pun taknak pakai.

Yang aku heran tu apesal dia taknak bagi aku kontek kawan dia?
Or suruh je kawan dia kontek aku?
Ada masalah?
Orang tak jujur je yang rasa benda ni masalah.
Dah kau terang-terang bukan tukang jahit baju aku, apehal aku nak deal dengan kau???


SMS aku :
Saya tak kisah kain2 yg tak siap. Yg saya kisah kain yg siap separuh jalan. Akak mmg biasa ke jual baju separuh siap? Saya tak kisah bayar tapi mesti ada win win situation. Saya bayar bila baju tu siap. Siapa yg cakap lain buat lain? Akak tgk sendiri baju yg dia buat tu. Siap ke? Elok ke? Saya nak pos balik baju yang sehelai tu, buat sampai siap. Ingat ada ke org nak sambung buat keje yang tak bersiap? Akak yg berjanji boleh ambil mid Jan, alih2 apa yg siap? Baju kurung sehelai pun tak bersiap. Lain kali kalau tak boleh buat jangan commit. Akak dah buang masa saya.



SMS dia :
subhanallah..ari tu awak yg ckp,takda butang tu tak pa?butang tu tak da kat sini..kamu ni la.. akak dah ckp dgn kak tu.dia kata tak pa takmau byr.allah bls kejap je.ok?

Ok kat sini kantoi habis-habisan.
Gila kantoi big time!!

Bila dia cakap "hari tu awak kata baju takde butang takpe".
Memang kalau dia ada depan aku, aku sumbatka semua butang dalam mulut dia.

Sampai ke saat aku terima kain, aku tak tau berapa helai baju dia jahit, baju apa yang dia jahit. Macamana pulak dia boleh kata aku cakap baju takde butang pun takpe?
Sedangkan dia tak pernah bagitau aku baju apa yang dah siap.

Even masa aku call dia berkali-kali tanya pasal status baju dia asik cakap "Baju Diana ada kat kawan akak. Nanti akak tanya dia"

Pastu bila minggu terakhir aku tanya dia pasa baju aku, dia reply "Akak sebenarnya malu nak cakap ni...tapi nantilah akak bagitau"

Masa ni sebenarnya aku dah bersedia dah for the worst tapi aku masih rilek lagi sebab dia tak buat perangai kat aku kan.

Bila dia tulis "Allah balas..", masa ni aku dah rasa memang menyampah dengan set-set yang macam ni.
Mulut hanya tau menyumpah orang.
Oh pandai, cakap Allah balas la apa la.
Jenis manusia macam ni memang aku anti. Bangsa yang dia dah menipu orang pastu berani nak sebut-sebut hukum balasan Allah segala. Tak payah la nak saiko orang. Kau sendiri pikir la kenapa hidup kau jadi macam ni. Dah buat salah tu mengaku je la, nak jugak menegakkan benang yang basah. Eh kau tak malu ke dah tua-tua pun nak menipu lagi? Kau kalau nak menipu pun buat kat kampung kau je dah la. Tak payah la nak bagi satu Malaysia tau kau penipu. Yang tak boleh bla tu dia buat aku ni macam desperate hadap sangat jahitan dia tu.


SMS aku :
Hello kak! Yg saya maksudkan baju takyah berbutang tu baju yg saya hantar 2 helai suruh letak butang. Bukan baju yg akak jahit. Baju yg akak jahit lain, itu mmg akak kena buat sampai siap. Apa yg susah sgt akak nak bagi saya cakap dgn kawan akak tu? Ada masalah? Saya tak kata sy taknak bayar. Saya kata saya akan bayar kalau baju yang SEHELAI tu siap. Akak yang taknak bg sy berurusan dgn kawan akak, itu masalah akak. Bukan masalah saya. Saya nak settle baik2 akak yang taknak kan? Jgn suka suka kata Allah nak balas. Pikir sendiri apa yg akak dah buat kat orang.

Aku ada hantar 20 pasang kain and 2 helai baju yang dah bersiap kat dia. Cuma baju tu takde butang. Motif aku just nak tunjuk kat dia how tailor aku jahit. Aku nak kualiti yang sama macam baju-baju yang aku kirim tu. Aku pesan kat dia, kalau dia ada butang, tolong jahitkan butang kat baju-baju yang dah siap tu.

Yang dia boleh pulak ingat aku boleh terima baju yang tak berbutang.
Gila ke apa kau ni?

Aku syak bila dia tengok jahitan tailor aku, dia dah cuak.
Dia tau dia takkan boleh buat baju yang aku design tu. Sebab tu dia ambik masa yang lama. Dia peram kain-kain aku sebab dia tengah carik orang yang boleh jahit blouse-blouse aku. Tapi tak jumpa gamaknya, tu yang tak bersiap. Agaknya kain yang sehelai tu pun bila dia dah jahit halfway dia realized baju tu tak menjadi lansung so that dia stop. Pastu nak tuduh aku cakap lain buat lain. Aku jahit kepala otak kau baru tau.

Kalau dia jujur, dia akan terima offer aku.
Ambik balik kain yang halway siap tu, siap bagi perabis. Aku bayar.
Kenapa dia mati-mati nak duit jugak??


SMS dia :
dah diana kata,yg mana tak siap kainnya nak blik,akak stop terus la nak potong.dah diana tak sempat2 nak amik..tak pe la.mmg akak terlajak due date semua bju kat tgn, bkn bju diana sorang,atas urusan sekolah anak2 dan kesihatan.akak tahu tu mmg error dari akak,dan akak tak deny.

Series akak ni nak menipu tapi tak cukup terer.
Last-last membodohkan diri.

"dah diana kata,yg mana tak siap kainnya nak blik,akak stop terus la nak potong.dah diana tak sempat2 nak amik".

AKAK STOP TERUS LA NAK POTONG.
Cun kan ayat penipu???

Yang kau potong sehelai je pun.
Bunyik macam dia dah jahit banyak tinggal lagi 2 pasang ke kain belum siap, kan?
Padahal tu je la satu kain yang dia jahit tu pun tak siap-siap.
Lepas tu nak salahkan aku jugak konon aku tak sempat-sempat nak ambik kain.
Burit kau lah!
Aku hantar awal December, kau yang bagi due date mid Jan pastu kau cakap aku tak sempat-menyempat nak ambik??

Ujung-ujung kau mengaku kau terlajak due date.
Tapi kau tuduh aku tak sempat-menyempat nak ambik kain.
Amende ni???
Cakap macam (^*%&$^$##$%.

ATAS URUSAN SEKOLAH ANAK-ANAK.

Good!
Again, menipu.
Aku hantar early Dec.
Kalau pun dari awal December kau uruskan sekolah anak-anak kau, takkan sampai mid Jan tak abis-abis lagi uruskan anak-anak?
Kalau dah tau nak menguruskan anak makan bulan, tak payah la advertise diri sendiri boleh menjahit.

Yeah rite.
Atas sebab kesihatan lah sangatttttt.
Akak ni memang teringin nak dapat penyakit kot.

Ujung-ujung mengaku jugak salah tu dari kau kan?
Tapi kau meroyan macam aku yang buat salah kat kau.
Ni la aku cakap orang saiko perangai memang macam ni.
Mula-mula dia hentam kita gila babi sampai tak masuk akal, pastu bila kita sound dia suruh pikir balik balasan Allah tu, terus kejung.
Kan dah bagus dari awal kau cakap baik-baik 'Baju tak siap'.
Ni tak.
Dia nak jugak deal tu tapi tak buat-buat, pastu suruh customer tunggu dia.
Tengkorak kau.

Apa ntah masalah orang tua ni.
Aku punya request simple je.
Aku pulangkan balik kain yang tak bersiap tu, yang SEHELAI tu je pun. Kau siapkan, aku bayar.
Susah sangat ke nak paham?
Ada masalah?

Aku malas nak layan dah orang macam ni, last-last aku reply :

SMS aku :
Ok fine takpe. Sy akan tetap masukkan duit pd bank akak. Tp please la kak, lain kali buat la keje betul2. Jgn byk sgt berdalih. kalau akak di pihak yg benar, dari awal lg akak berani bagitau saya baju tak sempat siap.
posted by green apple @ 9:23 AM  

THE SHOP

  • Shawl 1
  • Shawl 2
  • Blouse 1
  • Shawl 3
  • Shawl 4
  • GREEN APPLE

    Name: green apple
    Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
    About Me: I AM WHAT I AM.
    See my complete profile
    NUFFNANG
    PREVIOUS POST
    Archives
    JALAN-JALAN
    I READ
    TEMPLATE by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER